Memaparkan catatan dengan label Balaghah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balaghah. Papar semua catatan

Rabu, Mei 23, 2012

qasidah jawa...

Qasidah Jawa: Ilir-ilir
(Dikatakan sebagai sebuah karya Sunan Kalijogo)
Irama:Ya thoybah ya thoybah

Solatullah salamullah ‘ala Toha Rasulillah
Solatullah salamullah ‘ala Yasin Habibillah

Lir-ilir, lir-ilir
tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo
 tak senggo temanten anyar2x

Bocah angon,bocah angon
 penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno
 kanggo mbasuh dodotiro2x

Dodotiro-dodotiro
 kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jlumatono
kanggo sebo mengko sore 2x

Mumpung padhang rembulane
mumpung jembar  kalangane
Yo surak  o… surak hiyo…2x
***********************************
Bangunlah, bangunlah
 tanaman telah bersemi
Demikian menghijau
Laksana  pengantin baru  2x

Anak gembala, anak gembala
panjatlah belimbing itu
Biarpun licin ,tetap panjatlah
buat mencuci pakaianmu  2x

Pakaianmu, pakaianmu
yang telah rosak dan robek
Jahitlah, perbaikilah
buat bekalan senja nanti…2x

Selagi bulan masih purnama
selagi masa luas dan lapang
Sahutlah dengan sorakan:”Iya”   2x


Sumber:youtube{ilir ilir}

Selasa, Disember 28, 2010

Tahniah kepada mata yang menyaksikan Bumi Makkah...

.القصيدة فى مدح أرض مكة المكرمة، من بحر الطويل "فعولن مفاعيلن" أربع مرات





          مرَادي وقصدي واعتقادي ونيتي    مــــديح رسول اللــه خيــر البريـــة
          نبي له المعراج والحوض واللوا     ومســكنه الفردوس أشرف بقعـــــة
          نبي رأته الشمس حســـناً تعجبت    وقالــت لــه أنــت مــن أي قبيــــــلة
         فقال لها ربي من النـور صـاغني    وآدم من نوري ومــن أصـل طينتي
         هنيئـاً لعـين شاهــدت أرض مكــة   وطافــــت ببيت اللــــه سبعـاً ولــبت
         ومـن زمــزم تزمــزمت وتنعــمت    وفي حجـر إسماعيل صليت ركيـعتي
         علي عرفـــات اللــه يجمع شملنـا    ويكــف عنــا وزرنـــا والخطيــــــئة
         ثلاثـــــة أيـــام أقمنـــــا علي منـى    ورابـــــع يوم قـــــد أمـــرنا برجعـة
         فيـــا رب صل علي النبي محـــــمد     نبي شـــــريف بقــــــرآن وحكمـــــة

Sabtu, November 27, 2010

Puisi:Sebuah kenangan, sejuta pengorbanan...




Sebuah kenangan, sejuta pengorbanan..
Wahai teman, wahai sahabat,
Inilah nasihat, kuatkan semangat,
Betulkan niat, banyakkan selawat...


Lebihkan tumpuan pada pelajaran,
Kitabnya dibaca, kurangkan hiburan,


Belajarlah berjimat, kejarlah matlamat,
Rebutlah peluang sebanyak yang dapat,


Banyakkan menghafal, tidurlah awal,
Sedialah awal, susunlah jadual,


Setiap masa doa muttasil, 
Supaya usaha mudah berhasil,


Mintalah doa orang yang solih,
Semoga hati menjadi bersih,


Berkawanlah dengan orang solih,
Agar hilang segala sedih,


Lazimi ziarah ke tempat wali,
Setiap minggu walau sekali,


Berkumpullah dengan ahli zikir,
Air mata mudah mengalir,


Carilah guru mahir Al-Quran,
Lembutkan lidah, fasihkan sebutan,


Jangan ditangguh ke tahun empat,
Kelak nanti semua tak sempat,


Balaslah jasa duhai sahabat,
Ayah dan ibu yang tak kenal penat,
Membanting tulang,memerah keringat,
Dari pagi ke malam yang pekat,


Mencari duit semampu kudrat,
Makan minumnya tak pernah lazat,
Sayurnya pucuk ubi yang kelat,
Lauknya masin si ikan sepat,


Sanggup bekerja, berkorban sihat,
Demi anaknya di bumi barokat,
Rahsia derita, dikunci rapat,
Rindu dijiwa, disimpan cermat,


Balaslah jasa duhai sahabat,
Ibu dan bapa yang banyak berkhidmat,


Walaupun rezekinya melimpah ruah,
Makan pakainya tak pernah mewah,


Gelang dan rantai sanggup digadai,
Tak tahan malu menanggung hutang,
Supaya masalah anaknya selesai, 
Ketika membayar sewa dan tambang,


Duitnya disimpan, kehendaknya ditahan,
Agar anaknya di sana aman,
Cukup belanjanya, pakai dan makan,
Tempat tinggalnya, selesa dan nyaman,


Doanya: "..agar anaknya berjaya..,
dengan kefahaman dan ilmu di dada,
amalan solih sentiasa terjaga,
segera pulang ke pangkuan keluarga,
menyebarkan agama kepada umat,
setulus hati, seikhlas khidmat...."


Marilah beringat sebelum terlambat,
Jimatkan masa, manfaatkan usia,
Segeralah berjaya, janganlah leka,
Semoga diiringi rahmat dan berkat.....

Abul-Hanun 
Muhammad Shafiq bin Elias 
Negeri Al-Qahirah, Mesir.
21121431
27112010




















Sekadar renungan.....

DOALAH KEPADA ALLAH UNTUK SAYA....

Bayangkan...
Anda sedang duduk membaca kitab kuliah di sebuah sudut di dalam masjid Al-Azhar, jauh daripada laluan para jemaah.
Tiba-tiba, muncul seorang lelaki berjalan perlahan menuju ke arah anda.
Usianya agak lanjut Tubuhnya sedikit bongkok.
Jubahnya warna kelabu.
Kepalanya dililit serban nipis berwarna coklat gelap, gaya orang kampung.
Rambutnya uban putih menyala.
Bibirnya menguntum senyuman, mengucap salam lalu berkata:

"Enta bitidris fil Azhar, ya masyaikhna?"( kamu belajar di universiti Al-Azhar, wahai tuan syeikh?) Sambil menghulur tangan ingin bersalam. Salam disambut. Kasih bertaut.

"Na'am, ya ammil-haj, ayyu khidmah?" ( benar, pak haji. ada apa yang boleh saya bantu? ) anda menjawab.

"tid'ie li ! alsyan robbina yikrimak, musyakkirin" ( doakan aku! supaya semoga Allah memberi kemuliaan kepadamu, aku terima kasih banyak kepadamu ). Dengan senyuman, dan meletak dua tangan di atas kepala tanda hormat, pak haji itu beredar.

Anda tunduk tergamam.Lidah kelu seribu bahasa.

"Ya Allah.Apa yang harus kudoakan untuknya?".

Mengangkat kepala semula. Mata meliar mencari kelibat lelaki itu. Pantas ia menghilang.

"Aneh. Pintu keluar masuk sangat jauh daripada posisiku ini. Ke mana perginya pak haji itu?".

Orang yang sudah lanjut usia meminta doa daripada orang yang lebih muda daripadanya.
Tiada yang peliknya.
Itulah persaudaraan Islam.
Melepasi sempadan  umur, warna kulit, warna mata, warna rambut, bahasa, bangsa dan lain-lainnya.
Doa penuntut ilmu maqbul, kerana penuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat, ikan-ikan di lautan beristghfar untuknya. Jangan rasa hina jika menuntut ilmu agama. Itulah sebahagian anugerah Allah yang besar.

Apa yang penting, pak haji itu minta doa kita.
Orang dah minta mesti diberi, walaupun sebaris doa.
Nak doa apa?
Lidah mesti fasih, ucapan mesti pantas.
Ini contoh doanya , mari hafaz bersama.
DOA RINGKAS...
jimat masa kerana boleh dibaca satu nafas:

1)Robbina yasyfiika wa yu'afiikaربنا يشفيك ويعافيك
2)Robbina yajbur bi khotirikaربنا يجبر بخاطرك
3)Rabbina yutammim laka bikhoirربنا يتمم لك بخير
4)Rabbina yuslih haalaka.ربنا يصلح حالك
5)Rabbina yasturuka.ربنا يسترك
6)Rabbina yardho 'anka.ربنا يرضى عنك
7)Rabbina yahaqqiq laka su'laka.ربنا يحقق لك سؤلك
8)Rabbina yaziiduka.ربنا يزيدك
9)Rabbina yuwassi' alaikal 'athoya. ربنا يوسع عليك العطايا

Makna doa mengikut turutan:

1)Semoga kau sihat dan selamat.
2)Semoga Allah menunaikan keinginanmu.
3)Semoga segala urusanmu selesai dengan baik.
4)Semoga keadaanmu bertambah elok.
5)Semoga kau sentiasa dalam perlindungan Allah.
6)Semoga kau diredhoi Allah.
7)Semoga segala cita-cita kau tercapai.
8)Semoga Allah menambahi kebaikannya dan kasih-sayangnya padamu.
9)Semoga Allah meluaskan rezekimu.(berkat pada ilmu, amal, rezeki, umur, harta, anak isteri, dan kekayaan hati.

DOA PANJANG:
ربنا يجعلك من صالحي أهل --- الزمان
1)Rabbina yaj'aluka min solihii ahli hazaz-zamaan

ربنا يرضى عنك, ويسعدك,ويعطيك الصحة والعافية, ويخليك تشوف أحفادك من كل أولادك
2)Rabbina yardho 'anka, wa yus'idaka, wa yu'thikas- sihhah wal 'afiah. wa yukhollika tusyuf ahfadaka min kulli awlaadaka.

ربنا يبعد عنك كل مكروه, ويشفي بك كل قلب مجروح
3)Robbina yub'idu 'anka kulla makruuh, wa yasyfi bika kulla qolbin majruuh.

ربنا يجعلك من سعداء الدنيا والآخرة
4)Rabbina yaj'alaka min su'adaa id-dunya wal akhiroh.

Makna doa mengikut turutan:
1)Semoga Allah menjadikan engkau orang soleh untuk penghuni zaman ini.
2)Semoga Allah meredhoimu, menjadikan kamu bahagia, memberikan kamu kesihatan dan keselamatan, dan menjadikan kau melihat semua cucu engkau daripada anak-anak engkau.
3)Semoga engkau terjauh daripada segala perkara yang tidak diingini, dan menjadikan engkau penawar bagi setiap hati yang luka.
4)Semoga engkau menjadi golongan yang berbahagia dunia dan akhirat. amiin.

Doa itu otak ibadah.

Rabu, November 10, 2010

In qiila zurtum. bima roja'tum?(Mari belajar dialek Faqus)

Kring..kriiingg...
Orang Kaherah: ALO...Assalamualaikum....mein ma'aya?
Orang Faqus: Wa'alaikumussalam. Ana habib galbak min Fagus, Es-Syargiyyah.
Orang Kaherah: Oh, ma'leisy. Mush fakir kholis. Izzayyak ya siattil-liwa Ibrahiim?Izzayyak ya amar? Alfu alfi marhaban.
Orang Faqus: Allah yurahhib biik. Alhamdulillah ya sidi. Ana lessa jai min andi Sidnan Nabi alaihis solatu wassalam alsyan el-hajj. Wa haaji azurak -in sya Allah- fi Masr fi el-usbu' da.
Orang Kaherah: Wasolta bissalamah alhamdulillah. Tigi dhoyf andina ahlan wa marhaban. lik hurriyyah tigif ayyi wa't musy musykilah wana fintizarak. in sya Allah.
Orang Faqus:jakalllahu khairan. RABBINA YUKRIMAK. Ayyu khidmah ya maulana?
Orang Kaherah: Da'awatak. Tayyib.Assalamualaikum. La ilaha illallah.
Orang Faqus: Rabbina yukrimak. wa alaikumussalam wa rahmatullah wa barokatuh. Sayyidina Muhammad alaihis solatu was salam.

Sabtu, Oktober 16, 2010

Teka-teki bersama jiran sebelah...

Kebersihan penyediaan makanan diutamakan...!
Suci, halal lagi bebas syubhat...!

Ada sebuah teka-teki, bunyinya begini:

Kalau tuan bijak bestari
Apakah bendanya tolong jawabkan,
Dapurnya riuh, setiap hari,
Asapnya berkepul di rumah jiran?

Jawapan : Sila baca catatan di bawah sehingga tamat.

Sidang pembaca yang dimuliakan,
Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian 
Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak.

Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. 

Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. 

Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir ".

Sebagai jiran yang baik, seseorang itu pasti pernah memberikan sedikit makanan yang dimasak di rumahnya kepada jiran yang tinggal bersebelahan dengannya.

Contohnya ketika majlis kenduri kesyukuran, doa selamat, yasinan tahlilan dan sebagainya kerana di waktu itu makanan yang dihidangkan biasanya lebih istimewa daripada makanan pada hari-hari biasa. Selain itu, sudah tentu aroma daripada masakan dalam kuantiti yang banyak itu tidak mampu "dipadam" kesannya begitu sahaja.  

Jadi, sebagai manusia yang mempunyai perasaan, tidak ada salahnya jikalau kita memberikan sedikit makanan itu kepada jiran supaya dia pun berkongsi kegembiraan, berkongsi nikmat rezeki dalam bentuk makanan dan minuman yang Allah kurniakan kepada kita.

Dunia ini, langit dan buminya, dengan segala isinya semuanya milik Allah subhanahu wa ta'ala. 
Allah Yang Maha Agung tidak pernah kedekut dengan apa yang dimiliki-Nya. Sentiasa memberi curahan kasih-sayang kepada makhluk-Nya tanpa mengira muslim atau kafir, manusia atau haiwan.
Semua diberi kepada kita dengan percuma, diberikannya matahari dan bulan, diberikan lautan dan daratan, diberikan haiwan dan tumbuhan dan banyak lagi. 
Tidakkah kita sebagai hamba-Nya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang diperolehi  lantas kita kongsikan dengan jiran yang berada di sebelah-menyebelah ? 

Adat memberikan makanan kepada jiran tetangga bukan hanya kebiasaan bangsa Melayu sahaja,bahkan ia merupakan kebiasaan masyarakat seluruh dunia yang mempunyai hati dan perasaan. Ada sebuah kata pepatah Arab Mesir  berkisar tentang jiran yang suka memasak makanan dengan banyak tapi kedekut:
دخانك عماني وطعامك ما جاني
yang berbunyi: dukhonak 'amaani wa to'aamak ma gaani 
atau dalam bahasa bakunya:

دُخَانُكَ أَعْمَانِيْ وَطَعَامُكَ مَا جَاءَنِيْ
ertinya: Asap engkau memedihkan(membutakan) mataku tapi makanan engkau tak juga sampai kepadaku.

Ini merupakan kata-kata sindiran yang lembut terhadap jiran yang k*d*k*t lagi tiada berh*ti perut. Dalam Ilmu Balaghah, kata-kata ini termasuk dalam bab Al-Kinayah. 

Keindahan gaya bahasa kinayah dalam ayat ini jelas terdapat pada :walaupun seseorang itu tiada lagi mampu menahan emosinya yang menyebabkan dia mudah memaki-hamun orang lain,  kita dapati bahawa Bahasa Arab tetap berhasil menundukkan dia supaya mengutamakan adab dengan tidak menggunakan kata-kata kesat lagi tiada sedap didengar oleh telinga, di mana dia terpaksa menggunakan bahasa lembut pada sebutan, tetapi makna sindirannya tetap juga pedas lagi memedihkan.  

Balaghah telah membuat orang itu beradab dalam tutur katanya. Bayangkan sekiranya dia berkata begini:
"H**, K-r-ng **** p-ny- jiran, t-k **** b-t-l. L-gi-l-gi h-nt-r as-p pem-d-h mata saja, m-k-n-nnya  engg-k p-rn-h s-mp-i. M-m-ngnya kau ni ket-run-n p-s-kan anti-t-nj-kp-r-s-an kah? Dasar ******* n#k ******. ******!!"......{ segala kalimah cacian terpaksa di'star'kan bagi mengelakkan ia daripada melimpah ke tiub eustachio }
Ya, pasti akan tercetus api perang antara dua berjiran jika dia memaki-hamun begitu. Tak eloklah begitu, ya. 

Adapun ُjiran yang duduk di maqam sabar, 
maka dia sentiasa menjaga lidahnya daripada menyebabkan hati tetangganya itu luka tercalar. 
Ya, dia tahu diri.
Dan dia tahu dan yakin, bahawa kalau rezeki itu sudah tertulis untuknya daripada Allah ta'ala, 
pasti "rejeki " itu sampai ke "alamatnya" 
dan tiada siapa yang boleh menghalangnya, menyekatnya atau mengurangkan kuantitinya.
Dan dia tahu dan yakin bahawa kalau rezeki itu bukan tertulis untuknya, nescaya dia tak akan mendapatnya sekalipun dia penat bertungkus -lumus dan berusaha untuk mencapainya. 

Ada 2 bait syair Arab tentang keluhan dan luahan hati si fulan terhadap jirannya yang kedekut dengan makanan. Bahasanya lembut dan halus sekali. Biasalah orang sastera. Begini bunyinya... 
                                         وَجِيْرَةٍ لاَ تَرَى فِى النَّاسِ مِثْلَهُمُ
                          إِذَا يَكُوْنُ لَهُمْ عِيْدٌ وَإِفْطَارُ
إِنْ يُوْقِدُوْا يُوْسِعُوْنَا مِنْ دُخَانِهِمُ
                        وَلَيْسَ يَبْلُغُنُا مَا تُنْضِجُ النَّارُ                                                  
ertinya:
Dan itulah jiran-jiran yang tidak pernah kau lihat spesis manusia seperti mereka,
ketika menyambut hari raya atau berlangsungnya majlis berbuka,
Jika mereka menyalakan api(memasak), mereka "lumurkan" kepada kami asap dan jelaga,
namun apa yang dimasakkan oleh api(makanan), tak pernah "kunjung tiba" ......

Aduhai, sedih sekali mengenang nasib orang yang tinggal dengan jiran yang bakhil lagi takabbur ini....Ya.Allah, jauhkanlah kami daripada sifat tercela...Amiin. 


Jawapan teka-teki : Apakah 'bendanya' yang " DAPURNYA RIUH  SETIAP HARI, ASAPNYA BERKEPUL DI RUMAH JIRAN?":
=Orang kikir dan bakhil yang tak pernah memberi sedikit makanan pun kepada jirannya, masak bukan main sedap, enggak tanggung-tanggung enaknya, tapi mas,yang dihantar cuma asapnya aja,!

Bacaan tambahan:





Sabtu, Oktober 09, 2010

Penemuan terbaru hapus wabak "poo-e-c-phobia" ......

Sebagai pelajar jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, biasanya kita akan menghadapi satu subjek yang seringkali dianggap membebankan iaitu Sastera Arab.

Apa yang paling menambahkan rasa gemuruh ialah dia terpaksa membaca bait-bait syair atau puisi Arab yang sulit difahami maksudnya. Inilah yang dinamakan sebagai poo-e-sea-phobia atau puisifobia iaitu sejenis wabak yang membimbangkan ramai pelajar kita sejak zaman-berzaman.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kami Penalughawi Consultancy mencadangkan beberapa persediaan yang perlu dan wajib ada bagi pelajar itu supaya mampu membaca teks puisi Arab yang penuh dengan gubahan ayat-ayat yang indah dan susunan kata yang mempesona sehingga memukau emosi sesiapa sahaja yang memahami maksudnya.

Perlu diingat, jika anda berhadapan dengan apa sahaja sumber bacaan berbahasa Arab tidak kira sama ada bahan bacaan klasik (thurath) atau pun moden (mu'asir), mahu atau tidak mahu, anda pasti berjumpa dengan bait-bait puisi itu. Kalau ada masalah, cubalah hadapi kerana lari daripada masalah bermakna anda tak akan jumpa jalan penyelesaian. Berpantang maut sebelum ajal. Sekali melangkah, pantang berundur. Lawan tetap lawan.
Inilah dia beberapa perkara yang perlu anda sediakan:

1) Kemahiran Nahu dan Sarf ( Sintaks dan Morfologi ).
2) Kemahiran Balaghah ( Retorik ) dengan 3 bahagiannya iaitu Bayan, Ma'ani dan Badie'.
3) Kemahiran Arudh dan Qawafi ( Prosodi dan Rima ).
4) Kemahiran Lahajat dan Qiro'at ( Dialektologi ).

Sekarang, mari kita kupas dan hurai satu demi satu.

1) Kemahiran Nahu dan Sarf ( Sintaks dan Morfologi ).
Sarf -secara mudahnya- merupakan ilmu bahasa Arab yang berfungsi membentuk satu perkataan kepada beberapa jenis perkataan yang lain dengan menggunakan kata akar ( root word ) yang sama. Contohnya: tulis dan kata akarnya ka-ta-ba (كتب)
telah menulis==> ka-ta-ba(كتب)
sedang menulis==>yak-tu-bu(يكتب)
tulislah==>uk-tub(اكتب)
penulisan==>ki-ta-batun(كتابة)
penulis==>ka-tibun(كاتب)
tulisan atau benda yang ditulis==>mak-tu-bun(مكتوب)

Nahu pula berfungsi untuk mengawal baris pada huruf terakhir bagi setiap kalimah sama ada baris atas, baris bawah, baris depan, baris sukun dan baris tanwin { baris belakang ada tak? ya, ada, tapi bagi yang datang lambat...hihihi} . Contoh terdekat ialah Al-Quran yang anda baca setiap hari. Perhatikanlah baris akhir setiap kalimahnya. Memang berbeza.

2) Kemahiran Balaghah ( Retorik ) dengan 3 bahagiannya iaitu Bayan, Ma'ani dan Badie'.
Ya, ilmu inilah yang banyak memainkan peranan dalam menentukan maksud sesuatu ungkapan. Untuk penerangan lebih lanjut, sila baca ini dan ini.

3) Kemahiran Arudh dan Qawafi ( Prosodi dan Rima ).
Ilmu ini ibarat matematik, di dalamnya ada aktiviti-aktiviti seperti penambahan (penambahan huruf atau suku kata) , penolakan(buang huruf atau suku kata), pembahagian ( wujud hubungkait atau tidak antara satu bait dengan bait yang sebelum dan selepasnya).

4) Kemahiran Lahajat dan Qiro'at ( Dialektologi ).
Ilmu ini tidak memaksa anda menjadi ahli dan pakar qiroat sepuluh, tetapi ia hanya mengkaji dialek qabilah Arab yang ada terutamanya dalam periwayatan syair lebih-lebih lagi dalam pembacaan Al-Quran.
Contohnya ada qabilah Arab yang membaca huruf Mudhori' dengan kasrah (baris bawah) seperti Rabi'ah dan Tamim.
Ada qabilah lain yang dikaitkan dengan menukar ha menjadi ain contohnya kalimah hattaحتى dibaca dengan 'atta عتى.
Terdapat juga pembuangan huruf hamzah di akhir kalimah yang disebut sebagai tashil contohnya kalimah samaسماء yang bermaksud langit, dibaca tanpa hamzah=سما,sebagai menurut undang-undang wazan Arudh. Ada juga yang menggugurkan sebutan ta marbuthoh pada najah=نجاة, menjadi naja=نجا. Begitulah seterusnya.

Akhir sekali. Pakar-pakar Bahasa Arab yang berbangsa Melayu baru-baru ini telah berjaya menjumpai satu teknik yang efektif untuk memahami bait-bait puisi tanpa perlu ada rasa gerun atau lemah semangat. Sebuah rumus atau formula khas telah direka oleh pakar untuk diberikan kepada para pelajar. Tiada bayaran diperlukan tetapi mereka perlu menyediakan jiwa kental yang jahil erti putus asa.Ini rumusnya, in sya ALLAH mujarrab:
{ a( b+c)(d)=F}

{ serang(rapat 2 syatr+kepung)(empat kemahiran )= faham maksud bait }

Caranya begini.
Dalam satu bait puisi arab, biasanya ia mempunyai dua sayap kiri dan kanan atau dalam bahasa ilmu Arudh wa qawafi : syatrun awwal dan syatrun thani.
Posisi setiap satu saling berjauhan sehingga wujud satu ruang kosong di bahagian tengah dan di tengah itulah "kelemahan sebenar" pihak penyerang . Begini bentuk lakaran amnya:

(..................................... *** ..............................................)

Contoh bait:
مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدَا*** عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ

=Rapatkan antara dua syatr tadi sehingga menjadi satu ayat bersambung begini.

مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدَا عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ

=Kemudian mulakan misi terjemahan kalimah demi kalimah . Teknik ini kita namakan sebagai teknik KEPUNG DAN SERANG. Kepung kemudian selesaikan satu demi satu.Selagi anda tidak mencapai makna yang lengkap, lakukan cara yang sama untuk bait seterusnya.

Peringatan bagi pesakit: Kadar kejayaan formula ini sangat bergantung kepada sejauh mana ketenangan kondisi dan enviromen tempat pembacaan dilakukan. Pencemaran bunyi menggagalkan unsur-unsur dalam formula tersebut untuk menunjukkkan kesan positif. Semakin tenang enviromen, maka semakin positif tindakbalas unsur dalam formula itu. Selamat berjaya.

Rabu, September 01, 2010

Pantun Wasiat Ramadhan....

Pantun empat kerat:

Baju nak lawa, bau nak wangi,
Hatinya kotor tidak dicuci,
Aqalnya tumpul, tindakannya keji,
Dadanya kosong tiada talaqqi.

Baju nak lawa, bau nak wangi,
Hati berkarat tiada disuci,
Aqalnya kosong, perut berisi,
Dadanya dahaga air talaqqi.

Memburu kijang berbelang kaki,
Tumpas akhirnya di tengahari,
Kalau jahil, boleh talaqqi,
Kalau malas, menyesal sendiri.

Malas ibadat, malas belajar,
Hidupnya hanya rehat yang nyaman,
Puas nasihat,payah nak sedar,
Entah silapnya pada makanan.

Suap makanan ke mulut sendiri,
Janganlah asyik harapkan orang,
Majlis ilmu ke sana ke mari,
Lazimilah ia rebutlah peluang.

Mengaji di Mesir beruntunglah diri,
Ulama ramai tiada terbilang,
Ilmu yang mantap tiada terperi,
Lazimilah mereka walau seorang.

Dari Sabie' ke hujung Asyir,
Pergi ziarah ulama besar,
Ada majlis ilmu dan zikir,
Mesti sertai bila terdengar.

Lada hitam, lada sulah,
Rempah dagangan ke Tanah Arab,
Kalau ingin selalu NAJAH,
Mestilah rajin membaca kitab.

Gunung Sinai penat didaki,
Tiba di puncak terbitlah fajar,
Dah baca sendiri,masih tak MASYI,
Tanyalah pula pihak yang pakar.


Pantun dua baris:

Pantang terdengar, mesti nak ikut,
Tambangkan kawan jangan kedekut.

Hati berfikir mulut bertanya,
Itulah sifat orang berjaya.

Makanan ada sudah terhidang,
Mengadu lapar salahkan orang.

Ubat demam banyak sekali,
Ubat malas sukar ditemui.

Jumaat, Ogos 13, 2010

Eee....tollongla....tak kuasa!....

Eh, ada apa kumpul ramai-ramai ni?

oooh...ada Majlis Sambutan Maulid Sayyidi Badawi r.a.

Madad Ya Sidi Ahmad, Madad Ya Badawi Madad....

Ahlan semua. Selamat berpuasa.

Ada sebuah cerita ni. Nak baca tak?
Baiklah.Begini ceritanya.

Pada suatu hari, ada seorang mantan liwa'( لِــــوَاء ) atau disebut sebagai mantan jeneral pegawai tinggi angkatan tentera Mesir telah turun ke bandar Tanta , ibukota negeri Al-Ghorbiyyah, untuk menziarahi maqam seorang alim, wali besar keturunan Nabi iaitu Sayyidi Ahmad Al-Badawi r.a.

Setelah selesai melakukan ziarah, beliau pun beredar pulang. Dalam perjalanan pulang, beliau sempat mengunjungi beberapa buah kedai buku sekitar bandar itu.

Hobi membaca dan mengumpul pengetahuan am, memang telah subur semenjak kecil. Ada salah sebuah kedai buku di situ milik orang tempatan yang mengingkari kewujudan ulama seperti Sayyid Badawi r.a.

Dengan melihat kereta liwa' yang di'parking' di hadapan kedainya dan pakaian liwa' dengan gaya pakaiannya, tauke itu meneka bahawa mantan liwa' itu memang datang dari tempat yang jauh lalu menegurnya.

"Selamat datang encik. Encik butuhkan bantuan? Saya siap membantu."

"Terima kasih banyak. Albak abyadh! (hati kamu memang putih bersih).
Saya mencari buku tentang sejarah hidup Sayyidi Ahmad Al-Badawi radhiallahu anhu.
Boleh tunjukkan saya di mana?"

Pemilik kedai buku itu mencari sambil bertanya:"Apa encik ini ziarah Sayyidi Al-Badawi kah?". Intonasinya seolah-olah menyindir dan menghina ulama.
Alahai, dia masih muda...belum mencecah 30-an.


Soalan si tauke itu ternyata ditujukan kepada sasaran yang salah.
Dia ingat
liwa' itu jahil tentang dunia sufi agaknya.
Dia sangka
liwa' itu lemah dalam mematikan hujah pihak yang membenci.
Dia fikir semua orang yang bukan mengaji di Al-Azhar tak pandai bab-bab ni, jadi senang dia pengaruhi mereka dengan bermodalkan dua tiga buah hadis yang dia hafal.
"
Sori ea...tollong siket!"....Orang arab kata:"(لَوْ سَمَحْتَ ) lau samahta!".

Ni nak habaq mai ni.
Orang Mesir, walaupun ada sebahagiannya tidak mengaji
di Universitas Al-Azhar,tapi bukannya semuanya jahil agama.
Mereka juga mampu mendapat ilmu yang benar daripada guru yang benar benar benar .
Mereka memahami dan menguasai ilmu setaraf dengan keilmuan ulama Al-Azhar.
Banyak sih nama tokoh ilmuan daripada golongan ini.
Ada doktor pakar bedah, dalam masa yang sama mahir menghuraikan hadis.
Ada jurutera bangunan, dalam masa yang sama dia seorang yang mahir dalam tajwid dan mempunyai sanad qiroat sepuluh kubro dan sughro.
Namun begitu, mereka tetap merendah diri. Merasa masih dahagakan ilmu. Merasa masih perlukan guru.


Liwa'
itu sudah menjangka soalan maut (atau boleh dikategorikan sebagai FAQ) itu bakal ditanyakan kepadanya.
Beliau pintar. Liwa'lah katakan.
Pelajarannya mesti levelnya tinggi.
Mesti pandai strategi.
Mesti sangat mahir dalam taktik perang.
Perang dingin ke, perang musim panas ke, pera
ng saraf ke, perang nahu ke.
Eh, tersasul pula.

Liwa' itu diam tidak menjawab.
Tauke muda itu tanya lagi (kali kedua) dengan harapan boleh masuk jarum dan berjaya mengurangkan jumlah peminat Ahli Bait yang dia anggap menyimpang daripada ajaran Islam sebenar terutamanya di Tanta.

Liwa' itu buat tak dengar.
Tauke muda itu 'bakar' lagi (kali ketiga) dengan soalan yang sama.
Biasalah.
Darah muda.
Cepat panas.
Cepat tak puas hati.
Cepat cari pasal.

Cukup tiga kali diserang dengan FAQ itu. Maka dengan ilmu strategi perangnya, liwa' itu berkata dengan nada ayat penyata. Bunyinya begini:

إحنا الأوليا زي حالتنا كده...
...نجي نزوره أو هو يجي يزورنا...
.....مافيش مشكلة....
.....نزور بعضنا البعض
CARA SEBUTAN dalam bahasa ammi Mesir :
EHNAL AWLIYA , ZAY HALATNA KEDA...
NIGI NAZUURUH, AW HUWWA YIGI YAZURNA
MAFISH MUSHKILAH

NAZUR BA'DHINAL BA'DH..
ertinya:

"Set-set awliya seperti level kami ni...
Kami ziarahi depa, atau depa mai ziarahi kami
Tak kissah pun....
Kitaorang memang sentiasa saling menziarahi"

dalam bahasa ARAB STANDARD @ Fus-ha tulisannya begini:
نَحْنُ اْلأَوْلِيَاءُ أَمْثَالُنَا
نَأْتِيْ إِلَيْهِ زَائِرِيْنَ أَوْ يَأْتِيْ هُوَ إِلَيْنَا زَائِرًا
َلا يُوْجد الإِشْكَالُ
نَزُوْرُ بَعْضُنَا بَعْضًا
Lalu liwa' itu terus melangkah keluar daripada kedai dengan tenang.
Tanpa membeli apa-apa.
Bengang dan merah muka tauke muda tu.
Jangan marah.
Sekadar nak tegur, tapi tegur yang pedas sikit je.
Dah
beso kan? Mestilah tahan makanan pedas-pedas. Sekali-sekala tak apa.
Itulah. Mak dah cakap kan?Hah...ambik ubat.
Don't judge the book from it's cover.
Air yang tenang jangan sangka tiada buaya.
Itu dia
uslubun lazi' [ أسلوب لاذع] ayat pedas punyalah.
Memang akan tauke itu kenang sampai bila-bila.
Mudah-mudahan tauke tu bertaubat.Amiin.
Sebagai hadiah. Terimalah gambar-gambar berkaitan Sayyidi Ahmad Al-Badawi r.a.


Tenang jiwa. Lapang dada.


Sebahagian kehadiran umat Islam ketika malam sambutan maulid Sidi Badawi r.a.

Suasana malam di depan halaman Masjid Sidi Badawi r.a.







Ayat-ayat menarik minggu ini:
1) Albak abyadh=qolbuka abyadh=hatimu suci @ baik sungguh hati kamu.
2) Lau samahta=excuse me= Tolong......@ Mohon maaf.....
@ dalam situasi lain bagi bahasa melayu pasar(
kasar)
mungkin boleh digunakan untuk situasi ini:
"hey, tolong sikit ea"
@ eee....tollongla...tak kuase!
3)uslubun lazi'=ayat pedas@ayat makan dalam punye!

Rabu, Julai 28, 2010

CUNGKIL BAKAT TERJEMAH..AYUH!

Suasana di dalam gerabak Metro


Kenderaan Metro


Pernahkah anda menggunakan pengangkutan Metro di Kota Kaherah?
Untuk menziarahi teman Maahad Qiroat?
atau untuk ke kilang KRISTAL ASFOUR di Syubra Al-Kheimah?
atau untuk ke AL-KHALAFAWI menghadiri majlis zikir di sana?
Tak kira apa pun tujuan anda...anda pasti terpandang kepada ayat ini ketika berada di dalam salah satu gerabak Metro.....

هَذِهِ الْمَقَاعِدُ ِلكبَِار السِّنِّ وَلِـــذَوي الاِحْتِيَاجَاتِ الْخاصة

Isi masa lapang sempena cuti kuliah anda dengan membuka kamus dan menterjemah petikan.

Cungkil bakat anda dalam menterjemah petikan ini ke dalam bahasa Melayu(jika anda juga mahir dalam bahasa Inggeris, silakan saja LAGI BAGUS).

Jawapan boleh ditulis di ruangan komen.

Terjemah yang terbaik akan terpilih untuk disiarkan seminggu selepas tarikh artikel ini disiarkan.
Tidak dihadkan satu terjemahan untuk seorang . Anda boleh menghantar terjemahan lebih daripada satu.

Nyatakan nama anda, kuliah dan negeri kelahiran.

Ayuh..terjemah, tingkatkan kemahiran anda! Jangan malu jangan segan....

Gambar di blog ini sekadar hiasan.
Hanya tengok aje. Belum tentu beli.
Maklumlah, pendapatan hanya terbatas
untuk belanja sekolah anak-anak, bil air dan elektrik rumah
dan baki disimpan untuk menunaikan haji.

Apalah gunanya si ibu berhias mewah
apalah ertinya si ayah berjalan megah
sedang anak-anak sendiri kehausan ilmu agama?
Sebenarnya hidup di dunia ini untuk apa?

Daripada mana kita datang?
Ke mana kita akan pergi?
Apakah yang akan ditinggalkan di "belakang"?
Dan apakah bekalan di "sana" nanti?

Rapatkanlah kedua-dua lututmu
di kelas pengajian para ulama
timbalah ilmu agama yang benar daripada mereka
supaya selamat daripada LEMAS tenggelam
dalam banjir peluh
di hari yang penuh derita

YA ALLAH YA ALLAH

JADIKANLAH KAMI DAN ZURIAT KAMI
ORANG YANG RAJIN BERKUMPUL
DALAM MAJLIS ULAMA
DAN JANGAN JADIKAN KAMI SEPERTI ORANG YANG :
BAJUNYA NAK LAWA, BAUNYA NAK WANGI
HATINYA KOTOR TIADA DICUCI
AKALNYA TUMPUL TINDAKANNYA KEJI
DADANYA KOSONG MALAS TALAQQI...

YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU BENARKAN KEMALASAN MENGUASAI DIRI KAMI
JANGANLAH ENGKAU BIARKAN KELALAIAN MENGHUNI HATI KAMI
JANGANLAH ENGKAU IZINKAN KEBENCIAN MENJANGKITI PERSAUDARAAN KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN ORANG YANG MEMBENCI ULAMA RABBANI...

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MENGHALANG MAJLIS-MASLIS ILMU, ZIKIR ATAU TALAQQI...


YA ALLAH YA ALLAH

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA ULAMA YANG MENGAJAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENUNTUT ILMU YANG BELAJAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENDENGAR ILMU YANG HATINYA BERSINAR,

JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI KE DALAM
GOLONGAN YANG MEMBENCI
PARA PENCINTA MAJLIS-MAJLIS ILMU YANG BENAR,

YA ALLAH YA ALLAH

KAMI MOHON PETUNJUK -MU
KAMI MOHON BIMBINGAN-MU
AGAR KAMI TIDAK BUNTU
AGAR KAMI TIDAK KELIRU
AGAR KAMI TIDAK TERTIPU
AGAR KAMI TIDAK SESAT
DALAM MELALUI JALAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT



YA ALLAH YA ALLAH

TUTUPLAH AURAT KAMI
TUTUPLAH AURAT ISTERI-ISTERI KAMI
TUTUPLAH AURAT ANAK-ANAK KAMI LELAKI DAN PEREMPUAN

AMPUNILAH DOSA KAMI
AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI
AMPUNILAH DOSA ANAK-ANAK KAMI
AMPUNILAH DOSA JIRAN TETANGGA KAMI
AMPUNILAH DOSA SAUDARA MARA KAMI
AMPUNILAH KAN DOSA SAHABAT HANDAI KAMI
AMUNILAH DOSA SAUDARA SEAGAMA KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

TUTUPKANLAH AIB DAN CACAT CELA KAMI
BUANGKANKANLAH KESEDIHAN KAMI
TENANGKANLAH HATI KAMI
LAPANGKANLAH FIKIRAN KAMI

YA ALLAH YA ALLAH

AMANKANLAH NEGERI DAN NEGARA KAMI
DAN JUGA NEGARA-NEGARA SAUDARA SEAGAMA KAMI
DARIPADA SEGALA MALAPETAKA,BENCANA,
BANJIR KILAT, KEMARAU,
RIBUT TAUFAN, KEBAKARAN HUTAN,
GEMPA BUMI, LETUSAN GUNUNG BERAPI,
TANAH RUNTUH, OMBAK TSUNAMI,
KEMUNDURAN, KEBULURAN,
KEMISKINAN, WABAK PENYAKIT,
HURU-HARA, PERPECAHAN,
PEPERANGAN DAN SEBAGAINYA


YA ALLAH YA ALLAH

SEBARKANLAH KEDAMAIAN DAN PERPADUAN
AGAR DAPAT KAMI MENIKMATI KEMANISAN IBADAH
DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA


SELAMATKAN KAMI DARIPADA MENJADI BUTA MATA HATI
SELAMATKAN KAMI DARIPADA PENYAKIT SUKA BERMEWAH-MEWAH
SELAMATKAN KAMI DARIPADA SIKAP SUKA MEMBAZIR


JADIKAN KAMI HAMBA-HAMBA-MU AHLI QONA'AH
YANG SENTIASA MERASA CUKUP DENGAN APA YANG ENGKAU KURNIAKAN


JADIKAN KAMI HAMBA-HAMBAMU AHLI ISTIQOMAH
YANG SENTIASA MEMELIHARA AMAL IBADAH


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN S.A.W
DAN AHLI BAITNYA DAN PARA SAHABAT
SERTA YANG MENGIKUTNYA
DARI MASA KE MASA SEHINGGA HARI QIAMAT.
AMIIN AMIIN YA ROBBAL 'ALAMIIN.