Selasa, Oktober 26, 2010

Kempen beli dan baca

Nama kitab
Pengarang
Cetakan
Boleh dibeli di:
Harga
1)الاِتِّجَاهَاتُ الْحَدِيْثِيَّةُ فِى الْقَرْنِ الرَّابِعَ عَشَرَ
Kitab ini sangat bagus dibaca oleh penuntut ilmu.
د/ محمود سعيد ممدوح
دار البصائر،
شارع درب الأتراك،
خلف جامع الازهر
دار البصائر
LE40
2)الشَّذَا الْفَوَّاحُ مِنْ أَخْبَارِ الشَّيْخِ عَبْدِ الْفَتَّاحِ
د/ محمود سعيد ممدوح
دار البصائر
دار البصائر
LE10
3)تَزْيِيْنُ اْلأَلْفَاظِ بِتَتْمِيْمِ ذُيُوْلِ تَذْكِرَةِ الْحُفَّاظِ
د/ محمود سعيد ممدوح
دار البصائر
دار البصائر
LE17
4)مَرَاقِى الْعُبُوْدِيَّةِ شَرْحُ مَتْنِ بِدَايَةِ الْهِدَايَةِ
Kitab ini sangat bagus dibaca oleh penuntut ilmu  (
الشيخ محمد نووي الجاوي 
رحمه الله
دار البصائر
دار البصائر
LE17
5) بَلاَغَةُ الرَّسُوْلِ فِى إِصْلاَحِ الْمُجْتَمَعِ
Kitab ini sangat bagus dibaca oleh penuntut ilmu
د/ ناصر راضي الزهري إبراهيم
دار البصائر
دار البصائر
LE20
6)عِلَلُ الْوُقُوْفِ فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ
 الْمُسَمَّى بِالْوَقْفِ وَالاِبْتِدَاء
ِ Kitab ini sangat bagus dibaca oleh penuntut ilmu
محمد بن طَيْفُوْر الغَرْنَوِيِّ السَّجَاوَنْدِيِّ(ت560هـ)
رحمه الله
دار الصحابة للتراث
دار ابن حزم
 بجوار دار البصائر
LE33
7)قِيْمَةُ الزَّمَنِ عِنْدَ الْعُلَمَاءِ
Kitab ini sangat bagus dibaca oleh penuntut ilmu
الشيخ عبد الفتاح أبو غدة رحمه الله
دار ابن حزم
دار ابن حزم
LE38
8)الْوَافِى فِى رِوَايَةِ شُعْبَةَ الْكُوْفِيِّ
الشيخ رِضَا عَلِي دَرْوِيْش
مؤسسة القرطبة
دار ابن حزم
LE16
9)رِوَايَةُ شُعْبَة عَنْ عَاصِمٍ بْنِ أَبِى النَّجُوْدِ
عبد المجيد جمعة
دار الزمان-السعودية
مكتبة المورد
 بجوار مكتبة الصفا، شارع درب الأتراك
LE17

Selasa, Oktober 19, 2010

Air yang mengambil khasiat Zam-zam & Doa penawar jerawat

 Molekul air dalam bentuk kristal apabila dibacakan ke atasnya kalimah: ISLAM


Semalam Isnin 18 Oktober 2010, selesai acara majlis Selawat Dalailul-Khairat dan zikir di rumah Dr. Mahmud Saied Mamduh hafizohullah,
kami meneruskan kembara bersama
Syeikh Muhammad Husni Al-Langkati terus ke Sahah Yamaniah Besar di Darosah untuk menziarahi seorang habib bernama Habib Zaid bin Abdurrahman bin Husain daripada keluarga BIN YAHYA. Beliau telah mengijazahkan kepada kami 3 perkara:
1) Ijazah am bagi segala periwayatan beliau.
2)Ijazah doa air zam. zam.
3)Ijazah doa penawar jerawat,bisul dan sewaktu dengannya.

Untuk doa air zam-zam begini caranya: apabila  kita ingin meminum apa saja air seperti air mineral, air tebu, air sirap, air oren, dan sebagainya, kita baca doa ini dekat dengan bekas minuman (macam orang nak jampilah :
السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَاءُ, مَاءُ زَمْزَمْ يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ
ertinya: Assalamualaika wahai air, Air zam-zam mengucapkan salam kepada mu.
Faedahnya: Air yang kita minum itu akan mengambil khasiat seperti khasiat yang terdapat pada air zam-zam.Baca keajaiban air  dan ILUVISLAM

Menurut kajian, air juga akan bertindakbalas dengan tempat, suasana, pemandangan di sekitarnya. Apabila segelas air mineral diletakkan atau didekatkan pada gambar Ka'bah, maka ia berubah bentuknya sesuai dengan gambar itu iaitu bentuk yang menyerupai pemandangan daripada atas Masjidil Haram, dengan umat Islam yang sedang bertawaf  mengelilingi Ka'bah.


Manakala, doa penawar jerawat, bisul, kutil, kematu  dkk (dan kawan-kawannya):
يَا ذَا النَّبْتِ الْمَنْبُوْتِ
فِى الْجَسَدِ الَّذِيْ يَمُوْتُ
مُتْ بِقُدْرَةِ الْحَيِّ الَّذِيْ لاَ يَمُوْتُ
ertinya:Wahai tumbuhan yang tumbuh pada jasad yang mati, matilah engkau dengan kuasa Tuhan Yang Maha Hidup yang tiada mati.

Faedahnya: Membasmi jerawat, bisul dan sebagainya apabila kita membaca doa ini ke tempat yang sakit dan dengan cara disapu dengan tangan ke tempat itu. 

Kata Habib lagi: Ramai orang sudah puas dan hampir give-up mencuba ubat-ubatan seperti krim dan sebagainya untuk membasmi jerawat, jadi apabila dicuba dengan doa ini yang tidak memerlukan modal besar,  in sya Allah ia akan sembuh. Dan kami juga telah cuba doa ini pada luka-luka, melecur terkena air atau objek panas dan apa sahaja yang menyakiti kulit ( parasit yang hidupnya menumpang "rumah" orang tapi tak pernah bayar sewa seperti kutil, kematu, ketuat dan qabilahnya) Alhamdulillah ia  mujarab.

Penulis: 
1) Ha, teman-teman, lepas ni kalau kulit melecur terkena objek panas, tak perlu lagi disapu ubat gigi macam masa kecil dulu.No more colgate, no more darlie, no more fresh and white, no more kodomo lion. yeaaaaay!


2) Semasa makan dan minum, cakap perkara-perkara baik sahaja. 
Maki hamun, mencarut pada hidangan (mungkin disebabkan rasanya tak sedap seperti kurang masin, kurang as*m atau penampilannya tak menarik minat dan tak mampu merangsang selera) hanya akan menyebabkan keadaan bertambah buruk, iaitu molekul pada makanan akan berkecil-hati, cepat basi, fastly expired, rosak akibat pengaruh perkataan keji.

Sabtu, Oktober 16, 2010

Teka-teki bersama jiran sebelah...

Kebersihan penyediaan makanan diutamakan...!
Suci, halal lagi bebas syubhat...!

Ada sebuah teka-teki, bunyinya begini:

Kalau tuan bijak bestari
Apakah bendanya tolong jawabkan,
Dapurnya riuh, setiap hari,
Asapnya berkepul di rumah jiran?

Jawapan : Sila baca catatan di bawah sehingga tamat.

Sidang pembaca yang dimuliakan,
Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian 
Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak.

Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. 

Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. 

Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir ".

Sebagai jiran yang baik, seseorang itu pasti pernah memberikan sedikit makanan yang dimasak di rumahnya kepada jiran yang tinggal bersebelahan dengannya.

Contohnya ketika majlis kenduri kesyukuran, doa selamat, yasinan tahlilan dan sebagainya kerana di waktu itu makanan yang dihidangkan biasanya lebih istimewa daripada makanan pada hari-hari biasa. Selain itu, sudah tentu aroma daripada masakan dalam kuantiti yang banyak itu tidak mampu "dipadam" kesannya begitu sahaja.  

Jadi, sebagai manusia yang mempunyai perasaan, tidak ada salahnya jikalau kita memberikan sedikit makanan itu kepada jiran supaya dia pun berkongsi kegembiraan, berkongsi nikmat rezeki dalam bentuk makanan dan minuman yang Allah kurniakan kepada kita.

Dunia ini, langit dan buminya, dengan segala isinya semuanya milik Allah subhanahu wa ta'ala. 
Allah Yang Maha Agung tidak pernah kedekut dengan apa yang dimiliki-Nya. Sentiasa memberi curahan kasih-sayang kepada makhluk-Nya tanpa mengira muslim atau kafir, manusia atau haiwan.
Semua diberi kepada kita dengan percuma, diberikannya matahari dan bulan, diberikan lautan dan daratan, diberikan haiwan dan tumbuhan dan banyak lagi. 
Tidakkah kita sebagai hamba-Nya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang diperolehi  lantas kita kongsikan dengan jiran yang berada di sebelah-menyebelah ? 

Adat memberikan makanan kepada jiran tetangga bukan hanya kebiasaan bangsa Melayu sahaja,bahkan ia merupakan kebiasaan masyarakat seluruh dunia yang mempunyai hati dan perasaan. Ada sebuah kata pepatah Arab Mesir  berkisar tentang jiran yang suka memasak makanan dengan banyak tapi kedekut:
دخانك عماني وطعامك ما جاني
yang berbunyi: dukhonak 'amaani wa to'aamak ma gaani 
atau dalam bahasa bakunya:

دُخَانُكَ أَعْمَانِيْ وَطَعَامُكَ مَا جَاءَنِيْ
ertinya: Asap engkau memedihkan(membutakan) mataku tapi makanan engkau tak juga sampai kepadaku.

Ini merupakan kata-kata sindiran yang lembut terhadap jiran yang k*d*k*t lagi tiada berh*ti perut. Dalam Ilmu Balaghah, kata-kata ini termasuk dalam bab Al-Kinayah. 

Keindahan gaya bahasa kinayah dalam ayat ini jelas terdapat pada :walaupun seseorang itu tiada lagi mampu menahan emosinya yang menyebabkan dia mudah memaki-hamun orang lain,  kita dapati bahawa Bahasa Arab tetap berhasil menundukkan dia supaya mengutamakan adab dengan tidak menggunakan kata-kata kesat lagi tiada sedap didengar oleh telinga, di mana dia terpaksa menggunakan bahasa lembut pada sebutan, tetapi makna sindirannya tetap juga pedas lagi memedihkan.  

Balaghah telah membuat orang itu beradab dalam tutur katanya. Bayangkan sekiranya dia berkata begini:
"H**, K-r-ng **** p-ny- jiran, t-k **** b-t-l. L-gi-l-gi h-nt-r as-p pem-d-h mata saja, m-k-n-nnya  engg-k p-rn-h s-mp-i. M-m-ngnya kau ni ket-run-n p-s-kan anti-t-nj-kp-r-s-an kah? Dasar ******* n#k ******. ******!!"......{ segala kalimah cacian terpaksa di'star'kan bagi mengelakkan ia daripada melimpah ke tiub eustachio }
Ya, pasti akan tercetus api perang antara dua berjiran jika dia memaki-hamun begitu. Tak eloklah begitu, ya. 

Adapun ُjiran yang duduk di maqam sabar, 
maka dia sentiasa menjaga lidahnya daripada menyebabkan hati tetangganya itu luka tercalar. 
Ya, dia tahu diri.
Dan dia tahu dan yakin, bahawa kalau rezeki itu sudah tertulis untuknya daripada Allah ta'ala, 
pasti "rejeki " itu sampai ke "alamatnya" 
dan tiada siapa yang boleh menghalangnya, menyekatnya atau mengurangkan kuantitinya.
Dan dia tahu dan yakin bahawa kalau rezeki itu bukan tertulis untuknya, nescaya dia tak akan mendapatnya sekalipun dia penat bertungkus -lumus dan berusaha untuk mencapainya. 

Ada 2 bait syair Arab tentang keluhan dan luahan hati si fulan terhadap jirannya yang kedekut dengan makanan. Bahasanya lembut dan halus sekali. Biasalah orang sastera. Begini bunyinya... 
                                         وَجِيْرَةٍ لاَ تَرَى فِى النَّاسِ مِثْلَهُمُ
                          إِذَا يَكُوْنُ لَهُمْ عِيْدٌ وَإِفْطَارُ
إِنْ يُوْقِدُوْا يُوْسِعُوْنَا مِنْ دُخَانِهِمُ
                        وَلَيْسَ يَبْلُغُنُا مَا تُنْضِجُ النَّارُ                                                  
ertinya:
Dan itulah jiran-jiran yang tidak pernah kau lihat spesis manusia seperti mereka,
ketika menyambut hari raya atau berlangsungnya majlis berbuka,
Jika mereka menyalakan api(memasak), mereka "lumurkan" kepada kami asap dan jelaga,
namun apa yang dimasakkan oleh api(makanan), tak pernah "kunjung tiba" ......

Aduhai, sedih sekali mengenang nasib orang yang tinggal dengan jiran yang bakhil lagi takabbur ini....Ya.Allah, jauhkanlah kami daripada sifat tercela...Amiin. 


Jawapan teka-teki : Apakah 'bendanya' yang " DAPURNYA RIUH  SETIAP HARI, ASAPNYA BERKEPUL DI RUMAH JIRAN?":
=Orang kikir dan bakhil yang tak pernah memberi sedikit makanan pun kepada jirannya, masak bukan main sedap, enggak tanggung-tanggung enaknya, tapi mas,yang dihantar cuma asapnya aja,!

Bacaan tambahan:





Sabtu, Oktober 09, 2010

Penemuan terbaru hapus wabak "poo-e-c-phobia" ......

Sebagai pelajar jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, biasanya kita akan menghadapi satu subjek yang seringkali dianggap membebankan iaitu Sastera Arab.

Apa yang paling menambahkan rasa gemuruh ialah dia terpaksa membaca bait-bait syair atau puisi Arab yang sulit difahami maksudnya. Inilah yang dinamakan sebagai poo-e-sea-phobia atau puisifobia iaitu sejenis wabak yang membimbangkan ramai pelajar kita sejak zaman-berzaman.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kami Penalughawi Consultancy mencadangkan beberapa persediaan yang perlu dan wajib ada bagi pelajar itu supaya mampu membaca teks puisi Arab yang penuh dengan gubahan ayat-ayat yang indah dan susunan kata yang mempesona sehingga memukau emosi sesiapa sahaja yang memahami maksudnya.

Perlu diingat, jika anda berhadapan dengan apa sahaja sumber bacaan berbahasa Arab tidak kira sama ada bahan bacaan klasik (thurath) atau pun moden (mu'asir), mahu atau tidak mahu, anda pasti berjumpa dengan bait-bait puisi itu. Kalau ada masalah, cubalah hadapi kerana lari daripada masalah bermakna anda tak akan jumpa jalan penyelesaian. Berpantang maut sebelum ajal. Sekali melangkah, pantang berundur. Lawan tetap lawan.
Inilah dia beberapa perkara yang perlu anda sediakan:

1) Kemahiran Nahu dan Sarf ( Sintaks dan Morfologi ).
2) Kemahiran Balaghah ( Retorik ) dengan 3 bahagiannya iaitu Bayan, Ma'ani dan Badie'.
3) Kemahiran Arudh dan Qawafi ( Prosodi dan Rima ).
4) Kemahiran Lahajat dan Qiro'at ( Dialektologi ).

Sekarang, mari kita kupas dan hurai satu demi satu.

1) Kemahiran Nahu dan Sarf ( Sintaks dan Morfologi ).
Sarf -secara mudahnya- merupakan ilmu bahasa Arab yang berfungsi membentuk satu perkataan kepada beberapa jenis perkataan yang lain dengan menggunakan kata akar ( root word ) yang sama. Contohnya: tulis dan kata akarnya ka-ta-ba (كتب)
telah menulis==> ka-ta-ba(كتب)
sedang menulis==>yak-tu-bu(يكتب)
tulislah==>uk-tub(اكتب)
penulisan==>ki-ta-batun(كتابة)
penulis==>ka-tibun(كاتب)
tulisan atau benda yang ditulis==>mak-tu-bun(مكتوب)

Nahu pula berfungsi untuk mengawal baris pada huruf terakhir bagi setiap kalimah sama ada baris atas, baris bawah, baris depan, baris sukun dan baris tanwin { baris belakang ada tak? ya, ada, tapi bagi yang datang lambat...hihihi} . Contoh terdekat ialah Al-Quran yang anda baca setiap hari. Perhatikanlah baris akhir setiap kalimahnya. Memang berbeza.

2) Kemahiran Balaghah ( Retorik ) dengan 3 bahagiannya iaitu Bayan, Ma'ani dan Badie'.
Ya, ilmu inilah yang banyak memainkan peranan dalam menentukan maksud sesuatu ungkapan. Untuk penerangan lebih lanjut, sila baca ini dan ini.

3) Kemahiran Arudh dan Qawafi ( Prosodi dan Rima ).
Ilmu ini ibarat matematik, di dalamnya ada aktiviti-aktiviti seperti penambahan (penambahan huruf atau suku kata) , penolakan(buang huruf atau suku kata), pembahagian ( wujud hubungkait atau tidak antara satu bait dengan bait yang sebelum dan selepasnya).

4) Kemahiran Lahajat dan Qiro'at ( Dialektologi ).
Ilmu ini tidak memaksa anda menjadi ahli dan pakar qiroat sepuluh, tetapi ia hanya mengkaji dialek qabilah Arab yang ada terutamanya dalam periwayatan syair lebih-lebih lagi dalam pembacaan Al-Quran.
Contohnya ada qabilah Arab yang membaca huruf Mudhori' dengan kasrah (baris bawah) seperti Rabi'ah dan Tamim.
Ada qabilah lain yang dikaitkan dengan menukar ha menjadi ain contohnya kalimah hattaحتى dibaca dengan 'atta عتى.
Terdapat juga pembuangan huruf hamzah di akhir kalimah yang disebut sebagai tashil contohnya kalimah samaسماء yang bermaksud langit, dibaca tanpa hamzah=سما,sebagai menurut undang-undang wazan Arudh. Ada juga yang menggugurkan sebutan ta marbuthoh pada najah=نجاة, menjadi naja=نجا. Begitulah seterusnya.

Akhir sekali. Pakar-pakar Bahasa Arab yang berbangsa Melayu baru-baru ini telah berjaya menjumpai satu teknik yang efektif untuk memahami bait-bait puisi tanpa perlu ada rasa gerun atau lemah semangat. Sebuah rumus atau formula khas telah direka oleh pakar untuk diberikan kepada para pelajar. Tiada bayaran diperlukan tetapi mereka perlu menyediakan jiwa kental yang jahil erti putus asa.Ini rumusnya, in sya ALLAH mujarrab:
{ a( b+c)(d)=F}

{ serang(rapat 2 syatr+kepung)(empat kemahiran )= faham maksud bait }

Caranya begini.
Dalam satu bait puisi arab, biasanya ia mempunyai dua sayap kiri dan kanan atau dalam bahasa ilmu Arudh wa qawafi : syatrun awwal dan syatrun thani.
Posisi setiap satu saling berjauhan sehingga wujud satu ruang kosong di bahagian tengah dan di tengah itulah "kelemahan sebenar" pihak penyerang . Begini bentuk lakaran amnya:

(..................................... *** ..............................................)

Contoh bait:
مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدَا*** عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ

=Rapatkan antara dua syatr tadi sehingga menjadi satu ayat bersambung begini.

مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدَا عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ

=Kemudian mulakan misi terjemahan kalimah demi kalimah . Teknik ini kita namakan sebagai teknik KEPUNG DAN SERANG. Kepung kemudian selesaikan satu demi satu.Selagi anda tidak mencapai makna yang lengkap, lakukan cara yang sama untuk bait seterusnya.

Peringatan bagi pesakit: Kadar kejayaan formula ini sangat bergantung kepada sejauh mana ketenangan kondisi dan enviromen tempat pembacaan dilakukan. Pencemaran bunyi menggagalkan unsur-unsur dalam formula tersebut untuk menunjukkkan kesan positif. Semakin tenang enviromen, maka semakin positif tindakbalas unsur dalam formula itu. Selamat berjaya.