Sabtu, Julai 31, 2010

HULURKAN DERMA UNTUK PEMBINAAN MASJID.....

Warna hijau sentiasa segar di mata...mekar di jiwa
warna yang melambangkan Ahli Bait Nabi Muhammad s.a.w
Inilah masjid yang dinamakan:
Masjid Sayyidah Aishah r.a.
Kampung Kom An-Nur
Daerah Mit Ghamr,(daerah tempat Syeikh Syarawi dimaqamkan)
Negeri Ad-Daqohliyyah,(nama negeri bagi Bandar Mansurah)
Republik Arab Mesir.
Jauhnya: 2 jam daripada Stesen Abbud. 

Bagaimana mahu ke sana?
1)Di Abbud,naik apa saja kenderaan ke Mit Ghamr (kos kira-kira 5 genih)
2)Tiba di Mit Gahmr, naik lori chevrolet yang berbumbung ke Kom El-Nur ( 50 sen )
3)Tiba di sana, naik tuk-tuk @ mini teksi-vespa mcm di Thailand dan India)(1 genih) menuju ke rumah Syeikh Ahmad An-Nahriti (bapa Syeikh Abdul Wahhab) di Syarie' Maahad Dini Al-Azhari.
4)Selamat sampai. Welcome.
Ini nombor telefon Syeikh Abdul Wahhab bin Ahmad An-Nahriti.
011-6031667

Menurut Syeikh Abdul Wahab Al-Husaini:
Masjid ini akan berfungsi sebagai:
Tempat ibadah
Majlis ilmu
Majlis zikir
Majlis qasidah
Tahfiz Al-Quran
Tempat suluk
(posisinya yang jauh daripada kesibukan lalu lintas dan berhampiran dengan kawasan pertanian sesuai untuk mencari ketenangan) dan lain-lain


Harta yang menjadi milik kita sebenarnya ialah harta yang kita belanjakan di jalan ALLAH
Adapun harta yang kita cari dan kumpul,
biasanya akan berpindah milik kepada ahli waris yang ditinggalkan

Marilah berinfaq(berderma) walaupun lima puluh sen
Sesungguhnya Allah akan melipatgandakan pahalanya.....
Mudah-mudahan ianya menjadi amal jariah kita semua..Amiin
Ayuh teman-teman...! Benda baik elok disegerakan

Sumbangan kewangan anda pada bila-bila masa untuk masjid tersebut bolehlah diserahkan kepada :
Ustaz Muhammad Syakirin bin Muhammad Khalid
Penuntut Kuliah Syariah Islamiyah
Asrama Pelajar Johor RAB'AH,
Bandaraya Kaherah.
Nombor telefon:
014-7657386

Syeikh Abdul Wahab Ahmad Al-Husaini , Pak cik Hasan tukang azan(berkopiah coklat) menemani dua orang pekerja sedang menyiapkan tempat wudhu'
Bilik air yang hampir siap....


Bahagian dewan solat masih belum dipasang lantai marmar....
menunggu "tangan-tangan orang budiman" yang akan menghulurkan bantuan...




Tiada ulasan: