Berkata Syeikh Soleh Al-Ja'afariy r.a. dalam muqaddimah salah sebuah qasidah pujian terhadap Sayyidah Zainab binti Sayyiduna Ali bin Abi Talib r. anhum:
سبحانَ مَنْ أَعْطَاكُمْ
عَلَى الْوَرَى وَلاَّكُمْ
يَا سَادَاتِيْ حَاشَاكُمْ
أَنْ تَتْرُكُوا اْلأَحْبَابَا
ertinya:
Maha suci Allah yang telah memberi kepada kamu akan kurnia
Dialah yang menjadikan kamu wali ( ketua dan penjaga) bagi sekalian manusia
Wahai para penghulu dan pemimpin kami,
Janganlah abaikan orang-orang yang mengasihi kalian ...
2. Al- Lailatul Yatimah ertinya malam yang yatim. Malam itu di gelarkan sebagai yatim kerana kebanyakan manusia yang menyertai sambutan maulid itu sudah beransur pulang ke kawasan masing-masing selepas memeriahkan suasana majlis penutup pada malam hari sebelumnya. Maka malam keesokannya tidak semeriah malam penutup itu.
3. Jadilah ia sebagai malam yang sunyi, tak ubah seperti seorang kanak-kanak yatim yang kehilangan ibu bapa yang sepatutnya berada di sisinya. Tiada siapa tahu perihal makan minumnya, tiada siapa peduli soal sakit peningnya, tiada siapa prihatin tentang segala kehendaknya.
Di sini terserlah cahaya ilmu balaghah menerusi bab Al-Isti'arah iaitu meminjam kalimah asal dan dipasangkan pada kalimah lain bukan tujuan mendatangkan makna kalimah asal itu, dengan perantaraan persamaan antara keduanya.
4. Oleh hal yang demikian, maka keesokan harinya iaitu Rabu 25 Rajab 1431H/7 Julai 2010 hadirlah ahli Tariqah Al-Husofiyyah bagi menggembirakan hati 'malam yang yatim' itu. Seperti biasa, majlis zikir didahulukan dengan Al-Fatihah dan Selawat Al-Yaqutiyyah. Kemudian zikir kalimah tauhid dan lafaz mufrad 'Allah'. Majlis zikir ditutup dengan bacaan ayat suci Al-quran, qasidah dan doa . Sesudah itu mereka bersalaman dengan cara saling mencium tangan saudaranya yang satu lagi.
5. Selepas itu, Syeikh Mahmud, khalifah tariqah bersama para muridnya melaungkan selawat marhaban menuju ke makam Sayyidah Zainab r.a. Beliau membaca doa dan semua yang hadir mengaminkannya dengan penuh khusyuk. Sungguh cahaya nabawi telah memenuhi segenap ruang di makam.
6. Selesai berdoa, mereka bersama-sama beredar meninggalkan makam sambil melaungkan bait ini dalam bahasa yang mirip kepada lahjah ammiah Mesir di mana dua perkataan diringkaskan menjadi satu seperti ji'na lakum disebut ji'nalkum. Inilah teksnya:
جئنا لكم جئنا لكم
طلبنا رضاكم
لولا فضل الله علينا
ما كنا جئنا لكم
يا بنت البتول يا سبط الرسول
لولا فضل الله علينا
ما كنا جئنا لكم
Ji'nalkum ji'nalkum
tolabna ridhokum
lau la fadhlullahi alaina
ma kunna ji'nalkum
ya bintal batuli ya sibtor-rosuli
lau la fadhlullah alaina
ma kunna ji'nalkum
7. Kemudian, Syeikh Mahmud menyampaikan ijazah Tariqah Al-Husofiyyah kepada warga tempatan termasuk beberapa orang pelajar kita antaranya :
Ust. Basir Muhammad(
Ust. Khairul Anwar Tajuddin(Kluang)
Ust. Zulfikri Abdullah(Segamat)
Ust. Amin Sailan(Muar)
Ust. Muhammad Tayyib(Muar)
Ust. Zahrunnaiem Ahmad(Muar)
Ust. Saeid Esam Umar Makarim(Pontian)
8. Selesai Majlis Ijazah itu, kami meminta ijazah beberapa hadis musalsal daripada Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati.
Hadis yang diijazahkan pada malam itu di dalam Masjid Sayyidah Zainab r.a. ialah:
Al-Awwaliyyah bir-rohmah
Ar-Rojabiyyah
Munawalatus-sibhah
Qiroatu Ayatil Kursiy
9. Selesai pengijazahan, kami terus beredar menuju ke sebuh bangunan berdekatan dengan masjid untuk duduk dalam majlis Syeikh Dr. Muhammad Mahmud Abu Hasyim, dekan Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Zaqaziq, dan pemimpin Tariqah Hasyimiyah, Bani 'Amir, Syarqiyah. Di situ Syeikh Muhammad Jamal Al-Filastini menyampaikan sepatah dua kata kemudian beliau sendiri menutup bicaranya dengan qasidah yang merdu. Sementara itu, kami dijamu dengan fattah misriyah dan tobikh fasulia di bilik jamuan. Kemudian, giliran kami pula mengalunkan beberapa qasidah.
10. Sebelum pulang, kami sempat mendapatkan ijazah am dalam Hadis Nabawi daripada Syeikh Muhammd Jamal Hasan As-Sayyid Al-Hasani Abul-Hannud As-Syafi'e Al-Asy'ari, As-Sufi Al-Qadiri As-syazuli, Al-Filastini. Sila klik untuk biografi beliau di sini . Beliau memberikan kepada kami hadis musalsal iaitu:
Al-Awwaliyyah bir-rohmah
Musofahah dan Musyabakah
Mahabbah
Beliau meriwayatkan hadis-hadis itu daripada :
a)Syeikh Muhammad Badruddin Al-Misri hafizohullah
b)Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki rahimahullah.Beliau rahimahullah ternasuk antara yang termasyhur zaman ini ibarat terangnya cahaya mentari pada musim panas.
11. Adapun tentang syeikh yang pertama, walaupun penulis masih belum berjumpa langsung dengan beliau, syukur kepada Allah kerana penulis telah menjumpai keterangan ringkas peribadi beliau melalui internet:
(http://www.ahlalhdeeth.com/vb/archive/index.php/t-38824.html)
Ini terjemahannya:
Nama penuh: Muhammad Abdur Rahim Jaad Badruddin
Keturunan: Al-Husaini Al-Hasyimi
Tempat lahir: Mesir
Alamat di Makkah:
مكة – المعابدة،
أول شارع الخنساء،
عمارة القرشي، فوق عيادات الدكتورة سعاد،
الدور الثالث - شقة 8.
No.8, Tingkat 3,
No. telefon di Makkah: (5747331)
Alamat di Mesir:
127ش الهرم،
محطة الكوم الأخضر،
فوق بنك الدلتا الدولي،
الطابق الخامس.
127, Jalan Piramid. Stesen Al-Kom Al-Akhdhor. Atas Bank Antarabangsa Delta, Tingkat 5.
No.telefon di Mesir : Rumah ( ( 3823094
Tel. Bimbit: (0121381848)
Beliau mempunyai periwayatan dan sanad dalam pelbagai cabang ilmu.
Mengajar di Kaherah dan Makkah kepada sesiapa yang berminat dan beliau bersedia mengajar pelbagai jenis ilmu seperti sastera, tafsir, fiqh, hadis, usul fiqh, aqidah menerusi periwayatannya dan karangannya. Beliau juga mempunyai sanad tinggi.
Sekian, wallahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan