Sabtu, Julai 31, 2010

HULURKAN DERMA UNTUK PEMBINAAN MASJID.....

Warna hijau sentiasa segar di mata...mekar di jiwa
warna yang melambangkan Ahli Bait Nabi Muhammad s.a.w
Inilah masjid yang dinamakan:
Masjid Sayyidah Aishah r.a.
Kampung Kom An-Nur
Daerah Mit Ghamr,(daerah tempat Syeikh Syarawi dimaqamkan)
Negeri Ad-Daqohliyyah,(nama negeri bagi Bandar Mansurah)
Republik Arab Mesir.
Jauhnya: 2 jam daripada Stesen Abbud. 

Bagaimana mahu ke sana?
1)Di Abbud,naik apa saja kenderaan ke Mit Ghamr (kos kira-kira 5 genih)
2)Tiba di Mit Gahmr, naik lori chevrolet yang berbumbung ke Kom El-Nur ( 50 sen )
3)Tiba di sana, naik tuk-tuk @ mini teksi-vespa mcm di Thailand dan India)(1 genih) menuju ke rumah Syeikh Ahmad An-Nahriti (bapa Syeikh Abdul Wahhab) di Syarie' Maahad Dini Al-Azhari.
4)Selamat sampai. Welcome.
Ini nombor telefon Syeikh Abdul Wahhab bin Ahmad An-Nahriti.
011-6031667

Menurut Syeikh Abdul Wahab Al-Husaini:
Masjid ini akan berfungsi sebagai:
Tempat ibadah
Majlis ilmu
Majlis zikir
Majlis qasidah
Tahfiz Al-Quran
Tempat suluk
(posisinya yang jauh daripada kesibukan lalu lintas dan berhampiran dengan kawasan pertanian sesuai untuk mencari ketenangan) dan lain-lain


Harta yang menjadi milik kita sebenarnya ialah harta yang kita belanjakan di jalan ALLAH
Adapun harta yang kita cari dan kumpul,
biasanya akan berpindah milik kepada ahli waris yang ditinggalkan

Marilah berinfaq(berderma) walaupun lima puluh sen
Sesungguhnya Allah akan melipatgandakan pahalanya.....
Mudah-mudahan ianya menjadi amal jariah kita semua..Amiin
Ayuh teman-teman...! Benda baik elok disegerakan

Sumbangan kewangan anda pada bila-bila masa untuk masjid tersebut bolehlah diserahkan kepada :
Ustaz Muhammad Syakirin bin Muhammad Khalid
Penuntut Kuliah Syariah Islamiyah
Asrama Pelajar Johor RAB'AH,
Bandaraya Kaherah.
Nombor telefon:
014-7657386

Syeikh Abdul Wahab Ahmad Al-Husaini , Pak cik Hasan tukang azan(berkopiah coklat) menemani dua orang pekerja sedang menyiapkan tempat wudhu'
Bilik air yang hampir siap....


Bahagian dewan solat masih belum dipasang lantai marmar....
menunggu "tangan-tangan orang budiman" yang akan menghulurkan bantuan...




Rabu, Julai 28, 2010

CUNGKIL BAKAT TERJEMAH..AYUH!

Suasana di dalam gerabak Metro


Kenderaan Metro


Pernahkah anda menggunakan pengangkutan Metro di Kota Kaherah?
Untuk menziarahi teman Maahad Qiroat?
atau untuk ke kilang KRISTAL ASFOUR di Syubra Al-Kheimah?
atau untuk ke AL-KHALAFAWI menghadiri majlis zikir di sana?
Tak kira apa pun tujuan anda...anda pasti terpandang kepada ayat ini ketika berada di dalam salah satu gerabak Metro.....

هَذِهِ الْمَقَاعِدُ ِلكبَِار السِّنِّ وَلِـــذَوي الاِحْتِيَاجَاتِ الْخاصة

Isi masa lapang sempena cuti kuliah anda dengan membuka kamus dan menterjemah petikan.

Cungkil bakat anda dalam menterjemah petikan ini ke dalam bahasa Melayu(jika anda juga mahir dalam bahasa Inggeris, silakan saja LAGI BAGUS).

Jawapan boleh ditulis di ruangan komen.

Terjemah yang terbaik akan terpilih untuk disiarkan seminggu selepas tarikh artikel ini disiarkan.
Tidak dihadkan satu terjemahan untuk seorang . Anda boleh menghantar terjemahan lebih daripada satu.

Nyatakan nama anda, kuliah dan negeri kelahiran.

Ayuh..terjemah, tingkatkan kemahiran anda! Jangan malu jangan segan....

Gambar di blog ini sekadar hiasan.
Hanya tengok aje. Belum tentu beli.
Maklumlah, pendapatan hanya terbatas
untuk belanja sekolah anak-anak, bil air dan elektrik rumah
dan baki disimpan untuk menunaikan haji.

Apalah gunanya si ibu berhias mewah
apalah ertinya si ayah berjalan megah
sedang anak-anak sendiri kehausan ilmu agama?
Sebenarnya hidup di dunia ini untuk apa?

Daripada mana kita datang?
Ke mana kita akan pergi?
Apakah yang akan ditinggalkan di "belakang"?
Dan apakah bekalan di "sana" nanti?

Rapatkanlah kedua-dua lututmu
di kelas pengajian para ulama
timbalah ilmu agama yang benar daripada mereka
supaya selamat daripada LEMAS tenggelam
dalam banjir peluh
di hari yang penuh derita

YA ALLAH YA ALLAH

JADIKANLAH KAMI DAN ZURIAT KAMI
ORANG YANG RAJIN BERKUMPUL
DALAM MAJLIS ULAMA
DAN JANGAN JADIKAN KAMI SEPERTI ORANG YANG :
BAJUNYA NAK LAWA, BAUNYA NAK WANGI
HATINYA KOTOR TIADA DICUCI
AKALNYA TUMPUL TINDAKANNYA KEJI
DADANYA KOSONG MALAS TALAQQI...

YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU BENARKAN KEMALASAN MENGUASAI DIRI KAMI
JANGANLAH ENGKAU BIARKAN KELALAIAN MENGHUNI HATI KAMI
JANGANLAH ENGKAU IZINKAN KEBENCIAN MENJANGKITI PERSAUDARAAN KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN ORANG YANG MEMBENCI ULAMA RABBANI...

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MENGHALANG MAJLIS-MASLIS ILMU, ZIKIR ATAU TALAQQI...


YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA ULAMA YANG MENGAJAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENUNTUT ILMU YANG BELAJAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENDENGAR ILMU YANG HATINYA BERSINAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENCINTA MAJLIS-MAJLIS ILMU YANG BENAR,

YA ALLAH YA ALLAH

KAMI MOHON PETUNJUK -MU
KAMI MOHON BIMBINGAN-MU
AGAR KAMI TIDAK BUNTU
AGAR KAMI TIDAK KELIRU
AGAR KAMI TIDAK TERTIPU
AGAR KAMI TIDAK SESAT
DALAM MELALUI JALAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT



YA ALLAH YA ALLAH

TUTUPLAH AURAT KAMI
TUTUPLAH AURAT ISTERI-ISTERI KAMI
TUTUPLAH AURAT ANAK-ANAK KAMI LELAKI DAN PEREMPUAN

AMPUNILAH DOSA KAMI
AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI
AMPUNILAH DOSA ANAK-ANAK KAMI
AMPUNILAH DOSA JIRAN TETANGGA KAMI
AMPUNILAH DOSA SAUDARA MARA KAMI
AMPUNILAH KAN DOSA SAHABAT HANDAI KAMI
AMUNILAH DOSA SAUDARA SEAGAMA KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

TUTUPKANLAH AIB DAN CACAT CELA KAMI
BUANGKANKANLAH KESEDIHAN KAMI
TENANGKANLAH HATI KAMI
LAPANGKANLAH FIKIRAN KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

AMANKANLAH NEGERI DAN NEGARA KAMI
DAN JUGA NEGARA-NEGARA SAUDARA SEAGAMA KAMI
DARIPADA SEGALA MALAPETAKA,BENCANA,
BANJIR KILAT, KEMARAU,
RIBUT TAUFAN, KEBAKARAN HUTAN,
GEMPA BUMI, LETUSAN GUNUNG BERAPI,
TANAH RUNTUH, OMBAK TSUNAMI,
KEMUNDURAN, KEBULURAN,
KEMISKINAN, WABAK PENYAKIT,
HURU-HARA, PERPECAHAN,
PEPERANGAN DAN SEBAGAINYA


YA ALLAH YA ALLAH

SEBARKANLAH KEDAMAIAN DAN PERPADUAN
AGAR DAPAT KAMI MENIKMATI KEMANISAN IBADAH
DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA


SELAMATKAN KAMI DARIPADA MENJADI BUTA MATA HATI
SELAMATKAN KAMI DARIPADA PENYAKIT SUKA BERMEWAH-MEWAH
SELAMATKAN KAMI DARIPADA SIKAP SUKA MEMBAZIR


JADIKAN KAMI HAMBA-HAMBA-MU AHLI QONA'AH
YANG SENTIASA MERASA CUKUP DENGAN APA YANG ENGKAU KURNIAKAN


JADIKAN KAMI HAMBA-HAMBAMU AHLI ISTIQOMAH
YANG SENTIASA MEMELIHARA AMAL IBADAH


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN S.A.W
DAN AHLI BAITNYA DAN PARA SAHABAT
SERTA YANG MENGIKUTNYA
DARI MASA KE MASA SEHINGGA HARI QIAMAT.
AMIIN AMIIN YA ROBBAL 'ALAMIIN.





Rabu, Julai 14, 2010

مدد يا السيدة زينب يا رئيسة الديوان ويا حفيدة سيد الأكوان

Berkata Syeikh Soleh Al-Ja'afariy r.a. dalam muqaddimah salah sebuah qasidah pujian terhadap Sayyidah Zainab binti Sayyiduna Ali bin Abi Talib r. anhum:

سبحانَ مَنْ أَعْطَاكُمْ

عَلَى الْوَرَى وَلاَّكُمْ

يَا سَادَاتِيْ حَاشَاكُمْ
أَنْ تَتْرُكُوا اْلأَحْبَابَا

ertinya:

Maha suci Allah yang telah memberi kepada kamu akan kurnia
Dialah yang menjadikan kamu wali ( ketua dan penjaga) bagi sekalian manusia
Wahai para penghulu dan pemimpin kami,
Janganlah abaikan orang-orang yang mengasihi kalian ...

Setelah berlalu malam penutup minggu sambutan Maulid Sayyidah Zainab binti Sayyidina Ali radhiallahu 'anhuma, pada Selasa 24 Rajab 1431H / 6 Julai 2010, ahli Tariqah Al-Husofiyyah As-Syazuliyyah telah mendirikan majlis zikir di sana bagi menjayakan program al-lailatul yatimah.

2. Al- Lailatul Yatimah ertinya malam yang yatim. Malam itu di gelarkan sebagai yatim kerana kebanyakan manusia yang menyertai sambutan maulid itu sudah beransur pulang ke kawasan masing-masing selepas memeriahkan suasana majlis penutup pada malam hari sebelumnya. Maka malam keesokannya tidak semeriah malam penutup itu.


3. Jadilah ia sebagai malam yang sunyi, tak ubah seperti seorang kanak-kanak yatim yang kehilangan ibu bapa yang sepatutnya berada di sisinya. Tiada siapa tahu perihal makan minumnya, tiada siapa peduli soal sakit peningnya, tiada siapa prihatin tentang segala kehendaknya.

Di sini terserlah cahaya ilmu balaghah menerusi bab Al-Isti'arah iaitu meminjam kalimah asal dan dipasangkan pada kalimah lain bukan tujuan mendatangkan makna kalimah asal itu, dengan perantaraan persamaan antara keduanya.


4. Oleh hal yang demikian, maka keesokan harinya iaitu Rabu 25 Rajab 1431H/7 Julai 2010 hadirlah ahli Tariqah Al-Husofiyyah bagi menggembirakan hati 'malam yang yatim' itu. Seperti biasa, majlis zikir didahulukan dengan Al-Fatihah dan Selawat Al-Yaqutiyyah. Kemudian zikir kalimah tauhid dan lafaz mufrad 'Allah'. Majlis zikir ditutup dengan bacaan ayat suci Al-quran, qasidah dan doa . Sesudah itu mereka bersalaman dengan cara saling mencium tangan saudaranya yang satu lagi.


5. Selepas itu, Syeikh Mahmud, khalifah tariqah bersama para muridnya melaungkan selawat marhaban menuju ke makam Sayyidah Zainab r.a. Beliau membaca doa dan semua yang hadir mengaminkannya dengan penuh khusyuk. Sungguh cahaya nabawi telah memenuhi segenap ruang di makam.


6. Selesai berdoa, mereka bersama-sama beredar meninggalkan makam sambil melaungkan bait ini dalam bahasa yang mirip kepada lahjah ammiah Mesir di mana dua perkataan diringkaskan menjadi satu seperti ji'na lakum disebut ji'nalkum. Inilah teksnya:

جئنا لكم جئنا لكم
طلبنا رضاكم
لولا فضل الله علينا

ما كنا جئنا لكم
يا بنت البتول يا سبط الرسول
لولا فضل الله علينا
ما كنا جئنا لكم

Ji'nalkum ji'nalkum
tolabna ridhokum
lau la fadhlullahi alaina
ma kunna ji'nalkum
ya bintal batuli ya sibtor-rosuli
lau la fadhlullah alaina
ma kunna ji'nalkum

7. Kemudian, Syeikh Mahmud menyampaikan ijazah Tariqah Al-Husofiyyah kepada warga tempatan termasuk beberapa orang pelajar kita antaranya :

Ust. Basir Muhammad(Kota Tinggi)

Ust. Khairul Anwar Tajuddin(Kluang)

Ust. Zulfikri Abdullah(Segamat)

Ust. Amin Sailan(Muar)

Ust. Muhammad Tayyib(Muar)

Ust. Zahrunnaiem Ahmad(Muar)

Ust. Saeid Esam Umar Makarim(Pontian)



8. Selesai Majlis Ijazah itu, kami meminta ijazah beberapa hadis musalsal daripada Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati.

Hadis yang diijazahkan pada malam itu di dalam Masjid Sayyidah Zainab r.a. ialah:

Al-Awwaliyyah bir-rohmah

Ar-Rojabiyyah

Munawalatus-sibhah

Qiroatu Ayatil Kursiy



9. Selesai pengijazahan, kami terus beredar menuju ke sebuh bangunan berdekatan dengan masjid untuk duduk dalam majlis Syeikh Dr. Muhammad Mahmud Abu Hasyim, dekan Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Zaqaziq, dan pemimpin Tariqah Hasyimiyah, Bani 'Amir, Syarqiyah. Di situ Syeikh Muhammad Jamal Al-Filastini menyampaikan sepatah dua kata kemudian beliau sendiri menutup bicaranya dengan qasidah yang merdu. Sementara itu, kami dijamu dengan fattah misriyah dan tobikh fasulia di bilik jamuan. Kemudian, giliran kami pula mengalunkan beberapa qasidah.


10. Sebelum pulang, kami sempat mendapatkan ijazah am dalam Hadis Nabawi daripada Syeikh Muhammd Jamal Hasan As-Sayyid Al-Hasani Abul-Hannud As-Syafi'e Al-Asy'ari, As-Sufi Al-Qadiri As-syazuli, Al-Filastini. Sila klik untuk biografi beliau di sini . Beliau memberikan kepada kami hadis musalsal iaitu:

Al-Awwaliyyah bir-rohmah

Musofahah dan Musyabakah

Mahabbah

Beliau meriwayatkan hadis-hadis itu daripada :

a)Syeikh Muhammad Badruddin Al-Misri hafizohullah

b)Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki rahimahullah.Beliau rahimahullah ternasuk antara yang termasyhur zaman ini ibarat terangnya cahaya mentari pada musim panas.


11. Adapun tentang syeikh yang pertama, walaupun penulis masih belum berjumpa langsung dengan beliau, syukur kepada Allah kerana penulis telah menjumpai keterangan ringkas peribadi beliau melalui internet:

(http://www.ahlalhdeeth.com/vb/archive/index.php/t-38824.html)

Ini terjemahannya:

Nama penuh: Muhammad Abdur Rahim Jaad Badruddin

Keturunan: Al-Husaini Al-Hasyimi

Tempat lahir: Mesir

Alamat di Makkah:

مكة – المعابدة،

أول شارع الخنساء،

عمارة القرشي، فوق عيادات الدكتورة سعاد،

الدور الثالث - شقة 8.

No.8, Tingkat 3, Atas Klinik Dr. Su'ad, Bangunan Al-Qurasyi, Jalan Al-Khansa', Al-Ma'abidah, Makkah.

No. telefon di Makkah: (5747331)

Alamat di Mesir:

127ش الهرم،

محطة الكوم الأخضر،

فوق بنك الدلتا الدولي،

الطابق الخامس.

127, Jalan Piramid. Stesen Al-Kom Al-Akhdhor. Atas Bank Antarabangsa Delta, Tingkat 5.

No.telefon di Mesir : Rumah ( ( 3823094

Tel. Bimbit: (0121381848)

Beliau mempunyai periwayatan dan sanad dalam pelbagai cabang ilmu.

Mengajar di Kaherah dan Makkah kepada sesiapa yang berminat dan beliau bersedia mengajar pelbagai jenis ilmu seperti sastera, tafsir, fiqh, hadis, usul fiqh, aqidah menerusi periwayatannya dan karangannya. Beliau juga mempunyai sanad tinggi.

Sekian, wallahu 'alam.


Khamis, Julai 08, 2010

MAJLIS IJAZAH MUSALSAL AR-ROJABIYYAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدُ لِلَّهِ الذي لا إله إلا هُوَ،
والصلاةُ والسلامُ على سيِّدِنا محمَّد
وعلى آلهِ وصحبهِ ومَنِ اتَّبَعَهُ إلى يومِ الدِّيْنِ وَبَعْدُ

In The Name of Allah, The All-Merciful,The Ever-Merciful
Praise be to Allah. There is no god except He,
and the prayers and peace be upon The Prophet Muhammad,
his Household, his Companions,and his followers till the Day of Doom.

1. Pada hari Selasa 24 Rajab 1431H bersamaan 6 Julai 2010, beberapa delegasi ilmiah Tanah Jawi daripada pelbagai negeri(muhafazah) Republik Arab Mesir telah hadir menambah cahaya nabawi ke Sahah Al-Husofiyyah Al-Kubra,perhentian Masjid Al-Awqaf, Bandar Az-Zaqaziiq, Negeri As-Syarqiyyah.

2. Majlis ijazah sanad hadis musalsal yang diadakan adalah sempena dengan bulan Rajab, di mana fokus utama diberikan kepada ijazah hadis musalsal Ar-Rojabiyyah iaitu salah sebuah hadis yang bersifat musalsal zamani, yang hanya boleh diijazahkan pada bulan Rajab sahaja.

3. Selain itu, terdapat hadis musalsal lain yang telah diijazahkan kepada delegasi tersebut seperti ijazah:
pemakaian serban, penggunaan misbahah( alat yang mashyur digunakan ketika berzikir).

4. Berikut adalah senarai nama-nama anggota delegasi ilmiah yang sempat dicatatkan dan mohon maaf sekiranya ada nama yang tiada dalam senarai kerana jumlah mereka sukar dihitung.

1-Hafizuddin bin Abdul Halim(Johor)
(T1, Bahasa Arab, Kaherah)

2-Muhammad Shyahrulnizam bin Muhammad Daud
(Johor)
(T1, Syariah Islamiyah, Kaherah)

3-Syed Ahmad Ridhwan bin Sayed Md Zain(Kelantan)

4-Muhammad Naqib bin Bakhudin(Johor)
(T1, Syariah Islamiyah, Kaherah)

5-Hamidul Hannan Hasani bin Mohd Nawi(Kelantan)
( T1, Bahasa Arab, Kaherah)

6-Usamah bin Aris(Johor)
(T1, Usuluddin, Kaherah)

7-Ahmad Fathi Ridza bin Mat Nor(Kelantan)
(T1, Bahasa Arab, Kaherah)

8-Muhammad Syakirin bin Muhammad Khalid(Johor)
(T1, Syariah Islamiyah, Kaherah)

9-Ahmad Nidzamuddin bin Abdul Ghaffar(Kelantan)
(T1, Usuluddin, Kaherah)

10-Aidil Aliff bin Abdul Majid(Johor)
(T1, Usuluddin, Kaherah)

11-Muhammad Zubair bin Zulkifli(Johor)
(Maahad Bu'uth Islamiyah, Kaherah)

12-Muhammad Aizuddin bin Masrom bin Jarkase (Johor)
(T1, Syariah Islamiyah, Kaherah)

13-Muhammad Faiz bin Muhammad Harun(Johor)
(T3, Bahasa Arab,Kaherah)

14-Ahmad Luqman bin Bukhari
(Johor)
(T2, Perubatan, Al-Azhar,Kaherah)

15-Muflihun bin Azman(Johor)
(Maahad Bu'uth Islamiyah, Kaherah)

16-Muhammad Irwan bin Ismail(Johor)
(T4, Usuluddin Hadis, Kaherah)

17-Zaharunnaim bin Ahmad(Johor)
(T3, Syariah Islamiyah, Kaherah)

18-Muhammad Fakhrurrazi bin Muhammad Subari(Johor)
(T3, Usuluddin Dakwah, Kaherah)

19-Muhammad Saleh bin Maskob(Johor)
(T3, Syariah Islamiyah Kaherah,

20-Muhammad Firdaus bin Omar(Johor)
(T4, Usuluddin Hadis ,Kaherah)

21-Muhammad Qusyairi bin Abu Bakar(Johor)
(T4, Syariah Islamiyah, Kaherah)

22-Azrin bin Md. Saion(Johor)
(T4, Bahasa Arab, Kaherah)

Ini adalah senarai ijazah yang diterima oleh para delegasi secara terperinci:
المسلسل بالأولية
المسلسل بالفقهاء الشافعية
المسلسل بالدعاء بعد الأذان
المسلسل بقراءة سورة الصف
المسلسل بمناولة السبحة
المسلسل بقول كل راو: جربته فوجدته حقا
المسلسل بالمصافحة الأنسية
المسلسل بقراءة آية الكرسي
المسلسل بأكل القرع أو الدباء
المسلسل بالتعميم بالعمامة
المسلسل بِعَضِّ السبابة
المسلسل بقول راو: ما زلت بالأشواق المسمى بالرجبية
المسلسل بتقبيل الإبهامين ومسح العين
المسلسل بوضع اليد على الرأس
المسلسل بوضع الرأس على الرأس عند ختم سورة الحشر
المسلسل بالتلقيم
المسلسل بتقبيل اليد
المسلسل بالصوفية
المسلسل بالضيافة على الأسودين التمر والماء
المسلسل بقول: قل أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
المسلسل بقول كل راو: بالله العظيم


dan satu lagi hadis musalsal yang tiada dicetak di dalam kitab Al-Ayaatul Mufassolaat fi Al-Ahadiith Al-Musalsalaat iaitu Hadis Musalsal Bi qiroatil Fatihah. Syeikh Husni meriwayatkannya daripada Syeikh Nabil Ghamri hafizohullah.

Sekian, terima kasih.











Sabtu, Julai 03, 2010

YA SYAZULIY YA ABAL-HASAN...يا شاذلي يا أبا الحسن

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang Al-Imam Abu Al-Hasan As-Syazuliy, pendiri tariqah As-Syazuliyyah, maka silakan membaca kitab-kitab yang dicadangkan di bawah ini:

Bil.

Nama kitab

Pengarang

Penerbit

1

أُصُولُ الْوُصُوْل

الشيخ محمد زكيُّ الدِّين إبراهيم رحمه الله

-

2

دُرَّةُ اْلأَسْرَارِ وَتُحْفَةُ اْلأَبْرَارِ

فِى أقوالِ وأفعالِ وأحوالِ ومقاماتِ ونَسَبِ وكراماتِ وأذكارِ ودَعَوَاتِ الشيخِ أبِى الحسنِ الشَّاذُلِيِّ

الشيخ محمد

ابن أبى القاسم الحميري المعروف بابن الصباغ

دار الحسين الإسلامية،

25،خلف الجامع الأزهر،

الهاتف:

(010-8300907)

3

المَفاخِرُ الْعَلِيَّةُ فِى المآثِرِ الشَّاذُلِيَّةِ

أحمد بن محمد

ابن عباد المحلي الشافعي

دار الحسين الإسلامية

4

العارف بالله سيدي أبو الحسن الشاذلي

سعد القاضي

( الكاتب الإذاعي)

دار غريب

5

لَطَائِفُ الْمِنَنِ فى مَنَاقِبِ

الشيخ أبى العبَّاسِ الْمُرْسِي

الشيخ

ابن عطاء الله السَّكَنْدَرِي

دار الحسين الإسلامية



Kitab yang kelima dalam senarai adalah kitab yang menyatakan tentang anak murid Imam Abu Al-Hasan As-Syazuliy, bernama Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi yang makamnya terletak di Iskandariah.

Kesemua kitab di atas mudah didapati di Maktabah Dar Jawami' Al-Kalim, Darrasah, berhampiran Masjid dan Maqam Al-Arif billah Sayyidi Syaikh Soleh Al-Ja'fariy rahimahullah.