Selasa, Ogos 19, 2008

SUDAH TERBIT......! KITAB TAJWID......!

KITAB TAJWID
"DHOBTULLISAN LIHUSNI TILAWATIL QURAN"

Cetakan yang ke-2
KINI DALAM VERSI ARAB-INDONESIA

272 mukasurat



Susunan : Syeikh Abdul Azim bin Sya'ban bin Sultan hafizohullahu ta'ala
Guru Al-Quran bagi para penuntut Universiti Al-Azhar banin dan banat khasnya dari kalangan anak-anak Malaysia,Indonesia,Singapura,Sudan.

Penterjemah:Dukturah Wirdah Fachiroh Fachri,
M.A. Bahasa Arab ( Balaghah ) .

Harga kitab : LE 11 (Sebelas junaih sahaja )


Jadikan ia hadiah istimewa ketika pulang musafir ke tanah air
buat ibu bapa,sahabat handai dan sebagainya

CEPAT.....TUNGGU APA LAGI....EDISI TERHAD.....!!


Untuk tempahan Mesir
bermula dari
10 naskhah ke atas

(KAHERAH,ZAQAZIQ,TANTA,DAMANHUR,DUMYAT, MANSURAH,SYIBIN EL-KOM,ISKANDARIYAH)

sila hantarkan NAMA PENUH dan NO.TELEFON anda BESERTA
JUMLAH KITAB YANG DIPESAN
kepada:

{ el_marbawi@yahoo.com}

PENGHANTARAN PERCUMA TERUS KE RUMAH ANDA.

Selasa, Mac 11, 2008

Nusus ?

  • Soalan : Siapa boleh tolong , apa itu Nusus dalam Bahasa Arab Tinggi?-deyralova-
    Tarikh :10-03-2008 Masa :4:41 AM.................
    Jawapan : Kalimah arabiah 'nusus' adalah kata jamak( plural ) bagi 'nas'.Dalam bahasa kita ia bermaksud petikan.Kalimah ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja kerana sifatnya yang umum.

Selasa, Januari 29, 2008

EPISOD 12

M9)kemahiran mengarang esei bahasa Arab

Resepinya mudah saja iaitu:

Anda mesti rajin membaca bacaan ilmiah berbahasa Arab. Kesannya,anda akan dapat banyak contoh uslub bahasa Arab yang indah dan menarik . Tak lupa juga,anda akan berhasil mengumpul aneka bentuk penanda wacana,muqaddimah, ayat-ayat yang sesuai untuk memulakan perenggan isi,simpulan bahasa dan sebagainya.

Bila dan di mana saya harus membaca?

Bacalah kitab di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai dengan keselesaan dan keselamatan anda (jangan membaca ketika sedang memandu dan sebagainya).

Kawan-kawan,sebenarnya kita telah banyak membazirkan hidup kita dengan perkara yang tiada kepentingannya dunia akhirat tanpa kita sedari. Kita memohon doa kepada ALLAH supaya dimasukkan dalam golongan manusia yang faham konsep “Demi masa” seperti yang diterangkan dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim…………..


M10)mempunyai daya imaginasi dan khayalan yang tinggi

Maksudnya :apabila anda ingin memahami ayat-ayat dalam laras sastera, anda perlu menggunakan daya imaginasi dan khayalan yang tinggi. Perkara ini amat berguna kerana ia membantu anda dalam proses pemahaman dan penterjemahan teks sastera. Di sini anda akan melihat Ilmu Balaghah mula memainkan peranannya dalam aspek-aspek seperti majaz,kinayah,isti’arah,tasybih,tamsil dan banyak lagi.

Sebagai contoh,saya memetik satu bait daripada syair ratapan oleh Abu Zuaib Al-Huzaliy yang menangisi kematian anak-anaknya…(syair ini menggunakan bahr al-kamil at-tam)

فإذا المنية أنشبتْ أظفارَها***ألفيتَ كلَّ تماَئم لا تنفعُ

Fa-izal maniyyatu ansyabat azfaroha***alfaita kulla tamaa’imin la tan’fa’u..

Ertinya:Maka apabila ‘maut’ mengeluarkan kuku-kukunya***

saat itu kau dapati segala tangkal pendinding tiada lagi berguna…..

Soalan kita ialah bilakah masanya maut(mati) itu mempunyai kuku?

Kalau ikut logik,yang berkuku itu hanyalah dapat kita jumpai dalam bentuk konkrit(nyata) binatang buas atau haiwan maging(makan daging) seperti harimau,singa,serigala,musang dan sebagainya.

Tetapi dalam bait di atas lain pula bentuknya…Adakah dalam dunia yang luas ini haiwan pemangsa yang buas lagi ganas bernama ‘maut’?

Kita yakin tidak ada makhluk yang wujud spesis ini jikalau mahu dicari di semua zoo- baik zoo yang besar mahupun yang mini zoo-yang terdapat di muka bumi ini.

Jadi,bagaimana kita boleh bayangkan bentuk haiwan buas seperti yang terakam dalam bait di atas? Ya, di sinilah bermulanya peranan imaginasi dan khayalan dalam memahami ilmu Balaghah.

Mari kita lihat bab Isti’arah dan cuba fokus kepada istiarah makniyyah.

Pertama sekali,untuk menghasilkan isti’arah makniyyah , kita mesti menyusun dalam bentuk rukun tasybih seperti ini:

Musyabbah = maut

Musyabbah bihi = singa

Adat at-tasybih = huruf jar(al-kaf)

Kedua,mengikut hukum isti’arah makniyyah,kita mesti:

1)membuangkan musyabbah-bihi(singa)

2)mengekalkan musyabbah(maut)

3)memberikan sedikit bayangan atau sifat atau unsur yang ada pada musyabbah bihi(seperti kuku,taring,cengkaman,ngauman dll) kemudian ‘memasangkannya’ pada musyabbah.

Kemudian jadilah isti’arah itu makniyyah iaitu dengan mengggambarkan bahawa maut mempunyai kukunya yang tajam tak ubah seperti seekor binatang buas yang lapar.

Khamis, Disember 06, 2007

Sambungan EPISOD 11

Mungkin ada yang bertanya: "Bagaimana cara untuk jadi bijak mencari isi penting dalam petikan yang dibaca.. Boleh kongsikan dengan saya tips-tipsnya?".Ya, sahabatku ...bagi membantu anda untuk mencari isi penting dalam teks,mari kita kongsi bersama beberapa garis panduan yang disediakan di bawah ini:

a)anda mesti khatam membaca kitab itu pada kali pertama,iaitu membaca cepat tanpa bantuan kamus.

Semasa anda membaca untuk kali pertama,sila gunakan pensel untuk menggariskan perkataan yang anda tidak fahami.

Satu lagi , pada tahap ini , pantang larangnya ialah tidak boleh menyentuh kamus.apatah lagi menyelak lembarannya untuk mencari makna kalimah. Mungkin ada yang bertanya

Apa guna kalau baca tapi tak faham makna ayat yg dibaca?bukankah utk memaham petikan yang dibaca kita memerlukan kamus?
Saudaraku......begini jawapannya:
a) tujuan bacaan kali pertama ialah untuk mengetahui secara pantas selok kitab yang beratus-ratus muka surat dari awal hingga akhir.Kalau jumpa kalimah yg anda tak faham, tandakan dengan pensel.Kemudian, buat tak tahu je. Faham makna petikan atau tidak itu tak penting untuk peringkat ini, sebab proses mencari makna kalimah bertaku jika anda sudah berada di peringkat kedua,yang penting tandakan dengan pensel dahulu.....mashi ya akhuya?!

b) andaikan bahawa bilangan kalimah
yang kamu tidak tahu langsung maknanya terlalu banyak(maksudnya kita masih lemah dari segi "vocabulary").kemudian ingin mencari makna satu demi satu.....fuuuh.......suatu aktiviti yang cukup menekan emosi.Tak percaya?
.Ingat,syaitonirrojim amat geram apabila melihat kita memegang kitab ilmiah lebih2 lagi kalau nampak kita ingin khatamkan kitab.Dia akan kata: ya sidi ya maulana, tutup je kitab tu,wat ape ente baca sekarang sedangkan ente tak mampu nak fokus, tak guna
ente baca kalo tak faham makna.nak faham makna kena belek kamus...kalimah yang ente tak faham bukan satu kalimah...banyak lagi kena cari.....hish..penat tau...Sudahla tu,baca waktu esok , lusa atau bila-bila masa ente senang...imtihan kan lama lagi...
ANDA SEMEMANGNYA tahu apa yang berlaku apabila kata syaitan diikuti , kitab ditutup dan pembacaanya tidak diambil peduli....

Kepentingan bacaan peringkat pertama:untuk menambahkan semangat anda supaya gemar membaca buku dan mengetahui selok belok kedudukan maklumat sesebuah kitab.Teknik ini saya panggil sebagai “ melukis peta kitab” yang mirip kepada peta minda.Kesannya,anda akan tahu lokasi sesebuah topik atau teks;tajuk besar, tajuk kecil, kedudukannya di halaman yang mana( kiri atau kanan,bahagian atas atau bawah kitab)di perenggan ke berapa….di baris yang ke berapa….

b)untuk bacaan kali kedua,anda mesti membaca menggunakan kamus.Pada peringkat ini,anda disarankan untuk membaca dengan lebih teliti daripada peringkat yang terdahulu.Peringkat ini juga berfungsi untuk menolong anda memahami makna teks dan isi perbahasan keseluruhan kitab.

c)bacaan kali ketiga pula disifatkan sebagai proses mencari isi penting.Bagaimana nak kenal yang mana satu isi penting?

-perhatikan tajuk besar,bab atau fasal yang anda baca.

-cari petikan ayat yang berkait rapat dengan tajuk tersebut.

-ketepikan ayat huraian dan ayat contoh(kerana anda mungkin mampu mengarangnya sendiri dengan Nahu dan Sarf yang baik ).Carilah isi penting dengan bertanya kepada diri anda, “ adakah ayat ini sebahagian daripada isi penting?”.Jika bukan,maka abaikan ayat itu.Teruskan mencari.Jika tidak jumpa juga,silakan bertanya kepada yang lebih pakar,bukankah anda mempunyai guru dan kawan-kawan yang ramai?Nah...apa yang mahu ditunggu lagi…Ayuh, dapatkan bantuan dan bimbingan mereka.....Selamat berjaya.

d)bacaan kali keempat ialah untuk proses menyiapkan nota.Susun isi penting mengikut turutannya terlebih dahulu.Kemudian tulis nota dengan kemas bagi memudahkan proses ‘ingat semula’.

Jika anda ikuti teknik ini,maka anda sebenarnya sudah 4 kali membaca dan menyelak lembaran kitab.Maka,adakah sama pelajar yang 4 kali mengkhatamkan kitab dengan pelajar yang membaca kitab hanya sekali kemudian melayan kehendak nafsu yang sentiasa malas dan suka membuang masa dan terhadap kebaikan pula ia membenci?Sudah tentu tidak sama.


Kita ambil contoh lagi,adakah sama upah orang rajin yang bekerja selama empat jam sehari dengan upah orang malas yang hanya mahu bekerja selama satu jam sehari kemudian ingin terus pulang berehat?Sudah tentu tidak sama.Jadi,terpulang kepada diri anda...pilihlah dengan hati dan akal ....mahu beruntung atau rela menjadi orang yang merugi sampai mati?Fikir,fikir,fikir.....berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian......sesal dahulu pendapatan ,sesal kemudian apa gunanya?......

Sabtu, November 10, 2007

EPISOD 11

M8)bijak mencari isi penting dalam petikan yang dibaca

[S]=>PERLU DIINGAT!….Tidak semua ayat yang bertulis di dalam kitab merupakan isi penting(al-afkar ar-raiesiyyah).Pelajar mesti berusaha untuk mencari isi penting atau pokok cerita yang tersembunyi dalam setiap perenggan yang dibaca.Jika tidak,maka MASALAH seperti berikut mungkin akan berlaku:

a)Semua ayat akan dihafaz untuk dijadikan jawapan peperiksaan.Ini sudah tentu memenatkan otak anda.INGATLAH WAHAI TAULAN……….Bukan satu subjek sahaja yang mesti dibaca dan difahami.Subjek-subjek lain yang perlu dihafaz masih ‘beratur’ panjang menunggu giliran.

b)Perasaan malas,tension,tertekan semakin bertambah.

c)Fikiran tidak tenang,mudah melenting dan marah terhadap perkara yang kecil.

Pengurusan kendiri semakin terabai.Mengapa tidak?Semuanya mahu dibaca..kitab itu 300 mukasurat…kitab yang ini 210 mukasurat…Paling menyesakkan,satu subjek menggunakan 2 kitab…kedua-duanya tebal.

Sudahlah begitu,masa pula tidak mencukupi….Hari imtihan semakin hampir.Wajah pelbagai ragam,renyuk,berkerut mengalahkan orang tua….Lihatlah sendiri......Yang di situ membaca buku dengan air muka masam mencuka….Di sudut sini,berkerut dahinya untuk memaham petikan yang dibaca….si fulan yang nun di sana,muncung mulutnya….mengenangkan banyak bait qasidah yang baru nak dihafal…haaa,padanlah dengan muka ni..SALAH SAYA JUGA,KENAPA TIDAK KHATAMKAN KITAB DARI AWAL LAGI?Itulah kau,masa lapang disia-siakan,sibuk dengan bola sepak,televisyen,ngorok(tidur),internet berjam-jam..dan macam-macam lagi program harian yang langsung tidak mencerminkan syakhsiyyah sebagai seorang muslim pelajar universiti…

Kalau begini hizib amalan pagi petang kita….Alangkah ruginya hidup sebagai seorang yang usia muda tetapi otaknya macam kanak-kanak yang asyik bermain dan leka,hatinya gelap dan lupa…Rugi,rugi,rugi…Kerugian yang banyak tidak terperi….Seterusnya,waktu ibadah,waktu rehat,waktu tidur,giliran tugas memasak(bagi yang tinggal di rumah sewa atau yang tinggal dengan kawan-kawannya sebumbung),makan minum,kesihatan,kebersihan dan sebagainya semakin tidak teratur.

d)Hari imtihan sudah tiba.Masuk ke dewan peperiksaan,penyakit BLANK mula menguatkan belitannya.Segala apa yang dibaca menjadi bercampur aduk,tidak tersusun rapi."Soalan sudah difahami, tapi jawapannya……isyh! yang mana satu harus kutulis?".Matanya seakan berpinar-pinar.Pandangannya kian terasa kabur.

e)Duduk merenung masa depan yang kian gelap.

Tubuhnya kaku tak ubah seperti patung ahli gambus Muhammad Abdul Wahab yang duduk tercongok(terpacak) di Midan Bab As-sya’riyyah,Bandaraya Qahirah.

Tidak ada satu jawapan pun yang ingin diusahakan supaya tertulis.Kalau ada pun, tidak mantap.Nahu dan sarfnya terabur.

Nak pelik apa?Fokusnya terhadap imtihan sudah terganggu sejak sebelum hari imtihan.Benci untuk menyemak semula jawapan.

Lalu,syaitonir-rojim berbisik: “ Izzayyak ya syiekh(kau apa citer)…Akhbarok eih?(apa khabar?).. Ulli(katakan padaku)......ENTA musykilatak eih?(apa problem kau?)… Musy arif gawab lil-as'ilah kulliha?...ta'mel eih ba'deiin..khollos bisur'ah ..Buat apa duduk lama di dalam dewan imtihan?Bukankah ente ada banyak subjek lagi yang hendak dibaca?!”..

Pujuk si laknat tadi sambil mengurut-ngurut bahu pelajar itu tanpa dia sedari.

Kata si laknat lagi: “yalla ya ‘ammmau tunggu apa lagi sih,ente kan enggak dapat jawab ……balik rumah kan lebih enak..Ayyuuuh…….cepat keluarkan dirimu daripada ‘penjara’ini!”.

f)Kertas jawapan yang diserahkan penuh dengan ruangan kosong seperti mula-mula dia menerimanya.Putih....seputih kelompok awan di langit Jabal Muqottom.

Kesannya,jarang sekali si guru atau pemeriksa mahu mencatatkan apa-apa markah.Ye la..putih yang amat menyakitkan mata...sehingga tidak pasti di mana 'tersoroknya' jawapan...

Apa yang berlaku ialah pelajar terbabit gagal dalam subjek itu.Semoga ALLAH selamatkan kita semua ..AMIIIIIN

Mahu tak mahu, terpaksalah dia mengulang peperiksaan bagi subjek itu pada kali yang kedua, ketiga sehingga lulus.

Bukankah ia satu pengembaraan yang menyukarkan?Ya ALLAH bantulah kami yang kerdil ini..AMIIN