Memaparkan catatan dengan label Feqh Lughah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Feqh Lughah. Papar semua catatan

Rabu, September 01, 2010

Pantun Wasiat Ramadhan....

Pantun empat kerat:

Baju nak lawa, bau nak wangi,
Hatinya kotor tidak dicuci,
Aqalnya tumpul, tindakannya keji,
Dadanya kosong tiada talaqqi.

Baju nak lawa, bau nak wangi,
Hati berkarat tiada disuci,
Aqalnya kosong, perut berisi,
Dadanya dahaga air talaqqi.

Memburu kijang berbelang kaki,
Tumpas akhirnya di tengahari,
Kalau jahil, boleh talaqqi,
Kalau malas, menyesal sendiri.

Malas ibadat, malas belajar,
Hidupnya hanya rehat yang nyaman,
Puas nasihat,payah nak sedar,
Entah silapnya pada makanan.

Suap makanan ke mulut sendiri,
Janganlah asyik harapkan orang,
Majlis ilmu ke sana ke mari,
Lazimilah ia rebutlah peluang.

Mengaji di Mesir beruntunglah diri,
Ulama ramai tiada terbilang,
Ilmu yang mantap tiada terperi,
Lazimilah mereka walau seorang.

Dari Sabie' ke hujung Asyir,
Pergi ziarah ulama besar,
Ada majlis ilmu dan zikir,
Mesti sertai bila terdengar.

Lada hitam, lada sulah,
Rempah dagangan ke Tanah Arab,
Kalau ingin selalu NAJAH,
Mestilah rajin membaca kitab.

Gunung Sinai penat didaki,
Tiba di puncak terbitlah fajar,
Dah baca sendiri,masih tak MASYI,
Tanyalah pula pihak yang pakar.


Pantun dua baris:

Pantang terdengar, mesti nak ikut,
Tambangkan kawan jangan kedekut.

Hati berfikir mulut bertanya,
Itulah sifat orang berjaya.

Makanan ada sudah terhidang,
Mengadu lapar salahkan orang.

Ubat demam banyak sekali,
Ubat malas sukar ditemui.

Jumaat, November 02, 2007

EPISOD 9



M6)pintar dalam mencari makna yang sesuai bagi kalimah bagi kalimah sukar difahami

Apabila anda sudah cekap mencari kalimah yang dikehendaki dalam kamus,anda pula perlu memastikan pemilihan makna yang tepat dan sesuai dengan konteks ayat(al-maqam/siyaqul kalam).

Hal ini kerana,

a)satu kalimah dalam Bahasa Arab mempunyai pelbagai makna yang berbeza dan

b) satu makna mempunyai kalimah yang berbeza.

Fenomena yang pertama disebut dalam istilah ilmu Feqh Al-lughah sebagai ( al-isytirak al-lafzi)dan yang kedua disebut sebagai (at-taroduf).

Untuk contoh fenomena bahasa yang pertama,mari kita baca selanjutnya:

---kalimah raghiba yarghobu …mempunyai makna yang berbeza selepas digandingkan dengan partikel jar(harful-jarr)yang tertentu.

رَغِبَ فى شيء=أراده و حرص عليه و طمع فيه

رَغِبَ عن شيء=تركه و زهد فيه

رَغِبَ بنفسه عن الشيء=ترفَّع عنه

رَغِبَ إلى ربه=ابتهل و تضرع بالدعاء

Fenomena yang kedua pula ialah at-taroduf,di mana pelbagai kalimah boleh digunakan untuk menerangkan makna umum bagi sesuatu perkara akan tetapi kita akan dapati sedikit perbezaan antara kalimah-kalimah yang ‘semakna’ tadi.Contohnya kalimah hujan dalam bahasa Arab disebut al-mator.Selain itu disebut juga al-ghoith.Perbezaan antara kedua-duanya ialah hujan yang pertama mewakili hujan biasa manakala hujan yang kedua ialah kategori hujan yang turun dan yang sangat diharap-harapkan oleh penduduk bumi(manusia,haiwan,tumbuhan dan sebagainya) ketika kemarau semakin mengganas.Bagi perkataan melihat dalam bahasa Arab disebut ar-ru’yah ,an-nazhr,al-ibsor dan seumpamanya. ‘Mereka’ sama tapi berbeza.Banyak lagi contoh untuk fenomena at-taroduf….nak tahu?Tengoklah sendiri dalam kitab:

a) Feqhul-Lughah wa Sirrul-Arabiyyah oleh Al-Imam Abu Mansur Abdul Malik bin Muhammad Ath-Tha’aalibiy(350-429H)

b) Al-Furuqul-Lughawiyyah oleh Al-Imam Abu Hilal Al-Hasan bin Abdullah bin Sahl bin Saied Al-Askariy(wafat pada 395H)

Jadi,buatlah latihan untuk diri sendiri sehingga anda menjadi pelajar yang cekap mencari makna bagi perkataan yang kita jumpai ketika membaca teks berbahasa Arab.Semoga anda sentiasa dan semakin rajin menggunakan kamus…salam hormat daripada saya…ilalliqo’….