Sabtu, Ogos 21, 2010

Alamak., henset aku........lupa pulak....

1)Ahlan semua.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Tahun ini puasa di Mesir menjadi tetamu kepada musim panas.
Siangnya panjang, malamnya singkat.
Baru tidur lepas TARAWEEH, dah dikejut bangun sahur.
Ngantuknya mata bukan kepalang.2)Biasanya Ramadhan Mesir menyaksikan sambutan meriah kepada ibadah melebihi bulan-bulan lain.

Baca AL-QURAN.
Di mana-mana sahaja anda akan menyaksikan sikap positif ini memasyarakat.
Di dalam bas, keretapi metro, kedai-kedai,kaunter-kaunter tiket dan lain-lain.
Di dalam masjid, tak usah cerita.
Semuanya pakat berlumba-lumba,
merebut kurnia pahala,
daripada Tuhan Maha Esa.
Tak kurang juga yang sibuk berdoa, merintih supaya diselamatkan daripada azab di hari pengadilan yang penuh dahaga.
Itulah sedikit senario bulan puasa di Mesir.
3)Ada satu masjid tu, imam dia memang mahir cakap arab fus-ha. Maklumlah, imam tu graduan Usuluddin Al-Azhar. Dilantik sebagai imam oleh Kementerian Wakaf Mesir

(Kata wikipedia:The Ministry of Awqaf of Egypt is one of eighteen ministries in the Egyptian government and is in charge of religious endowments.)

Jadi, sebelum mengangkat takbir dia ingatkan makmumnya.
Biasanya imam akan berkata sebelum solat:
سووا صفوفكم فإن تسوية الصفوف من تمام الصلاة
وانظروا إلى موضع سجودكم، فإنه أقرب للخشوع
واعلموا أنكم واقفون بين يدي الله
فأقبلوا على الله بنية خالصة
وصلو صلاة المودع للدنيا
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال


sawwuu sufufakum fainna taswiyatas-sufuufi min tamaamis-solah
wanzhuruu ila maudhi'i sujuudikum fainnahu aqrobu lilkhusyuu'i
wa'lamuu annakum waqifuuna baina yadaillahi
fa aqbiluu 'alallahi biniyyatin kholisoh
wa solluu solaatal-muwadi'i liddun-ya
taqobalallahu minna wa minkum solihal-a'maal

Tapi sejak kemunculan henset dalam alam nyata...
imam tu tambah LAGI SEBARIS ayat dia
.
Nak tahu?
Inilah ayat menarik minggu ini:
Mungkin ini bahasa sopan yang kita dengar setakat ini iaitu:
أصمتوا هواتفكم يرحمكم الله
ASMITUU HAWATIFAKUM YARHAMKUMULLAH
ertinya:
Tolong silent kan henset kamu
Mudah-mudahan kamu dirahmati oleh Allah.

Oleh itu, tidak timbul masalah telefon bimbit berbunyi waktu solat, yang bisa mengganggu fokus jamaah yang lain.
Tiadalah orang yang akan berkata dalam hati ketika solat:
alamak,,,henset aku...terlupa nak tutup....

Sesungguhnya, ayat tadi kalau dilafazkan secara lahjah ammiyah, bunyinya agak kasar sedikit,contohnya ada seorang pak cik elfulani yang melantik dirinya imam solat ketika imam bergaji tiada, maka dia akan kata:
اللي معه محمول يقفله
elli ma'ah mahmul yiqfiluh ! (sebanyak tiga kali)
ertinya: sape ada henset tolong matikan henset tuh!


b/i: Kalau silent bagi bahasa henset, orang arab sebut :صامتsomit .
OK.Sekian untuk kali ini.