Rabu, Julai 28, 2010

CUNGKIL BAKAT TERJEMAH..AYUH!

Suasana di dalam gerabak Metro


Kenderaan Metro


Pernahkah anda menggunakan pengangkutan Metro di Kota Kaherah?
Untuk menziarahi teman Maahad Qiroat?
atau untuk ke kilang KRISTAL ASFOUR di Syubra Al-Kheimah?
atau untuk ke AL-KHALAFAWI menghadiri majlis zikir di sana?
Tak kira apa pun tujuan anda...anda pasti terpandang kepada ayat ini ketika berada di dalam salah satu gerabak Metro.....

هَذِهِ الْمَقَاعِدُ ِلكبَِار السِّنِّ وَلِـــذَوي الاِحْتِيَاجَاتِ الْخاصة

Isi masa lapang sempena cuti kuliah anda dengan membuka kamus dan menterjemah petikan.

Cungkil bakat anda dalam menterjemah petikan ini ke dalam bahasa Melayu(jika anda juga mahir dalam bahasa Inggeris, silakan saja LAGI BAGUS).

Jawapan boleh ditulis di ruangan komen.

Terjemah yang terbaik akan terpilih untuk disiarkan seminggu selepas tarikh artikel ini disiarkan.
Tidak dihadkan satu terjemahan untuk seorang . Anda boleh menghantar terjemahan lebih daripada satu.

Nyatakan nama anda, kuliah dan negeri kelahiran.

Ayuh..terjemah, tingkatkan kemahiran anda! Jangan malu jangan segan....

Gambar di blog ini sekadar hiasan.
Hanya tengok aje. Belum tentu beli.
Maklumlah, pendapatan hanya terbatas
untuk belanja sekolah anak-anak, bil air dan elektrik rumah
dan baki disimpan untuk menunaikan haji.

Apalah gunanya si ibu berhias mewah
apalah ertinya si ayah berjalan megah
sedang anak-anak sendiri kehausan ilmu agama?
Sebenarnya hidup di dunia ini untuk apa?

Daripada mana kita datang?
Ke mana kita akan pergi?
Apakah yang akan ditinggalkan di "belakang"?
Dan apakah bekalan di "sana" nanti?

Rapatkanlah kedua-dua lututmu
di kelas pengajian para ulama
timbalah ilmu agama yang benar daripada mereka
supaya selamat daripada LEMAS tenggelam
dalam banjir peluh
di hari yang penuh derita

YA ALLAH YA ALLAH

JADIKANLAH KAMI DAN ZURIAT KAMI
ORANG YANG RAJIN BERKUMPUL
DALAM MAJLIS ULAMA
DAN JANGAN JADIKAN KAMI SEPERTI ORANG YANG :
BAJUNYA NAK LAWA, BAUNYA NAK WANGI
HATINYA KOTOR TIADA DICUCI
AKALNYA TUMPUL TINDAKANNYA KEJI
DADANYA KOSONG MALAS TALAQQI...

YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU BENARKAN KEMALASAN MENGUASAI DIRI KAMI
JANGANLAH ENGKAU BIARKAN KELALAIAN MENGHUNI HATI KAMI
JANGANLAH ENGKAU IZINKAN KEBENCIAN MENJANGKITI PERSAUDARAAN KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN ORANG YANG MEMBENCI ULAMA RABBANI...

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MENGHALANG MAJLIS-MASLIS ILMU, ZIKIR ATAU TALAQQI...


YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA ULAMA YANG MENGAJAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENUNTUT ILMU YANG BELAJAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENDENGAR ILMU YANG HATINYA BERSINAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENCINTA MAJLIS-MAJLIS ILMU YANG BENAR,

YA ALLAH YA ALLAH

KAMI MOHON PETUNJUK -MU
KAMI MOHON BIMBINGAN-MU
AGAR KAMI TIDAK BUNTU
AGAR KAMI TIDAK KELIRU
AGAR KAMI TIDAK TERTIPU
AGAR KAMI TIDAK SESAT
DALAM MELALUI JALAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT



YA ALLAH YA ALLAH

TUTUPLAH AURAT KAMI
TUTUPLAH AURAT ISTERI-ISTERI KAMI
TUTUPLAH AURAT ANAK-ANAK KAMI LELAKI DAN PEREMPUAN

AMPUNILAH DOSA KAMI
AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI
AMPUNILAH DOSA ANAK-ANAK KAMI
AMPUNILAH DOSA JIRAN TETANGGA KAMI
AMPUNILAH DOSA SAUDARA MARA KAMI
AMPUNILAH KAN DOSA SAHABAT HANDAI KAMI
AMUNILAH DOSA SAUDARA SEAGAMA KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

TUTUPKANLAH AIB DAN CACAT CELA KAMI
BUANGKANKANLAH KESEDIHAN KAMI
TENANGKANLAH HATI KAMI
LAPANGKANLAH FIKIRAN KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

AMANKANLAH NEGERI DAN NEGARA KAMI
DAN JUGA NEGARA-NEGARA SAUDARA SEAGAMA KAMI
DARIPADA SEGALA MALAPETAKA,BENCANA,
BANJIR KILAT, KEMARAU,
RIBUT TAUFAN, KEBAKARAN HUTAN,
GEMPA BUMI, LETUSAN GUNUNG BERAPI,
TANAH RUNTUH, OMBAK TSUNAMI,
KEMUNDURAN, KEBULURAN,
KEMISKINAN, WABAK PENYAKIT,
HURU-HARA, PERPECAHAN,
PEPERANGAN DAN SEBAGAINYA


YA ALLAH YA ALLAH

SEBARKANLAH KEDAMAIAN DAN PERPADUAN
AGAR DAPAT KAMI MENIKMATI KEMANISAN IBADAH
DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA


SELAMATKAN KAMI DARIPADA MENJADI BUTA MATA HATI
SELAMATKAN KAMI DARIPADA PENYAKIT SUKA BERMEWAH-MEWAH
SELAMATKAN KAMI DARIPADA SIKAP SUKA MEMBAZIR


JADIKAN KAMI HAMBA-HAMBA-MU AHLI QONA'AH
YANG SENTIASA MERASA CUKUP DENGAN APA YANG ENGKAU KURNIAKAN


JADIKAN KAMI HAMBA-HAMBAMU AHLI ISTIQOMAH
YANG SENTIASA MEMELIHARA AMAL IBADAH


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN S.A.W
DAN AHLI BAITNYA DAN PARA SAHABAT
SERTA YANG MENGIKUTNYA
DARI MASA KE MASA SEHINGGA HARI QIAMAT.
AMIIN AMIIN YA ROBBAL 'ALAMIIN.





3 ulasan:

mienx berkata...

salam,

difahami maknanya sebagai :

"tempat duduk ini bagi orang tua dan orang yang memerlukan @ orang kurang upaya"

wallahua'lam. (^_^)

Scene-R berkata...

Nak cuba jgk terjemah ayat tuh :

Ini adalah tempat duduk bagi orang yang tua dan khas untuk orang yang memerlukan.

Terjemahan yang merepek:

Ini adalah tempat duduk untuk orang yang besar gigi dan yang berhajat khas (berhajat khas?- qadha hajat kot heheh)

Selamat berpuasa.

sasteraarab berkata...

Ahlan Syeikh Muhammad Faiz Abidin Eljauhari,
Ahlan ya qomar. nawwartumuna...
Lama juga kita terpisah...
Semoga kita berjumpa macam dulu-dulu
Terima kasih untuk terjemahan itu.
Tapi ana tak terpikirla yang enta boleh terjemah yang kedua tu...
lucu sekali mendengarnya...
Sekali kita baca, tak nampak sebab munasabah diterjemahkan perkataan iklan tu kepada makna: gigi besar....atau orang-orang yang besar giginya..
kemudian baru tersenyum...oooo mungkin ini akibat kalau kita menterjemah petikan arab secara satu persatu tanpa menganalisa aspek tujuan, situasi dan lokasi petikan itu ditemukan.
ya tak ya juga...
cuba bayangkan di dalam metro cairo yang anda naiki,ada sebaris orang yang bergigi besar sedang duduk di tempat yang dikhaskan itu!
apa yang akan anda lakukan?
sekadar gurauan..sekali-sekala....
whatever, thank very much you for your effort and participation...