Isnin, Oktober 22, 2007
AL-FATIHAH UNTUK SAHABAT KITA.....
Tempat kejadian:Jalan besar Solah Salim ,Darrasah.
Waktu kejadian: petang tadi Ahad 21/10/2007 antara waktu Zuhur dan Asar,dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis khatam al-Quran di Masjid Asyiroh Muhammadiyyah,kawasan Qaitbai,Darrasah,Madinatul Qahirah.Majlis Khatam Al-Quran itu sebenarnya adalah untuk al-marhum seorang warga Mesir yang meninggal pada tahun lalu.
Rabu, Oktober 10, 2007
EPISOD 8
A.W.N. : Kali ini saya minta anda supaya menyediakan 2 jenis kamus Arab-Melayu iaitu Al-Marbawi dan At-Tullab …
Anda: Kenapa pulak?
A.W.N. :Haa nak tau sebabnya…..sediakan dulu 2 kamus tu…kalau tak de ,pinjam kengkawan..
Anda: toyyib……….
KAMUS AL-MARBAWI | NAMA KAMUS | KAMUS AT-TULLAB |
Syeikh Muhammad Idris Abdur-Rauf rahimahullahu ta’ala | PENYUSUN | Dr.Husain Unang hafizahullahu ta’ala |
1)buangkan huruf ziadah daripada kalimah (jika ada)contohnya: istighfar 2)cari 3 unsur asal kalimah tadi: ghain+fa+ro 3)buka halaman yang bermula dengan huruf pertama tadi: =ghain Kemudian diikuti oleh unsur kedua dan ketiga 4)selesai pencarian….. *jadi.anda dapati kalimah tadi berada dalam kumpulan kalimah yang dimulakan dengan huruf ghain | TEKNIK MENCARI KALIMAT | 1)tak perlu buang huruf ziadah dan tak perlu cari 3 unsur asal kalimah 2)terus cari kalimah dengan menggunakan huruf alif yang diikuti oleh sin ,ta hingga seterusnya. 3)selesai pencarian…. * jadi perkataan istighfar tadi anda akan dapati ia pada kumpulan kalimah yang dimulakan dengan huruf alif |
1)sangat bagus untuk menguji kecekapan tasrif(Ilmu Sarf) 2)sesuai untuk orang yang sudah mahir dengan tasrif biasanya peringkat tingkatan 4 sekolah arab dan pusat pengajian tinggi. 3)mengekalkan tradisi Bahasa Melayu Lama(bahasa melayu kitab kuning yang terdapat dalam kitab-kitab di kalangan pelajar pondok misalnya Siyarus-Salikin dan Matla’ul Badrain) | KEPENTINGAN KAMUS ANTARANYA: | 1)mudah mencari kalimah tanpa pening memikirkan 3 unsur asal kalimah itu 2)bagus untuk sesiapa sahaja yang baru berjinak dengan ilmu Bahasa Arab seperti pelajar tingkatan satu sekolah arab….kerana pada peringkat ini mereka mungkin belum hafaz dan tahu penggunaan tasrif secara total. 3)mendorong orang yang baru mempelajari Bahasa Arab untuk lebih rajin membuka kamus dan mencari makna kalimah |
EPISOD 7
(M5)cekap menggunakan kamus atau mu’jam
[S]=> Kecekapan menggunakan kamus untuk mencari terjemahan makna kalimah Arab menuntut kita untuk menyediakan:
(a)kamus yang BANYAK(AL-MARBAWI,AT-TULLAB,MU’JAM ASASIY,AL-MUNJID,AL-WAJIZ,AL-WASIIT,AR-RA’ID LISANUL ARAB,MU’JAM AL-AIN,AL-MAWRID,OXFORD,JAMHAROTUL-LUGHAH DLL)
Persoalannya di sini,kenapa mereka hanya ada sebuah kamus sahaja?Mungkin jawapan dan alasan yang akan diberikan berbentuk seperti ini:
>malaslah…(INGAT bahawa malas itu penyakit yang tiada ubatnya di farmasi…..Kau yang nak berjaya
>malu nak pinjam kamus kawan…(MALU TIDAK KENA TEMPATNYA adalah sikap orang gagal NAUZUBILLAH….kerana dia sangat tak tau bila dan di mana sepatutnya dia bersifat malu.mafhum kalami ya ammu? )
>oooo agaknya kena guna banyak kamus ye…tak habaq awai mana cek nak tau…ok time kasih banyak2 kat hang …la ni jugak aku cari kamus kat maktabah atas (orang macam ni bagus kerana dia tahu kelemahannya dan segera memperbaiki)
>saya tak de duit banyak nak beli dua tiga jenis kamus…yang saya guna sekarang ni pun milik kawan saya…..pinjam kejap…lagi pun dia tak gunakan kamus waktu ni…sementara ada peluanglah katakan….(orang macam ni bijak bertindak walaupun dia kekurangan dari sudut kewangan…tahniah teruskan usaha awak …semoga najah…..saya menyeru kepada semua,kalau jumpa orang macam dia ni,bantulah dengan wang zakat ke,sedekah duit ke …dia nak maju dalam ilmu tapi mafish fulus …kesian tau…mungkin di luar sana ada ramai lagi orang jenis macam ni…tolonglah mereka,please..RABBUNA YAKFIK SYARROL-MARODH,RABBUNA YUKRIMAK,RABBUNA YUKHOLLIIK LANA,ROBBUNA YIDDIKAS-SIHHAH WA YAFTAH ALAIK ABWAB AR-RIZQ……….)
Isnin, Oktober 08, 2007
EPISOD 6
(M4)memiliki kemahiran dalam ILMU ARUDH WAL QAWAFI
Mungkin ada yang bertanya:Saya pun pernah belajar jugak ilmu Arudh ni ,tapi nak hafaz syi’ir macam payah je...kenapa ek?
Untuk menjawab soalan si fulan tadi,saya merasa terpanggil untuk mengimbas kembali memori dan pengalaman kami ketika di tahun pertama Fakulti Bahasa Arab 2003/04.Pada waktu itu,subjek ini diajar oleh Al-Ustaz Ad-Duktur Mansur hafizohullahu ta’ala,pensyarah Jabatan Bahasa(dalam bahasa Arabnya=qism al-lughawiyyat)Universiti Al-Azhar Lil-banin,Qahirah.Apa yang menarik perhatian kami ketika itu ialah beliau menghafaz kesemua contoh bait terpilih untuk setiap bahar syi’ir yang sedia termaktub di dalam kitab.
MUNGKIN si fulan itu berkata:alaaa….orang arab memang la kuat hafalan….Al-Quran 30 juz di dada….nak pelik apa….
Kita jawab dia balik:Ya,betul kata awak tu….tapi awak tau tak bahawa setiap contoh bait untuk setiap jenis bahar telah sepertimana yang tertulis dalam kitab 100% habis disebutnya satu demi satu mengikut turutan tanpa melihat kepada kitab kuliah sedikit pun ( ha..apa macam ...awak boleh ke buat macam tu?)….MA SYA ALLAH…hebat tau………dan saya dapati beliau -di saat menyebut bait-bait pilihan- ,beliau akan menyebutnya mengikut rentak bahar yang tertentu ..kalau bahar towil..maka bacaan beliau akan berpandukan suku kata (taf’ilah) bahar towil,kalau bahar basit tam,maka bacaannya mengikut basit tam..dan begitulah seterusnya….
Bermula daripada saat itu,saya membuat kesimpulan bahawa:
a)untuk menghafaz qasidah dalam masa yang singkat,kita mesti membacanyanya mengikut kaedah taf’ilah bahar yang tertentu kemudian barulah kita hafaz.Kaedah ini sangat berbeza dengan cara menghafaz esei biasa kerana esei(prosa:pidato,wasiat,perumpamaan, cerpen,maqamat dan sebagainya) adalah bersifat bebas tanpa diikat oleh undang-undang wazan dan bahar syi’ir yang disebut sebagai ilmu Arudh wal Qawafi.(kaedah hafazan syi’ir ini mujarrab tau..tak percaya cubalah rasai perbezaanya.Nak cerita sikit pengalaman saya...Alhamdulillah ,dulu saya pernah berjaya menghafal 50 bait syi'ir yang telah dimuqarrarkan dalam imtihan HANYA DALAM TEMPOH TAK LEBIH DARI SATU HARI.....ANDA BAGAIMANA?)
b)jika sudah menentukan bahar bagi satu-satu qasidah yang hendak dihafaz,maka adalah lebih baik kita hafaz mengikut lagu ciptaan sendiri.
Sebagai contoh…matan Alfiyyah Ibnu Malik yang masyhur dalam bidang Nahu dan Sarf,kita dapati ia menggunakan bahar ar-rajz at-tam(mustaf’ilun 6 kali).Jadi ia sesuai dihafaz mengikut irama "enjit-enjit semut”atau “air pasang dalam surut pukul lima,nyonya bangun pagi siram pokok bunga” dan banyak lagi…
Kalau qasidah yang akan dihafaz selari dengan bahar al-basit at-tam(mustaf'ilun fa'ilun 4 kali),maka antara rentak lagu yang sesuai dengan bahr ini ialah irama “Ya Robbi bil Mustofa balligh maqosidana..” dendangan Saudara Haddad Alwi(album Cinta Rasul).
Kalau ada syi'ir yang berwazankan bahar al-wafir al-majzuk,maka antara irama yang sesuai bagi bahar ini ialah lagu(sepohon kayu daunnya rimbun,di pondok kecil,tolong kami bantu kami kami anak yatim piatu dll )...Semua irama yang masyhur ini , kita puas dengar dan hafal ketika menikmati zaman tadika dan sekolah rendah suatu masa dahulu.Betul tak?....
IN SYA ALLAH ,di pertemuan yang entah bila waktunya, saya akan berkongsi dengan anda lagu-lagu yang pernah kita dengar di Malaysia untuk dipraktikkan dalam menghafaz syi’ir mengikut bahar masing-masing beserta dengan kepentingannya.Doakan ye…!Amin Ya Rabb….
EPISOD 5

[S]=>Dengan menguasai ilmu Tajwid al-Quran,anda mampu untuk menjiwai dan menyelami perasaan, emosi, reaksi, pendirian penyair dan sebagainya .Anda turut sama bersedih ketika si penyair menenun kalam-kalam yang mengalirkan sungai-sungai kesedihan. Anda juga turut sama gembira apabila kalam yang dianyam bersulamkan kebahagiaan dan kemegahan dan sebagainya.Situasi seperti ini akan anda alami sekiranya anda menganalisa bait-bait syi’ir(puisi) dalam aspek pemilihan huruf terakhir(disebut sebagai qafiah dalam ilmu Arudh) pada keseluruhan qasidah di samping memerhatikan makhraj huruf(lima sahaja:al-jawf,al-halq,al-lisan,as-syafatain,al-khoisyum),sifat huruf(al-hams,al-jahr,al-qalqalah,al-ghunnah,al-istifal,as-syiddah,at-tikrar,at-tafassyi dan banyak lagi yang mesti diketahui) dan barisnya( empat sahaja:kasroh ,dhommah,fathah,sukun).Dalam ruangan ini ,mohon ampun banyak-banyak kerana saya tak mampu untuk memuatkan contoh bagi huraian tersebut di atas.Nak tahu lebih lanjut,jangan lupa untuk mengikuti episod–episod perbincangan A.W.N. yang seterusnya.
Sabtu, Oktober 06, 2007
EPISOD 4
Kalau dari peringkat awal (al-marhalatu al-uula/al-bidayah)lagi sudah tidak berkenan,sudah hilang minat terhadap ‘si dia’,bagaimana mungkin anda akan bersusah payah untuk:
a) menghantar wakil merisik,
b) meminang,menghantar tanda,mengikat pertunangan
c) dan seterusnya majlis pernikahan.
Hal yang sama kita kiaskan kepada A.W.N. dan kepada apa saja subjek yang pasti dihadapi oleh manusia yang bergelar penuntut ilmu/pelajar/mahasiswa.Kata orang “tepuk sebelah tangan,manakan datangnya bunyi”.Jika sesuatu yang baik untuk ditawarkan kepada kamu ,kemudian kamu menolaknya bulat-bulat,maka yang rugi itu kamu sendiri bukan orang lain.Yang merana adalah dirimu sendiri,bukan orang lain.Kalau kamu tidak ada tindakbalas/reaksi positif terhadap mana-mana subjek, maka jarang sekali segala ilmu dan maklumat dalam subjek itu untuk kamu memahaminya.
“Orang lain sudah maju melangkah ke tahun pengajian yang seterusnya, awak pula masih terkial-kial bergelumang dalam longkang kemalasan,masih lagi berpalit dengan sticker subjek-subjek yang gagal. Orang hantar susah-susah,jauh-jauh,suruh belajar je....bukannya suruh menoreh,bukannya suruh angkat sawit....dan bukan suruh buat benda tak baik.Orang beri nasihat,tak mahu pasang telinga.Curah air ke atas daun keladi sia-sia,membazir je."
"Biar mak seorang sahaja yang hidup susah ..mak tak nak tengok anak-anak mak susah ..Bebaskan keluarga kita daripada belenggu kemiskinan.... Sedarlah anakku,buku sekolah,kitab rujukan,yuran pengajian siapa yang tanggung?.....tambang bas,tiket kapal terbang siapa yang biaya?.....kos sara hidup, makan minum, pakaian, tempat tinggal,rehlah sana sini,duit beli ubat penyakit adik yang makin teruk ...siapa yang sediakan itu semua?....belajarla pandai-pandai nak....nanti kalau berjaya mak dengan ayah jugak yang tumpang gembira...nama mak dengan ayah jugak yang harum wangi.... Kalau hidup tak berpelajaran macam mak ni.... hina tau,siapalah yang nak dengar cakap mak...pendapat mak pun ditolak ke tepi....sikit pun tak hormat mak ni.... maklumlah,orang susah, belajar hanya sekadar darjah lima pastu berhenti ...namun begitu, mak masih syukur...tak pernah meminta-minta...ALHAMDULILLAH....ALLAH bagi mak ilmu buat kuih dan memasak,menjahit baju untuk tampung hidup kita anak beranak.....Kalau boleh mak ingin masuk semula belajar sampai ke universiti...tapi apakan daya waktu untuk mak dah terlepas...mana ada orang macam mak ni otak dah tumpul,mata dah rabun, nak masuk darjah enam untuk sambung persekolahan yang terhenti berpuluh tahun dulu pastu masuk sekolah menengah sampai ke universiti....mustahil berlaku...Jadi,sekarang ni giliran kau nak....belajarla pandai-pandai sebab kau dah diberi peluang...inilah masanya...kalau kau sia-siakan,nanti dah tua macam mak ni,kau akan rasa, kau akan menangis yang tak de gunanya, menyesal yang tak de sudahnya.."
Sahabat-sahabat yang seperjuangan yang dikasihi sekalian......Sedarkah kita sewaktu kita sedang gembira 'di sini','di sana' mereka (ibu bapa) sedang menderita ...'di sini' kita makan dengan selera,tahukah kita 'di sana' mereka terpaksa menelan pahitnya si pucuk ubi,tawarnya si umbut kelapa dan kelatnya si pisang muda.....
KIta senang menelefon mereka dan berkata: "Ayah....Bonda...bekalan duit hampir kehabisan"...
mereka menenangkan kita"Jangan risau ..duit tu ada ..nanti mak dengan ayah kirim ya..."sedang benak memikir..... Ya ALLAH di mana mahu ku cari duit belanja, buat anakku seorang yang jauh 'di sana'...hutang yang lepas masih tertunda,upah bulan ini entah bila akan kuterima.... uuh..tak mengapa... aku masih ada gelang emas pusaka....itulah cara yang paling segera..."
Mari merenung sejenak untuk kita tanya diri sendiri;Sudahkah aku membalas jasa-jasa mereka?….Sesungguhnya walaupun kita rasa bahawa kita sudah membalas segala jasa ibu bapa kita dengan gunungan emas sekalipun,namun itu masih lagi tidak sama nilainya dengan pengorbanan siang malam yang mereka curahkan semenjak awal keberadaan kita di dunia ini....Mari kita berdoa bersama-sama.....YA ALLAH JANGAN JADIKAN KAMI ANAK YANG DERHAKA,JANGAN JADIKAN KAMI UMAT YANG LEKA DAN JANGANLAH JADIKAN KAMI MANUSIA YANG TAK BERGUNA..AMIN…”
Fuuuhhh…selepas mendengar ‘slot motivasi dari emak’ yang panjang berjela ,mari kita kembali ke pangkal jalan iaitu kepada tajuk perbincangan kita sebelum ini .
Sidang hadirin,para pembaca dan sahabat-sahabat yang mulia,
Ya, apabila minat kita terhadap A.W.N. bersifat negatif,maka ayat-ayat sebegini akan dibisikkan oleh syaitan kerana dia tak suka tengok kita cemerlang....
Ya,satu soalan yang bagus. Tak kenal maka tak cinta.Tak cinta maka tak ingin nak menyapa(menegur dan bertanya khabar,SMS,chatting dll).
Kalau tak kenal A.W.N., mana mungkin akan terbitnya minat kita untuk mempelajarinya.Kalau tak minat untuk mempelajarinya,mana mungkin tangan ini bergerak untuk mencapai kitab,menyentuh dan membelek mukasurat …..lalu apakah mungkin keadaan sebegini mendorong untuk membaca kitab itu sampai khatam?
ALLAHUMMA WAFFIQNA LIMA TUHIBBUHU WA TARDHOHU.IN SYA ALLAH,saya akan memulakan diskusi A.W.N. (pengenalan,jenis genre sastera Arab,teknik membuat nota,menghafaz puisi(qasidah) dan prosa,teknik mensyarahkan teks sastera ,teknik menjawab soalan dll) selepas habis mensyarahkan kesemua 15 perkara tersebut.
Pendek kata,minat anda terhadap A.W.N. menjadi antara faktor pendorong kejayaan anda dalam subjek ini.Justeru, sematkan di hati anda kata-kata ini”nak ke, tak nak ke….ah….yang penting aku mesti PAKSA DIRI sehingga aku suka dan minat subjek ni...biar bagi lulus kemudian naik tahun 'alatul (tanpa mengulang tahun pengajian)dan aku tak mahu ulang 'exam paper' subjek ni tahun depan..”
(M2)memiliki asas ILMU NAHU ,SARF, BALAGHAH yang kuat
[S]=> Memang menjadi satu kemestian bagi sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab supaya menguasai asas-asas NAHU ,SARF dan BALAGHAH dengan baik.Hal ini kerana NAHU dan SARAF merupakan 2 elemen paling penting dalam bidang Bahasa Arab.Ia disebut juga sebagai ilmu alat.BALAGHAH pula akan membantu anda memahami seni dan keindahan gaya bahasa Arab seterusnya anda dapat menterjemahkan petikan berdasarkan kehendak dan situasi(maqam) ketika berucap,berkomunikasi dll.Untuk makluman anda, Balaghah itu sebenarnya berjalan seiring dengan NAHU dan SARF.ANDA AKAN SAKSIKAN PERANAN NAHU,SARF DAN BALAGHAH dalam pertemuan yang akan datang dalam BAB TEKNIK MENJAWAB SOALAN,IN SYA ALLAH.