Rabu, Jun 30, 2010

MASIHKAH ADA YANG RINDU?......هَلْ مِنْ عَاشِقٍ ؟


Imagine that you are in Malaysia right now..
what will you do if you want to listen to
IZA'ATUL QURANIL KAREEM MINAL QAHIRAH?

Yes.
You are able to listen THE IZA'AH via internet by opening this useful website:



تَخَيَّلْ أَنَّكَ اْلآنَ فِى مَسْقَطِ رَأْسِكَ مَالِيْزِيَا
مَا ذَا تَفْعَلُ إِذَا أَرَدتَّ الاِسْتِمَاعَ إِلَى
إِذَاعَةِ اْلقُرْآنِ اْلكَرِيْمِ مِنَ اْلقَاهِرَةِ؟


نَعَمْ،يُمْكِنُكَ اْلاِسْتِمَاعُ إِلَيْهَا عَبْرَ اْلإِنْتَرْنِتْ
بِوَاسِطَةِ هَذَا الْمَوْقِعِ الْمُفِيْدِ؛
اُنْقُرْ هُنَا

1. Kadang-kadang, sebahagian student kita yang berada di Malaysia ( baik yang sudah tamat pengajian di Mesir mahu pun yang sedang pulang bercuti) ada yang rindukan siaran Radio Al-Quranul-Karim Kota Qahirah.

2. Mengapa tidak?Program yang penuh dengan hiburan rohani, santapan aqli, nur menerangi hati. Pengisi program yang dijemput terdiri daripada ulama yang bagus dan pakar dalam bidang masing-masing.

3. Siapa yang tak rindukan Tok Guru Syeikh Sya'rawi rahimahullah dengan siri syarahan tafsir Al-Quran?
Siapa yang tak rindu dengan kelembutan nada Al-Imam Al-Akbar Syeikh Tantawi rahimahullah di saat beliau menghurai dengan ringkas sebelum beberapa ayat Al-Quran dibacakan?
Siapa yang tak rindukan dengan bacaan Al-Quran oleh Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Mahmud Ali Al-Banna Al-Manufi, Syeikh Abdul Fattah As-Sya'syaie , dan para qari yang lainnya?

4. Siapa yang tak rindukan penjelasan taujih qiraat Warsy, Qolun dan lain-lain yang keudara setiap malam jam 8.25 malam(waktu Mesir). Ditambah lagi ibtihal dan doa munajat yang sering menjadi "iklan" menghiasi segmen yang dikeudarakan.

5. Keindahan bahasa Arab fus-ha, dan gaya bahasa yang penuh adab sopan yang diamalkan oleh juruhebah yang bertugas , bagus dijadikan contoh uslub untuk pengerusi majlis ketika di majlis-majlis rasmi yang berlangsung di institusi pengajian aliran Arab bagi meningkatkan lagi kualiti pertuturan Bahasa Arab di kalangan para pelajar kita...

6. Jika diamat-amati, gaya bahasa yang digunakan sangatlah elok untuk ditiru oleh orang seperti kita yang masih belum mampu membuat ayat yang bercirikan citarasa arabi.Sebagai contoh, perhatikan ayat yang digunakan oelh juruhebah sebelum dan sesudah azan setiap solat lima waktu. Kita ambil satu contoh GAYA BAHASA berkenaan solat isya':

إْخْوَةَ اْلإِيْمَانِ

حَسَبَ التَّوْقِيْتِ الْمَحَلِّيِّ لِمَدِيْنَةِ الْقَاهِرَةِ

حَانَ اْلآنَ مَوْعِدُ صَلاَةِ الْعِشَاءِ

(Azan berkumandang)

رَفَعَ اْلأَذَانَ لِصَلاَةِ الْعِشَاءِ فَضِيْلَةُ الشَّيْخِ مُصْطَفَى إِسْمَاعِيْل

إِخْوَةَ اْلإِيْمَانِ، مَوْعِدُ صَلاَةِ الْفَجْرِ غَدًا - بِمَشِيْئَةِ اللهِ- السَّاعَةُ الرَّابِعَةُ وَتِسْعُ دَقَائِقَ

وَسَتُشْرِِقُ الشَّمْسُ بِأُفُقِ مِصْرَ بِإِذْنِ رَبِّهَا السَّاعَةَ السَّادِسَةَ إِلاَّ خَمْسَ دَقَائِقَ

أَيُّهَا اْلإِخْوَةُ الْمُؤْمِنُوْنَ

عَوْدًا مُبَارَكًا مَعَ الْقُرْآنِ الْكَرِِيْمِ

ٍنَسْتَمِعُ إِلَى تِلاَوَةٍ عَطِرَة

بَدْءًا مِنَ اْلآيَةِ التَّاسِعَةِ وَالْعِشْرِيْنَ إِلَى اْلآيَةِ الثَّانِيَةِ وَاْلأَرْبَعِيْنَ مِنْ سُوْرَةِ آلِ عِمْرَانَ

تَلاَهاَ عَلَيْنَا الشَّيْخُ عَبْدُ الفَتَّاحِ الشَّعْشَاعِيُّ

Selamat mendengar...
ENJOY LISTENING!


;) Gambar sekadar hiasan. Harap jangan ada yang kata bahawa ustaz kita yang dalam gambar itu sedang bertugas atau pernah bertugas di konti Radio Al-Quranul-Karim Kota Qahirah.

;) Kalau ada kesalahan pada tatabahasa Arab dan Inggeris, silakan menulis pembetulan pada ruangan komentar. Terima kasih.







Jumaat, Jun 18, 2010

HOW TO TRANSLATE ARABIC POEM OR PROSE ?

Bagaimana mencari terjemahan sebenar pada nas puisi atau prosa arab?

1. Untuk terjemahan puisi, anda boleh menggunakan perkhidmatan web ini :
(( www.adab.com)).
Di dalamnya ada dua bahasa.
Klik pada ENGLISH di bahagian atas web.

2. Kemudian, pilih tokoh penyair yang anda mahu dengan klik pada senarai tokoh penyair mengikut zaman sasteranya( classical or modern arabic poetry ) .

3. Jika classical, saya rasa hanya seramai 7 orang tokoh sahaja yang tersedia lengkap dengan terjemahan puisi versi Inggeris. Itu pun, hanya teks puisi yang tertentu sahaja, bukan semua karya puisinya siap diterjemahkan. Memang sudah nasib kita. Teks yang kita mahu tiada. Usahalah cari di web lain. Anda lebih tahu dan lebih usaha. Ini contoh paparannya: DISINI

4. Kenapa pula terjemahan dengan ENGLISH, tiada langsung Bahasa Melayu kah?

a) Setakat yang kita jumpai di internet, mungkin hanya "orang putih" sahaja kelihatan rajin menterjemahkan teks itu. Jadi, tugas kita pula terjemahkan teks Bahasa Melayu. Tidak rugi kita menjadi seorang yang multibahasa.

b) Belajar bahasa orang lain, bererti kita bukan lagi seorang diri, tapi 2, 3 , 4, 5, dan lebih. Contohnya, Ahmad seorang melayu yang mahir berbahasa Jawa, Inggeris, Itali, Perancis, Sepanyol dan Arab.
Oleh itu, kita sebenarnya berdepan dengan 7 orang Ahmad berlainan versi bahasa. Ahmad tetap yang itu juga, warna kulitnya tetap yang itu juga, fizikalnya tetap yang itu juga, tetapi dia istimewa dalam aspek bahasa kaum lain.

5. Nak dunia dengan ilmu, nak akhirat dengan ilmu juga.Belajarlah bahasa kaum lain walau sedikit, kerana ia manfaat untuk anda.
Itu nilai tambah.
Itu yang dinamakan kelengkapan pendakwah.
Itu juga yang membantu supaya amanah risalah tertunai.
Jika 'mereka' terima dengan hati jernih, maka segala pujian milik ALLAH, mudah-mudahan beroleh Jannah.
Tapi jika sebaliknya, maka ALLAH sahaja yang Maha Memiliki Petunjuk HIDAYAH.

6.Untuk terjemahan prosa, ia juga sangat sulit untuk diketemukan dalam versi Bahasa Melayu. Carilah .Mana tahu anda pula yang menjumpainya. Bolehlah kongsi laman webnya dengan kita semua. Kata seorang guru :" Yang harus kalian ingat anak-anakku,'jangan pernah menyerah'.Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya".

7. Apa pun, untuk memahami teks puisi atau prosa, kita mesti menggunakan bantuan kemahiran ilmu balaghah. Ilmu balaghah pula mewajibkan kita cekap dengan nahu dan sarf.
Jika ketiga-tiga bidang ilmu ini dapat dicerna dengan baik, maka terjemahlah apa sahaja teks arab. Banyakkan latihan menterjemah. Dengan bantuan nahu, mahirkan diri dalam bab Taqdim wa Takhiir, kerana puisi arab biasanya menggunakan teknik ini dalam menyusun kalimah. Tak kiralah taqdim itu berlaku antara fe'el,faiel, maf,ul, atau isim kana, dan khabar kana, atau isim inna dan khabar inna, atau mubtada ,khabar dan jar majrur atau sebagainya.

8. Terdapat segelintir pelajar kita "lari pecut" berdesup sebaik sahaja terserempak dengan bait-bait puisi arab ketika membaca bahan bacaan arab. No fear ok. Tiada takut. Don't worry. Ma teqlaqsyi. Katakan pada diri anda, " elkullu ha yeb' a tamam ","Semua akan menjadi baik". Puisi bukan singa buas bertaring tajam. POEM IS NOT A FIERCE LION.

9. Sedikit kajian telah di buat, bagi membantu menyelesaikan kes serangan "puisi-phobia" yang banyak mengempur benteng kecekalan pelajar kita.
Caranya begini.
Dalam satu bait puisi arab, biasanya ia mempunyai dua sayap kiri dan kanan atau dalam bahasa ilmu Arudh wa qawafi : syatrun awwal dan syatrun thani.
Posisi setiap satu saling berjauhan sehingga wujud satu ruang kosong di bahagian tengah dan di tengah itulah "kelemahan sebenar" pihak penyerang . Begini bentuk lakaran amnya:

(..................................... *** ..............................................)

Contoh bait:
مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدَا*** عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
10. Rapatkan antara dua syatr tadi sehingga menjadi satu ayat bersambung begini.
مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدَا عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ

Kemudian mulakan misi terjemahan kalimah demi kalimah . Teknik ini kita namakan sebagai teknik KEPUNG DAN SERANG. Kepung kemudian selesaikan satu demi satu.Selagi anda tidak mencapai makna yang lengkap, lakukan cara yang sama untuk bait seterusnya. Itu sahaja teknik efektif menumpaskan serangan tadi setakat ini.Mungkin anda ada pelbagai teknik lain. SELAMAT MENCUBA . Semoga bertemu kembali. Arrivaderci!