Rabu, Mei 23, 2012

qasidah jawa...

Qasidah Jawa: Ilir-ilir
(Dikatakan sebagai sebuah karya Sunan Kalijogo)
Irama:Ya thoybah ya thoybah

Solatullah salamullah ‘ala Toha Rasulillah
Solatullah salamullah ‘ala Yasin Habibillah

Lir-ilir, lir-ilir
tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo
 tak senggo temanten anyar2x

Bocah angon,bocah angon
 penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno
 kanggo mbasuh dodotiro2x

Dodotiro-dodotiro
 kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jlumatono
kanggo sebo mengko sore 2x

Mumpung padhang rembulane
mumpung jembar  kalangane
Yo surak  o… surak hiyo…2x
***********************************
Bangunlah, bangunlah
 tanaman telah bersemi
Demikian menghijau
Laksana  pengantin baru  2x

Anak gembala, anak gembala
panjatlah belimbing itu
Biarpun licin ,tetap panjatlah
buat mencuci pakaianmu  2x

Pakaianmu, pakaianmu
yang telah rosak dan robek
Jahitlah, perbaikilah
buat bekalan senja nanti…2x

Selagi bulan masih purnama
selagi masa luas dan lapang
Sahutlah dengan sorakan:”Iya”   2x


Sumber:youtube{ilir ilir}

Ahad, November 27, 2011

STAM OH STAM..(bahagian akhir)




KEYAKINAN 
DAN 
USAHA
Kata seorang abang senior, pelajar-pelajar STAM ni dah selangkah ke IPT. Antara tips yang dikongsi oleh pelajar cemerlang STAM 2010 yang dapat mumtaz sofi :
  • Belajar sebelum guru mengajar
  • Hafaz dari sekarang
  • Hafaz dan faham
  • Biasakan diri dengan soalan-soalan sebenar STAM.
  • Bina semangat dan keyakinan (spt tulis kata-kata motivasi untuk diri)
  • Buat persediaan awal
  • Fokus dalam kelas
  • Bantu rakan-rakan lain (sama-sama mencari jawapan jika tak tahu)
  • Kalau boleh, jangan tinggal solat Hajat
  • Doa (yakin Allah dengar dan Allah makbulkan)
Saya dan kawan-kawan akan usaha dan cuba dapatkan yang terbaik untuk STAM pada tahun ni. Insya-Allah, kami akan usaha dan terus berusaha tanpa rasa putus asa. Saya akan cuba praktikkan apa yang kakak-kakak dan abang-abang senior kongsikan tadi. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan dalam pembelajaran saya ni. Semoga kita semua dipermudahkan-Nya urusan dunia dan akhirat. Akhir kalam, doakanlah kejayaan kita bersama.  :)
Huraian daripada sasteraarab:
*** Belajar sebelum guru mengajar iaitu baca kitab terlebih dahulu.Amalkan khatam sebuah kitab sekurang-kurangnya 4 kali.
Ini cara-caranya:
1) Untuk khatam kali pertama:
-Hanya perlukan pensel dan pemadam.                                                         -Baca seluruh petikan dan gariskan ayat yang tidak difahami atau bulakan kalimat yang tidak diketahui maknanya.                                                       -Jangan guna kamus KERANA peringkat ini tidak boleh meminta campurtangan kamus.Itu pantang larangnya.                                                                                                                  -Hasilnya, , antum sudah selesai baca keseluruan kitab itu sekali sahaja(walau pun belum betul-betul faham isi kandungannya mahu pun isi pentingnya.Abistu bila nak faham, subjek lain kan ada banyak belum sentuh?Sabarlah adik).
2) Untuk khatam kali kedua:
-Pensel,pemadam dan kamus.                                                                     -Cari makna kalimat yang tidak difahami.                                                       -Cuba terjemahkan ayat. KALAU TAK BOLEH, MINTA BANTUAN SENIOR atau BERJUMPALAH DENGAN GURU.                                                                                                               -Hasilnya, , antum sudah FAHAM keseluruan kitab itu.Peringkat ini mungkin memakan masa yang agak lama berbanding peringkat sebelum dan selepasnya.Bergantung kepada kadar kepantasan masing-masing dalam membaca dan mencari makna serta kuantiti kalimah atau ayat atau ungkapan yang tidak difahami.
3) Untuk khatam kali ketiga:
-Pensel,pemadam, dan kertas catatan untuk menulis nota.                                                                     -Keluarkan isi penting mengikut perenggan.Tanya diri antum:adakah ayat ini isi penting?                                                                                                  -KALAU TAK BOLEH JUGA, MINTA BANTUAN SENIOR atau BERJUMPALAH DENGAN GURU.                                                                                                               
4) Untuk khatam kali keempat:
-MULA MENGHAFAZ.Nasihat ana, apabila menghafaz , sediakan buku kosong untuk menulis kembali apa yang sudah kita ingat.Buku kosong mungkin tak perlu dibeli kerana kita masih mempunyai buku-buku tulis yang telah digunakan pada tahun lepas tetapi masih berbaki banyak helaian.
-Biasakan diri menjawab aneka soalan peperiksaan.
Mahu set latihan peperiksaan STAM?
ini mungkin boleh membantu pelajar stam untuk membiasakan diri dengan bentuk2 soalan stam.TENGOK GAMBARNYA DAHULU DI SINI http://bukustam.blogspot.com/
sekiranya antum berada di johor bahru,
antum boleh dapatkannya terus di
badan cemerlang bookstore,
aras 3, plaza angsana, johor bahru.
apabila tiba di depan kedai itu, pilih pintu masuk paling kanan, dn terus menuju ke rak paling kanan di bahagian belakang.
di situ tersusun buku praktis mumtaz stam beserta notanya.
P/S: BERHATI-HATI DENGAN LAMAN-LAMAN WEB yang tidak bertanggungjawab YANG INGIN MENGAUT KEUNTUNGAN . 
INI alamat Penerbitan AL-AZHARI: sila hubungi
Penerbitan AL-AZHARI
Hadapan SMA Yayasan Khairiah Kg. Pinang,
09200 Kupang, Baling, Kedah. 
Tel/Fax: 04-476 5957
H/P: 019-516 5614.

Keistimewaan kaedah ini(KHATAM 4 KALI):
1) Tidak membebankan kerana dilakukan secara berperingkat.Ada pelajar yang menggunakan kamus di peringkat awal pembacaan.Tak salah pun tetapi kita ada strategi, bukan mahu meminggirkan bantuan kamus.Gunalah kamus pada waktunya.
Mungkin ada pelajar mudah diserang penyakit kebosanan kerana masih belum dapat mencari makna untuk satu kalimat di muka surat yang pertama. 
Kesannya, dia cepat letih dan ditambah DENGAN godaan syaitan yang berbisik:
 "Eh, apalah lu ni bro,cari makna dari tadi tak jumpa-jumpa,terkial-kial, besok sajalah kau baca kitab tu.Rehat dulu.STAM lama lagi.Nanti dah hilang penat, barulah kau baca. Badan kau pun punya hak untuk rehat. Otak kau pun begitu juga. Nanti kalau sakit, bukan saja nak baca buku, nak gerakkan tangan pun tak larat beb. Kesian aku nengok kau ni.Dahla, gi rehat sana"
2) Sesuai digunakpakai ketika menuntut di peringkat universiti seperti Al-Azhar dan sebagainya.

3) Mesra studygroup maksudnya boleh dipraktikkan ketika belajar berkumpulan. Seorang ambil satu tajuk yang sudah dipilih, dan terus saja guna kaedah ini. 


DAN nasihat kami KEPADA SEMUA calon STAM :Untuk mengurangkan bebanan hafazan, amalkan cara : "selepas belajar , saya pula mengajar kepada kawan-kawan".

Kesannya, antum tidak perlu teruk-teruk menghafaz, kerana setiap kali antum mengajarkan kepada kawan-kawan, antum sebenarnya tidak perlu melihat buku, semuanya sudah ada dalam minda.

Cubalah. 

MUMTAZ SOFI akan menanti.

Tapi jangan bangga diri.

Jangan TAKABBUR.
Semua itu milik Allah ta'ala.

INGAT.



STAM OH STAM..1

Posted: March 11, 2011 in DIARI HIDUPKU

Hari ini adalah hari yang paling seronok dalam belajar STAM sebab dapat berjumpa dengan kakak-kakak dan abang-abang senior yang ambil STAM (Multaqa’ Stam 2011). Kebanyakan mereka adalah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Bumi Kinanah. Saya memang dah pasang niat untuk menapak ke sana. Mudah-mudahan tercapai hajatku. Amin. Ada juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Saya juga memang dah rancang awal-awal, kalau tak dapat ke luar negara seperti Mesir atau Jordan, USIM atau UIA adalah pilihan kedua saya. Insya-Allah.
Memang sejuk mata saya ni memandang kakak-kakak dan abang-abang dari Mesir. Semuanya adalah pelajar-pelajar cemerlang dalam STAM. Doakan semoga saya juga berjaya dan cemerlang seperti mereka.
PELUANG SAMBUNG BELAJAR CERAH
Siapa yang kata bahawa peluang budak-budak aliran agama ni sangat nipis untuk mereka terus sambung belajar adalah salah sama sekali. Alhamdulillah, peluang pelajar-pelajar STAM ni cerah dan amat luas. Masa juga boleh dijimatkan kerana STAM hanya setahun. Kita akan terus ke Ijazah Sarjana Muda jika melangkah ke IPT nanti. Itu salah satu kelebihannya.Yang penting, usaha ke arah  kejayaan dan terus berusaha tanpa rasa putus asa.
Program Multaqa’ STAM 2011 ni banyak memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan STAM iaitu hala tuju selepas ini. Antaranya :
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Aliran Sastera :-
-   Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
  • Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
  • Sajana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
-   Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian
-  Fakulti Pengajian Bahasa Utama
  • Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
-  Fakulti Syariah dan Undang-undang
  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian
-   Fakulti Ekonomi dan Muamalat
  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Perhubungan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
Kelayakan Masuk Program Sarjana Muda (calon STAM) :-
  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET. (tapi sebelum gred, kena dapatkan Band 3, baru boleh gred.)
  • Memenuhi syarat khas program.
Maklumat lanjut : www.usim.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Aliran Sastera :-
-   Fakulti Sains dan Kemanusiaan
  • Antropologi dan Sosiologi
  • Kerja sosial
  • Komunikasi Media
  • Linguistik
  • Psikologi
  • Sains Politik
  • Sejarah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian)
-   Fakulti Pengajian Islam
  • Pengajian Al-Quran dan Sunnah
  • Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  • Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  • Syariah
  • Usuluddin dan Falsafah
Kelayakan (calon STAM) :-
  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
Maklumat lanjut : www.ukm.my
Universiti Al-Azhar, Mesir
Banyak sangat bidang yang ada dan boleh diambil oleh lepasa STAM.
Maklumat lanjut : Al-Azhar, mesir
 bersambung...

Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan

Teman-teman,

Ada berita baik.

Untuk semua orang tak kira latar belakang.

Tak kira di mana jua anda berada, Mesir, U.K,  Amerika, Korea ........

Di sini ana kongsikan salah satu teknik terkini untuk mempelajari Bahasa Al-Quran.

Namanya : Bahasa Arab Harfiah Cara Mudah Al-Furqan
Misinya: Memahami Al-Quran dalam masa 8 bulan

Yang bestnya: tanpa hafalan, hanya gunakan diagram seperti gambar di atas.

Gurunya Ustaz Nasaruddin Hasim 


Ini facebooknya, Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan sila "like": http://www.facebook.com/pages/Pendidikan-Bahasa-Arab-Al-Furqan/141557645919314

dan ini notanya atau diagramnya:

Untuk mengetahui cara menggunakan kaedah ini dengan lebih lanjut, sila dengar 

RADIO: IKIM.F.M.(CARI SIARANRADIO IKIM DI INTERNET)
HARI: setiap RABU
JAM : 9.I5 MALAM ( tasi'ah war rubu'u masa'an) waktu Malaysia .

Kelasnya tak lama, lebih kurang 45 minit saja.
 Memang mumtaz.
Senang nak kenalpasti isim ,fe'el dan harf dalam Al-Quran.
Selepas ni mudah la aktiviti P&P di sekolah arab.Amiiinnn.





Selasa, Disember 28, 2010

Tahniah kepada mata yang menyaksikan Bumi Makkah...

.القصيدة فى مدح أرض مكة المكرمة، من بحر الطويل "فعولن مفاعيلن" أربع مرات





          مرَادي وقصدي واعتقادي ونيتي    مــــديح رسول اللــه خيــر البريـــة
          نبي له المعراج والحوض واللوا     ومســكنه الفردوس أشرف بقعـــــة
          نبي رأته الشمس حســـناً تعجبت    وقالــت لــه أنــت مــن أي قبيــــــلة
         فقال لها ربي من النـور صـاغني    وآدم من نوري ومــن أصـل طينتي
         هنيئـاً لعـين شاهــدت أرض مكــة   وطافــــت ببيت اللــــه سبعـاً ولــبت
         ومـن زمــزم تزمــزمت وتنعــمت    وفي حجـر إسماعيل صليت ركيـعتي
         علي عرفـــات اللــه يجمع شملنـا    ويكــف عنــا وزرنـــا والخطيــــــئة
         ثلاثـــــة أيـــام أقمنـــــا علي منـى    ورابـــــع يوم قـــــد أمـــرنا برجعـة
         فيـــا رب صل علي النبي محـــــمد     نبي شـــــريف بقــــــرآن وحكمـــــة