Khamis, November 04, 2010

Kitab NOMBOR DUA ...

Ini adalah acara "bedah buku", untuk mengetahui secara ringkas sedikit tentang kitab susunan Dr. Syeikh Mahmud Saied Mamduh As-Syafie Al-Misriy hafizohullah.
Nama kitab:
تزيين الألفاظ بتتميم ذيول تذكرة الحفاظ
Kitab ini pada permulaan halamannya  membicarakan tentang darjat:AL-HAFIZ dalam bidang hadith. Bukan semua orang yang menghafaz hadith layak digelar dengan gelaran hebat ini.

Pada halaman 6, tertulis: 
"ulama yang pertama menulis buku tentang bab ini ialahAl-Hafiz Abu Al-Walid Yusuf bin Abdul Aziz Ad-Dabbagh Al-Andalusiy yang wafat pada 546H rahimahullah".

Pada halaman 16, ada suatu fasal menyebut: 
" dan tidaklah menjadi suatu syarat bagi Al-Hafiz supaya bersifat dengan 'الثقة thiqah'. Dalam golongan Al-Huffaz pun ada juga yang dikritik.
 Jadi, العدالة dan الضبط  yang mana kedua-duanya menjadi gandingan الثقة , tidak ada hubungan antara kedua-duanya dengan bab 'mengetahui hadith, memastikan qaedah-qaedahnya, mengetahui keadaan-keadaan perawinya, kemasyhuran si Al-Hafiz itu dengan menuntut dan mencari hadith, mengambil hadith daripada lidah para perawi, membezakan antara hadith sahih daripada dhaif dan yang lainnya'. 
Sebenarnya, العدالة dan الضبظ itu menjadi syarat ketika menjadikan perawi dan pengamalan terhadap periwayatannya itu sebagai hujjah. Bagi memberikan contoh terhadap pernyataan ini, ia banyak sekali boleh dirujuk pada kitab  الميزان  dan لسان الميزان dan تذكرة الحفاظ dan ذكر من يعتمد قوله فى الجرح والتعديل  .

Pada halaman  28, : Berkata Syeikh Al-Muhaqqiq Al-Allamah Al-Muhaddith As-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin As-Siddiq rahimahullah, :

"AL- HAFIZ itu ada dua jenis:
1- Al-Hafiz dengan cara Fuqaha seperti Imam At-Tohawiy, Al-Baihaqi, Al-Bajiy, Ibnu Al-Arabiy Al-Mu'afiriy, Al-Qadhi 'Iyadh, An-Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Al-Qayyim dan Ibnu Kathir.
2- Al-Hafiz dengan cara Muhaddithin iaitulah  kebanyakan huffaz hadith. Al-Hafiz daripada golongan ini paling banyak hafazannya, paling luas riwayatnya, paling tahu keadaan para perawi dan peringkatnya, paling pandai dalam kaedah menghukum hadith sebagai sahih dan dha'if, disebabkan kemantapannya dalam mengetahui 'ilal dan hadith yang gharib."

Pada halaman berikutnya. terdapat huraian tentang hadith-hadith yang mungkin disangka sahih tetapi tenyata dha'if, disangka maudu' tetap ternyata sahih dan sebagainya.

Pemutusnya, kalau nak tau, ya lekas dibeli aja dong, jangan nunggu lama-lama, nanti lama-lama ia diambil orang !



 

Tiada ulasan: