(M7)memiliki daya terjemahan petikan berbahasa ARAB yang memuaskan
[S]=> Teknik dan mutu penterjemahan biasanya bergantung kepada penguasaan individu terhadap bahasa sumber asal(bahasa petikan yang hendak diterjemah) dan bahasa terjemahan.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit panduan yang dikumpulkan daripada pengalaman senior kami untuk meningkatkan mutu penterjemahan :
1)mengetahui dan menentukan laras bahasa sumber asal.Ini disebabkan setiap bidang ilmu mempunyai laras bahasanya yang tersendiri.Jadi,
Laras bahasa sains tidak sama dengan laras bahasa sastera.
Laras bahasa perubatan tidak sama dengan laras bahasa sejarah.
Laras bahasa akhbar dan majalah tidak sama dengan laras bahasa kitab kuliah.
Laras bahasa falsafah tidak sama dengan laras bahasa fiqh.
Laras bahasa ekonomi tidak sama dengan laras bahasa kejuruteraan dan begitulah seterusnya.Oleh yang demikian itu,kita hendaklah tahu selok belok
2)jika inginkan penterjemahan yang mantap(Arab ->Melayu),kita mesti banyakkan membaca sumber-sumber bacaan berbahasa Melayu seperti AKHBAR DAN MAJALAH YANG TERTENTU kerana ia menggunakan bahasa Melayu standard dan istilah-istilah yang terdapat di dalamnya bersifat terkini mengikut bidang yang tersebut di atas.
3)untuk menterjemahkan ayat iklan bahasa Arab,kita mesti merujuk istilah bahasa Melayu yang digunapakai dalam iklan bahasa Melayu.
4)untuk menterjemahkan puisi Arab ,kita hendaklah menterjemahkan terus kepada maksud ayat puisi tersebut bukannnya menterjemah kalimah secara zahir begitu sahaja.Ini disebabkan oleh wujudnya gaya bahasa tasybih,isti’arah,kinayah,majaz dll yang mana jika diterjemahkan bulat-bulat secara zahir ,maka hasilnya sukar difahami.
5)jika ada jumlah fi’liyyah,maka lebih elok kita bawa fa’ielnya ke hadapan untuk menjadi kalimah paling awal sekali dalam hasil terjemahan.
6)untuk menterjemahkan perbualan komik Arab,kadangkala ia memerlukan kita menggunakan bahasa ringkas (bahasa perbualan harian).Dengan ini barulah suasana komik itu dapat dirasai oleh pembaca.Misalnya dialog “ila aina tazhab?”tidak sesuai diterjemahkan dengan bahasa Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan