Sabtu, November 27, 2010

DOALAH KEPADA ALLAH UNTUK SAYA....

Bayangkan...
Anda sedang duduk membaca kitab kuliah di sebuah sudut di dalam masjid Al-Azhar, jauh daripada laluan para jemaah.
Tiba-tiba, muncul seorang lelaki berjalan perlahan menuju ke arah anda.
Usianya agak lanjut Tubuhnya sedikit bongkok.
Jubahnya warna kelabu.
Kepalanya dililit serban nipis berwarna coklat gelap, gaya orang kampung.
Rambutnya uban putih menyala.
Bibirnya menguntum senyuman, mengucap salam lalu berkata:

"Enta bitidris fil Azhar, ya masyaikhna?"( kamu belajar di universiti Al-Azhar, wahai tuan syeikh?) Sambil menghulur tangan ingin bersalam. Salam disambut. Kasih bertaut.

"Na'am, ya ammil-haj, ayyu khidmah?" ( benar, pak haji. ada apa yang boleh saya bantu? ) anda menjawab.

"tid'ie li ! alsyan robbina yikrimak, musyakkirin" ( doakan aku! supaya semoga Allah memberi kemuliaan kepadamu, aku terima kasih banyak kepadamu ). Dengan senyuman, dan meletak dua tangan di atas kepala tanda hormat, pak haji itu beredar.

Anda tunduk tergamam.Lidah kelu seribu bahasa.

"Ya Allah.Apa yang harus kudoakan untuknya?".

Mengangkat kepala semula. Mata meliar mencari kelibat lelaki itu. Pantas ia menghilang.

"Aneh. Pintu keluar masuk sangat jauh daripada posisiku ini. Ke mana perginya pak haji itu?".

Orang yang sudah lanjut usia meminta doa daripada orang yang lebih muda daripadanya.
Tiada yang peliknya.
Itulah persaudaraan Islam.
Melepasi sempadan  umur, warna kulit, warna mata, warna rambut, bahasa, bangsa dan lain-lainnya.
Doa penuntut ilmu maqbul, kerana penuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat, ikan-ikan di lautan beristghfar untuknya. Jangan rasa hina jika menuntut ilmu agama. Itulah sebahagian anugerah Allah yang besar.

Apa yang penting, pak haji itu minta doa kita.
Orang dah minta mesti diberi, walaupun sebaris doa.
Nak doa apa?
Lidah mesti fasih, ucapan mesti pantas.
Ini contoh doanya , mari hafaz bersama.
DOA RINGKAS...
jimat masa kerana boleh dibaca satu nafas:

1)Robbina yasyfiika wa yu'afiikaربنا يشفيك ويعافيك
2)Robbina yajbur bi khotirikaربنا يجبر بخاطرك
3)Rabbina yutammim laka bikhoirربنا يتمم لك بخير
4)Rabbina yuslih haalaka.ربنا يصلح حالك
5)Rabbina yasturuka.ربنا يسترك
6)Rabbina yardho 'anka.ربنا يرضى عنك
7)Rabbina yahaqqiq laka su'laka.ربنا يحقق لك سؤلك
8)Rabbina yaziiduka.ربنا يزيدك
9)Rabbina yuwassi' alaikal 'athoya. ربنا يوسع عليك العطايا

Makna doa mengikut turutan:

1)Semoga kau sihat dan selamat.
2)Semoga Allah menunaikan keinginanmu.
3)Semoga segala urusanmu selesai dengan baik.
4)Semoga keadaanmu bertambah elok.
5)Semoga kau sentiasa dalam perlindungan Allah.
6)Semoga kau diredhoi Allah.
7)Semoga segala cita-cita kau tercapai.
8)Semoga Allah menambahi kebaikannya dan kasih-sayangnya padamu.
9)Semoga Allah meluaskan rezekimu.(berkat pada ilmu, amal, rezeki, umur, harta, anak isteri, dan kekayaan hati.

DOA PANJANG:
ربنا يجعلك من صالحي أهل --- الزمان
1)Rabbina yaj'aluka min solihii ahli hazaz-zamaan

ربنا يرضى عنك, ويسعدك,ويعطيك الصحة والعافية, ويخليك تشوف أحفادك من كل أولادك
2)Rabbina yardho 'anka, wa yus'idaka, wa yu'thikas- sihhah wal 'afiah. wa yukhollika tusyuf ahfadaka min kulli awlaadaka.

ربنا يبعد عنك كل مكروه, ويشفي بك كل قلب مجروح
3)Robbina yub'idu 'anka kulla makruuh, wa yasyfi bika kulla qolbin majruuh.

ربنا يجعلك من سعداء الدنيا والآخرة
4)Rabbina yaj'alaka min su'adaa id-dunya wal akhiroh.

Makna doa mengikut turutan:
1)Semoga Allah menjadikan engkau orang soleh untuk penghuni zaman ini.
2)Semoga Allah meredhoimu, menjadikan kamu bahagia, memberikan kamu kesihatan dan keselamatan, dan menjadikan kau melihat semua cucu engkau daripada anak-anak engkau.
3)Semoga engkau terjauh daripada segala perkara yang tidak diingini, dan menjadikan engkau penawar bagi setiap hati yang luka.
4)Semoga engkau menjadi golongan yang berbahagia dunia dan akhirat. amiin.

Doa itu otak ibadah.

1 ulasan:

Hamba Ilahi berkata...

doa sebagai tanda bahawa kita ini hamba kepada Allah..