Ahad, November 27, 2011

STAM OH STAM..1

Posted: March 11, 2011 in DIARI HIDUPKU

Hari ini adalah hari yang paling seronok dalam belajar STAM sebab dapat berjumpa dengan kakak-kakak dan abang-abang senior yang ambil STAM (Multaqa’ Stam 2011). Kebanyakan mereka adalah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Bumi Kinanah. Saya memang dah pasang niat untuk menapak ke sana. Mudah-mudahan tercapai hajatku. Amin. Ada juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Saya juga memang dah rancang awal-awal, kalau tak dapat ke luar negara seperti Mesir atau Jordan, USIM atau UIA adalah pilihan kedua saya. Insya-Allah.
Memang sejuk mata saya ni memandang kakak-kakak dan abang-abang dari Mesir. Semuanya adalah pelajar-pelajar cemerlang dalam STAM. Doakan semoga saya juga berjaya dan cemerlang seperti mereka.
PELUANG SAMBUNG BELAJAR CERAH
Siapa yang kata bahawa peluang budak-budak aliran agama ni sangat nipis untuk mereka terus sambung belajar adalah salah sama sekali. Alhamdulillah, peluang pelajar-pelajar STAM ni cerah dan amat luas. Masa juga boleh dijimatkan kerana STAM hanya setahun. Kita akan terus ke Ijazah Sarjana Muda jika melangkah ke IPT nanti. Itu salah satu kelebihannya.Yang penting, usaha ke arah  kejayaan dan terus berusaha tanpa rasa putus asa.
Program Multaqa’ STAM 2011 ni banyak memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan STAM iaitu hala tuju selepas ini. Antaranya :
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Aliran Sastera :-
-   Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
  • Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
  • Sajana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
-   Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian
-  Fakulti Pengajian Bahasa Utama
  • Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
-  Fakulti Syariah dan Undang-undang
  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian
-   Fakulti Ekonomi dan Muamalat
  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Perhubungan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
Kelayakan Masuk Program Sarjana Muda (calon STAM) :-
  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET. (tapi sebelum gred, kena dapatkan Band 3, baru boleh gred.)
  • Memenuhi syarat khas program.
Maklumat lanjut : www.usim.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Aliran Sastera :-
-   Fakulti Sains dan Kemanusiaan
  • Antropologi dan Sosiologi
  • Kerja sosial
  • Komunikasi Media
  • Linguistik
  • Psikologi
  • Sains Politik
  • Sejarah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian)
-   Fakulti Pengajian Islam
  • Pengajian Al-Quran dan Sunnah
  • Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  • Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  • Syariah
  • Usuluddin dan Falsafah
Kelayakan (calon STAM) :-
  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
Maklumat lanjut : www.ukm.my
Universiti Al-Azhar, Mesir
Banyak sangat bidang yang ada dan boleh diambil oleh lepasa STAM.
Maklumat lanjut : Al-Azhar, mesir
 bersambung...

Tiada ulasan: