Khamis, Disember 06, 2007

Sambungan EPISOD 11

Mungkin ada yang bertanya: "Bagaimana cara untuk jadi bijak mencari isi penting dalam petikan yang dibaca.. Boleh kongsikan dengan saya tips-tipsnya?".Ya, sahabatku ...bagi membantu anda untuk mencari isi penting dalam teks,mari kita kongsi bersama beberapa garis panduan yang disediakan di bawah ini:

a)anda mesti khatam membaca kitab itu pada kali pertama,iaitu membaca cepat tanpa bantuan kamus.

Semasa anda membaca untuk kali pertama,sila gunakan pensel untuk menggariskan perkataan yang anda tidak fahami.

Satu lagi , pada tahap ini , pantang larangnya ialah tidak boleh menyentuh kamus.apatah lagi menyelak lembarannya untuk mencari makna kalimah. Mungkin ada yang bertanya

Apa guna kalau baca tapi tak faham makna ayat yg dibaca?bukankah utk memaham petikan yang dibaca kita memerlukan kamus?
Saudaraku......begini jawapannya:
a) tujuan bacaan kali pertama ialah untuk mengetahui secara pantas selok kitab yang beratus-ratus muka surat dari awal hingga akhir.Kalau jumpa kalimah yg anda tak faham, tandakan dengan pensel.Kemudian, buat tak tahu je. Faham makna petikan atau tidak itu tak penting untuk peringkat ini, sebab proses mencari makna kalimah bertaku jika anda sudah berada di peringkat kedua,yang penting tandakan dengan pensel dahulu.....mashi ya akhuya?!

b) andaikan bahawa bilangan kalimah
yang kamu tidak tahu langsung maknanya terlalu banyak(maksudnya kita masih lemah dari segi "vocabulary").kemudian ingin mencari makna satu demi satu.....fuuuh.......suatu aktiviti yang cukup menekan emosi.Tak percaya?
.Ingat,syaitonirrojim amat geram apabila melihat kita memegang kitab ilmiah lebih2 lagi kalau nampak kita ingin khatamkan kitab.Dia akan kata: ya sidi ya maulana, tutup je kitab tu,wat ape ente baca sekarang sedangkan ente tak mampu nak fokus, tak guna
ente baca kalo tak faham makna.nak faham makna kena belek kamus...kalimah yang ente tak faham bukan satu kalimah...banyak lagi kena cari.....hish..penat tau...Sudahla tu,baca waktu esok , lusa atau bila-bila masa ente senang...imtihan kan lama lagi...
ANDA SEMEMANGNYA tahu apa yang berlaku apabila kata syaitan diikuti , kitab ditutup dan pembacaanya tidak diambil peduli....

Kepentingan bacaan peringkat pertama:untuk menambahkan semangat anda supaya gemar membaca buku dan mengetahui selok belok kedudukan maklumat sesebuah kitab.Teknik ini saya panggil sebagai “ melukis peta kitab” yang mirip kepada peta minda.Kesannya,anda akan tahu lokasi sesebuah topik atau teks;tajuk besar, tajuk kecil, kedudukannya di halaman yang mana( kiri atau kanan,bahagian atas atau bawah kitab)di perenggan ke berapa….di baris yang ke berapa….

b)untuk bacaan kali kedua,anda mesti membaca menggunakan kamus.Pada peringkat ini,anda disarankan untuk membaca dengan lebih teliti daripada peringkat yang terdahulu.Peringkat ini juga berfungsi untuk menolong anda memahami makna teks dan isi perbahasan keseluruhan kitab.

c)bacaan kali ketiga pula disifatkan sebagai proses mencari isi penting.Bagaimana nak kenal yang mana satu isi penting?

-perhatikan tajuk besar,bab atau fasal yang anda baca.

-cari petikan ayat yang berkait rapat dengan tajuk tersebut.

-ketepikan ayat huraian dan ayat contoh(kerana anda mungkin mampu mengarangnya sendiri dengan Nahu dan Sarf yang baik ).Carilah isi penting dengan bertanya kepada diri anda, “ adakah ayat ini sebahagian daripada isi penting?”.Jika bukan,maka abaikan ayat itu.Teruskan mencari.Jika tidak jumpa juga,silakan bertanya kepada yang lebih pakar,bukankah anda mempunyai guru dan kawan-kawan yang ramai?Nah...apa yang mahu ditunggu lagi…Ayuh, dapatkan bantuan dan bimbingan mereka.....Selamat berjaya.

d)bacaan kali keempat ialah untuk proses menyiapkan nota.Susun isi penting mengikut turutannya terlebih dahulu.Kemudian tulis nota dengan kemas bagi memudahkan proses ‘ingat semula’.

Jika anda ikuti teknik ini,maka anda sebenarnya sudah 4 kali membaca dan menyelak lembaran kitab.Maka,adakah sama pelajar yang 4 kali mengkhatamkan kitab dengan pelajar yang membaca kitab hanya sekali kemudian melayan kehendak nafsu yang sentiasa malas dan suka membuang masa dan terhadap kebaikan pula ia membenci?Sudah tentu tidak sama.


Kita ambil contoh lagi,adakah sama upah orang rajin yang bekerja selama empat jam sehari dengan upah orang malas yang hanya mahu bekerja selama satu jam sehari kemudian ingin terus pulang berehat?Sudah tentu tidak sama.Jadi,terpulang kepada diri anda...pilihlah dengan hati dan akal ....mahu beruntung atau rela menjadi orang yang merugi sampai mati?Fikir,fikir,fikir.....berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian......sesal dahulu pendapatan ,sesal kemudian apa gunanya?......

Sabtu, November 10, 2007

EPISOD 11

M8)bijak mencari isi penting dalam petikan yang dibaca

[S]=>PERLU DIINGAT!….Tidak semua ayat yang bertulis di dalam kitab merupakan isi penting(al-afkar ar-raiesiyyah).Pelajar mesti berusaha untuk mencari isi penting atau pokok cerita yang tersembunyi dalam setiap perenggan yang dibaca.Jika tidak,maka MASALAH seperti berikut mungkin akan berlaku:

a)Semua ayat akan dihafaz untuk dijadikan jawapan peperiksaan.Ini sudah tentu memenatkan otak anda.INGATLAH WAHAI TAULAN……….Bukan satu subjek sahaja yang mesti dibaca dan difahami.Subjek-subjek lain yang perlu dihafaz masih ‘beratur’ panjang menunggu giliran.

b)Perasaan malas,tension,tertekan semakin bertambah.

c)Fikiran tidak tenang,mudah melenting dan marah terhadap perkara yang kecil.

Pengurusan kendiri semakin terabai.Mengapa tidak?Semuanya mahu dibaca..kitab itu 300 mukasurat…kitab yang ini 210 mukasurat…Paling menyesakkan,satu subjek menggunakan 2 kitab…kedua-duanya tebal.

Sudahlah begitu,masa pula tidak mencukupi….Hari imtihan semakin hampir.Wajah pelbagai ragam,renyuk,berkerut mengalahkan orang tua….Lihatlah sendiri......Yang di situ membaca buku dengan air muka masam mencuka….Di sudut sini,berkerut dahinya untuk memaham petikan yang dibaca….si fulan yang nun di sana,muncung mulutnya….mengenangkan banyak bait qasidah yang baru nak dihafal…haaa,padanlah dengan muka ni..SALAH SAYA JUGA,KENAPA TIDAK KHATAMKAN KITAB DARI AWAL LAGI?Itulah kau,masa lapang disia-siakan,sibuk dengan bola sepak,televisyen,ngorok(tidur),internet berjam-jam..dan macam-macam lagi program harian yang langsung tidak mencerminkan syakhsiyyah sebagai seorang muslim pelajar universiti…

Kalau begini hizib amalan pagi petang kita….Alangkah ruginya hidup sebagai seorang yang usia muda tetapi otaknya macam kanak-kanak yang asyik bermain dan leka,hatinya gelap dan lupa…Rugi,rugi,rugi…Kerugian yang banyak tidak terperi….Seterusnya,waktu ibadah,waktu rehat,waktu tidur,giliran tugas memasak(bagi yang tinggal di rumah sewa atau yang tinggal dengan kawan-kawannya sebumbung),makan minum,kesihatan,kebersihan dan sebagainya semakin tidak teratur.

d)Hari imtihan sudah tiba.Masuk ke dewan peperiksaan,penyakit BLANK mula menguatkan belitannya.Segala apa yang dibaca menjadi bercampur aduk,tidak tersusun rapi."Soalan sudah difahami, tapi jawapannya……isyh! yang mana satu harus kutulis?".Matanya seakan berpinar-pinar.Pandangannya kian terasa kabur.

e)Duduk merenung masa depan yang kian gelap.

Tubuhnya kaku tak ubah seperti patung ahli gambus Muhammad Abdul Wahab yang duduk tercongok(terpacak) di Midan Bab As-sya’riyyah,Bandaraya Qahirah.

Tidak ada satu jawapan pun yang ingin diusahakan supaya tertulis.Kalau ada pun, tidak mantap.Nahu dan sarfnya terabur.

Nak pelik apa?Fokusnya terhadap imtihan sudah terganggu sejak sebelum hari imtihan.Benci untuk menyemak semula jawapan.

Lalu,syaitonir-rojim berbisik: “ Izzayyak ya syiekh(kau apa citer)…Akhbarok eih?(apa khabar?).. Ulli(katakan padaku)......ENTA musykilatak eih?(apa problem kau?)… Musy arif gawab lil-as'ilah kulliha?...ta'mel eih ba'deiin..khollos bisur'ah ..Buat apa duduk lama di dalam dewan imtihan?Bukankah ente ada banyak subjek lagi yang hendak dibaca?!”..

Pujuk si laknat tadi sambil mengurut-ngurut bahu pelajar itu tanpa dia sedari.

Kata si laknat lagi: “yalla ya ‘ammmau tunggu apa lagi sih,ente kan enggak dapat jawab ……balik rumah kan lebih enak..Ayyuuuh…….cepat keluarkan dirimu daripada ‘penjara’ini!”.

f)Kertas jawapan yang diserahkan penuh dengan ruangan kosong seperti mula-mula dia menerimanya.Putih....seputih kelompok awan di langit Jabal Muqottom.

Kesannya,jarang sekali si guru atau pemeriksa mahu mencatatkan apa-apa markah.Ye la..putih yang amat menyakitkan mata...sehingga tidak pasti di mana 'tersoroknya' jawapan...

Apa yang berlaku ialah pelajar terbabit gagal dalam subjek itu.Semoga ALLAH selamatkan kita semua ..AMIIIIIN

Mahu tak mahu, terpaksalah dia mengulang peperiksaan bagi subjek itu pada kali yang kedua, ketiga sehingga lulus.

Bukankah ia satu pengembaraan yang menyukarkan?Ya ALLAH bantulah kami yang kerdil ini..AMIIN

Selasa, November 06, 2007

EPISOD 10

(M7)memiliki daya terjemahan petikan berbahasa ARAB yang memuaskan

[S]=> Teknik dan mutu penterjemahan biasanya bergantung kepada penguasaan individu terhadap bahasa sumber asal(bahasa petikan yang hendak diterjemah) dan bahasa terjemahan.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit panduan yang dikumpulkan daripada pengalaman senior kami untuk meningkatkan mutu penterjemahan :

1)mengetahui dan menentukan laras bahasa sumber asal.Ini disebabkan setiap bidang ilmu mempunyai laras bahasanya yang tersendiri.Jadi,

Laras bahasa sains tidak sama dengan laras bahasa sastera.

Laras bahasa perubatan tidak sama dengan laras bahasa sejarah.

Laras bahasa akhbar dan majalah tidak sama dengan laras bahasa kitab kuliah.

Laras bahasa falsafah tidak sama dengan laras bahasa fiqh.

Laras bahasa ekonomi tidak sama dengan laras bahasa kejuruteraan dan begitulah seterusnya.Oleh yang demikian itu,kita hendaklah tahu selok belok gaya bahasa asing berdasarkan bidangnya yang ingin kita terjemahkan ke dalam bahasa kita.

2)jika inginkan penterjemahan yang mantap(Arab ->Melayu),kita mesti banyakkan membaca sumber-sumber bacaan berbahasa Melayu seperti AKHBAR DAN MAJALAH YANG TERTENTU kerana ia menggunakan bahasa Melayu standard dan istilah-istilah yang terdapat di dalamnya bersifat terkini mengikut bidang yang tersebut di atas.

3)untuk menterjemahkan ayat iklan bahasa Arab,kita mesti merujuk istilah bahasa Melayu yang digunapakai dalam iklan bahasa Melayu.

4)untuk menterjemahkan puisi Arab ,kita hendaklah menterjemahkan terus kepada maksud ayat puisi tersebut bukannnya menterjemah kalimah secara zahir begitu sahaja.Ini disebabkan oleh wujudnya gaya bahasa tasybih,isti’arah,kinayah,majaz dll yang mana jika diterjemahkan bulat-bulat secara zahir ,maka hasilnya sukar difahami.

5)jika ada jumlah fi’liyyah,maka lebih elok kita bawa fa’ielnya ke hadapan untuk menjadi kalimah paling awal sekali dalam hasil terjemahan.

6)untuk menterjemahkan perbualan komik Arab,kadangkala ia memerlukan kita menggunakan bahasa ringkas (bahasa perbualan harian).Dengan ini barulah suasana komik itu dapat dirasai oleh pembaca.Misalnya dialog “ila aina tazhab?”tidak sesuai diterjemahkan dengan bahasa Melayu baku “ke mana kamu hendak pergi?” akan tetapi ia lebih sedap didengar jikalau kita terjemah begini “kau nak gi mana?”…..ini semuanya kerana ianya bahasa kartun…..maka terpaksala kita menggunakan bahasa perbualan harian yang banyak menggunakan kata singkatan atau kalimah pendek dan ringkas.

Jumaat, November 02, 2007

EPISOD 9



M6)pintar dalam mencari makna yang sesuai bagi kalimah bagi kalimah sukar difahami

Apabila anda sudah cekap mencari kalimah yang dikehendaki dalam kamus,anda pula perlu memastikan pemilihan makna yang tepat dan sesuai dengan konteks ayat(al-maqam/siyaqul kalam).

Hal ini kerana,

a)satu kalimah dalam Bahasa Arab mempunyai pelbagai makna yang berbeza dan

b) satu makna mempunyai kalimah yang berbeza.

Fenomena yang pertama disebut dalam istilah ilmu Feqh Al-lughah sebagai ( al-isytirak al-lafzi)dan yang kedua disebut sebagai (at-taroduf).

Untuk contoh fenomena bahasa yang pertama,mari kita baca selanjutnya:

---kalimah raghiba yarghobu …mempunyai makna yang berbeza selepas digandingkan dengan partikel jar(harful-jarr)yang tertentu.

رَغِبَ فى شيء=أراده و حرص عليه و طمع فيه

رَغِبَ عن شيء=تركه و زهد فيه

رَغِبَ بنفسه عن الشيء=ترفَّع عنه

رَغِبَ إلى ربه=ابتهل و تضرع بالدعاء

Fenomena yang kedua pula ialah at-taroduf,di mana pelbagai kalimah boleh digunakan untuk menerangkan makna umum bagi sesuatu perkara akan tetapi kita akan dapati sedikit perbezaan antara kalimah-kalimah yang ‘semakna’ tadi.Contohnya kalimah hujan dalam bahasa Arab disebut al-mator.Selain itu disebut juga al-ghoith.Perbezaan antara kedua-duanya ialah hujan yang pertama mewakili hujan biasa manakala hujan yang kedua ialah kategori hujan yang turun dan yang sangat diharap-harapkan oleh penduduk bumi(manusia,haiwan,tumbuhan dan sebagainya) ketika kemarau semakin mengganas.Bagi perkataan melihat dalam bahasa Arab disebut ar-ru’yah ,an-nazhr,al-ibsor dan seumpamanya. ‘Mereka’ sama tapi berbeza.Banyak lagi contoh untuk fenomena at-taroduf….nak tahu?Tengoklah sendiri dalam kitab:

a) Feqhul-Lughah wa Sirrul-Arabiyyah oleh Al-Imam Abu Mansur Abdul Malik bin Muhammad Ath-Tha’aalibiy(350-429H)

b) Al-Furuqul-Lughawiyyah oleh Al-Imam Abu Hilal Al-Hasan bin Abdullah bin Sahl bin Saied Al-Askariy(wafat pada 395H)

Jadi,buatlah latihan untuk diri sendiri sehingga anda menjadi pelajar yang cekap mencari makna bagi perkataan yang kita jumpai ketika membaca teks berbahasa Arab.Semoga anda sentiasa dan semakin rajin menggunakan kamus…salam hormat daripada saya…ilalliqo’….

Isnin, Oktober 22, 2007

AL-FATIHAH UNTUK SAHABAT KITA.....

Mari kita bacakan surah al-Fatihah khas untuk kawan kita yang meninggal dunia kerana dilanggar sebuah lori chevrolet putih.



Tempat kejadian:Jalan besar Solah Salim ,Darrasah.


Waktu kejadian: petang tadi Ahad 21/10/2007 antara waktu Zuhur dan Asar,dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis khatam al-Quran di Masjid Asyiroh Muhammadiyyah,kawasan Qaitbai,Darrasah,Madinatul Qahirah.Majlis Khatam Al-Quran itu sebenarnya adalah untuk al-marhum seorang warga Mesir yang meninggal pada tahun lalu.

Rabu, Oktober 10, 2007

EPISOD 8

A.W.N. : Kali ini saya minta anda supaya menyediakan 2 jenis kamus Arab-Melayu iaitu Al-Marbawi dan At-Tullab …

Anda: Kenapa pulak?

A.W.N. :Haa nak tau sebabnya…..sediakan dulu 2 kamus tu…kalau tak de ,pinjam kengkawan..

Anda: toyyib……….


A.W.N. :ok..sekarang baru nak masuk cerita…ingat tak episod lepas ….saya nak tunjukkan contoh manhaj penyusunan kalimah dalam 2 kamus yang berbeza,yang mana ianya dapat mempengaruhi cara kita mencari kalimah dalam sesebuah kamus…Oleh itu ,baca jadual berikut dan ikuti teknik pencarian kalimah bermula dengan kamus Al-Marbawi..SELAMAT MENCUBA...


KAMUS AL-MARBAWI

NAMA KAMUS

KAMUS AT-TULLAB

Syeikh Muhammad Idris Abdur-Rauf rahimahullahu ta’ala

PENYUSUN

Dr.Husain Unang hafizahullahu ta’ala

1)buangkan huruf ziadah daripada kalimah (jika ada)contohnya:

istighfar

2)cari 3 unsur asal kalimah tadi:

ghain+fa+ro

3)buka halaman yang bermula dengan huruf pertama tadi:

=ghain

Kemudian diikuti oleh unsur kedua dan ketiga

4)selesai pencarian…..

*jadi.anda dapati kalimah tadi berada dalam kumpulan kalimah yang dimulakan dengan huruf ghain

TEKNIK MENCARI KALIMAT

1)tak perlu buang huruf ziadah dan tak perlu cari 3 unsur asal kalimah

2)terus cari kalimah dengan menggunakan huruf alif yang diikuti oleh sin ,ta hingga seterusnya.

3)selesai pencarian….

* jadi perkataan istighfar tadi anda akan dapati ia pada kumpulan kalimah yang dimulakan dengan huruf alif

1)sangat bagus untuk menguji kecekapan tasrif(Ilmu Sarf)

2)sesuai untuk orang yang sudah mahir dengan tasrif biasanya peringkat tingkatan 4 sekolah arab dan pusat pengajian tinggi.

3)mengekalkan tradisi Bahasa Melayu Lama(bahasa melayu kitab kuning yang terdapat dalam kitab-kitab di kalangan pelajar pondok misalnya Siyarus-Salikin dan Matla’ul Badrain)

KEPENTINGAN KAMUS ANTARANYA:

1)mudah mencari kalimah tanpa pening memikirkan 3 unsur asal kalimah itu

2)bagus untuk sesiapa sahaja yang baru berjinak dengan ilmu Bahasa Arab seperti pelajar tingkatan satu sekolah arab….kerana pada peringkat ini mereka mungkin belum hafaz dan tahu penggunaan tasrif secara total.

3)mendorong orang yang baru mempelajari Bahasa Arab untuk lebih rajin membuka kamus dan mencari makna kalimah






EPISOD 7

(M5)cekap menggunakan kamus atau mu’jam



[S]=> Kecekapan menggunakan kamus untuk mencari terjemahan makna kalimah Arab menuntut kita untuk menyediakan:

(a)kamus yang BANYAK(AL-MARBAWI,AT-TULLAB,MU’JAM ASASIY,AL-MUNJID,AL-WAJIZ,AL-WASIIT,AR-RA’ID LISANUL ARAB,MU’JAM AL-AIN,AL-MAWRID,OXFORD,JAMHAROTUL-LUGHAH DLL)

dan BERANEKA VERSI(Arab-Arab,Arab-Melayu,Arab-Inggeris,Melayu-Arab,Melayu-Inggeris,Inggeris-Arab dll).Semua ini membantu anda untuk mencari makna yang sesuai dengan ayat yang sedang dibaca.Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ketika membaca petikan berbahasa Arab ialah mereka hanya merasa cukup dengan sebuah kamus sahaja.Ini sudah tentu menyempitkan ruang penterjemahan kerana satu kamus tidak semestinya memuatkan semua jenis kalimah.Mungkin satu kalimah yang tiada di dalam MU’JAM ASASIY akan dapat anda temui di dalam kamus AL-MUNJID dan begitulah sebaliknya.

Persoalannya di sini,kenapa mereka hanya ada sebuah kamus sahaja?Mungkin jawapan dan alasan yang akan diberikan berbentuk seperti ini:

>malaslah…(INGAT bahawa malas itu penyakit yang tiada ubatnya di farmasi…..Kau yang nak berjaya kan?So,kaulah yang kena rajin..)

>malu nak pinjam kamus kawan…(MALU TIDAK KENA TEMPATNYA adalah sikap orang gagal NAUZUBILLAH….kerana dia sangat tak tau bila dan di mana sepatutnya dia bersifat malu.mafhum kalami ya ammu? )

>oooo agaknya kena guna banyak kamus ye…tak habaq awai mana cek nak tau…ok time kasih banyak2 kat hang …la ni jugak aku cari kamus kat maktabah atas (orang macam ni bagus kerana dia tahu kelemahannya dan segera memperbaiki)

>saya tak de duit banyak nak beli dua tiga jenis kamus…yang saya guna sekarang ni pun milik kawan saya…..pinjam kejap…lagi pun dia tak gunakan kamus waktu ni…sementara ada peluanglah katakan….(orang macam ni bijak bertindak walaupun dia kekurangan dari sudut kewangan…tahniah teruskan usaha awak …semoga najah…..saya menyeru kepada semua,kalau jumpa orang macam dia ni,bantulah dengan wang zakat ke,sedekah duit ke …dia nak maju dalam ilmu tapi mafish fulus …kesian tau…mungkin di luar sana ada ramai lagi orang jenis macam ni…tolonglah mereka,please..RABBUNA YAKFIK SYARROL-MARODH,RABBUNA YUKRIMAK,RABBUNA YUKHOLLIIK LANA,ROBBUNA YIDDIKAS-SIHHAH WA YAFTAH ALAIK ABWAB AR-RIZQ……….)

(b)bekalan TASRIF FI’IL MADHI, MUDHARI, AMAR, MASDAR dll.Ini kerana ada kamus seperti Kamus Al-Marbawi misalnya,memerlukan kita mencari 3 unsur asas binaan perkataan yang kita ingin cari maknanya. Maka,sudah tentulah - mengikut prinsip penyusunan kalimah dalam kamus ini-anda tidak akan terus menjumpai kalimah “masajid” pada halaman yang bermula dengan mim tapi anda akan dapati ia berada dalam golongan kata yang bermula dengan sin.Untuk lebih jelas,biar saya tunjukkan dalam jadual dengan mengambil 2 contoh kamus Arab-Melayu yang berlainan manhaj penyusunannya di episod yang akan datang....jumpa di sana...

Isnin, Oktober 08, 2007

EPISOD 6

(M4)memiliki kemahiran dalam ILMU ARUDH WAL QAWAFI


[S]=>Jika anda pernah mempelajari ilmu Al-Arudh wal-Qawafi di peringkat pondok atau peringkat STAM atau di mana sahaja anda mengaji ilmu tersebut, anda akan merasa mudah untuk menghafaz bait-bait puisi(qasidah) dalam masa yang singkat.


Mungkin ada yang bertanya:Saya pun pernah belajar jugak ilmu Arudh ni ,tapi nak hafaz syi’ir macam payah je...kenapa ek?


Untuk menjawab soalan si fulan tadi,saya merasa terpanggil untuk mengimbas kembali memori dan pengalaman kami ketika di tahun pertama Fakulti Bahasa Arab 2003/04.Pada waktu itu,subjek ini diajar oleh Al-Ustaz Ad-Duktur Mansur hafizohullahu ta’ala,pensyarah Jabatan Bahasa(dalam bahasa Arabnya=qism al-lughawiyyat)Universiti Al-Azhar Lil-banin,Qahirah.Apa yang menarik perhatian kami ketika itu ialah beliau menghafaz kesemua contoh bait terpilih untuk setiap bahar syi’ir yang sedia termaktub di dalam kitab.


MUNGKIN si fulan itu berkata:alaaa….orang arab memang la kuat hafalan….Al-Quran 30 juz di dada….nak pelik apa….


Kita jawab dia balik:Ya,betul kata awak tu….tapi awak tau tak bahawa setiap contoh bait untuk setiap jenis bahar telah sepertimana yang tertulis dalam kitab 100% habis disebutnya satu demi satu mengikut turutan tanpa melihat kepada kitab kuliah sedikit pun ( ha..apa macam ...awak boleh ke buat macam tu?)….MA SYA ALLAH…hebat tau………dan saya dapati beliau -di saat menyebut bait-bait pilihan- ,beliau akan menyebutnya mengikut rentak bahar yang tertentu ..kalau bahar towil..maka bacaan beliau akan berpandukan suku kata (taf’ilah) bahar towil,kalau bahar basit tam,maka bacaannya mengikut basit tam..dan begitulah seterusnya….


Bermula daripada saat itu,saya membuat kesimpulan bahawa:

a)untuk menghafaz qasidah dalam masa yang singkat,kita mesti membacanyanya mengikut kaedah taf’ilah bahar yang tertentu kemudian barulah kita hafaz.Kaedah ini sangat berbeza dengan cara menghafaz esei biasa kerana esei(prosa:pidato,wasiat,perumpamaan, cerpen,maqamat dan sebagainya) adalah bersifat bebas tanpa diikat oleh undang-undang wazan dan bahar syi’ir yang disebut sebagai ilmu Arudh wal Qawafi.(kaedah hafazan syi’ir ini mujarrab tau..tak percaya cubalah rasai perbezaanya.Nak cerita sikit pengalaman saya...Alhamdulillah ,dulu saya pernah berjaya menghafal 50 bait syi'ir yang telah dimuqarrarkan dalam imtihan HANYA DALAM TEMPOH TAK LEBIH DARI SATU HARI.....ANDA BAGAIMANA?)


b)jika sudah menentukan bahar bagi satu-satu qasidah yang hendak dihafaz,maka adalah lebih baik kita hafaz mengikut lagu ciptaan sendiri.


Sebagai contoh…matan Alfiyyah Ibnu Malik yang masyhur dalam bidang Nahu dan Sarf,kita dapati ia menggunakan bahar ar-rajz at-tam(mustaf’ilun 6 kali).Jadi ia sesuai dihafaz mengikut irama "enjit-enjit semut”atau “air pasang dalam surut pukul lima,nyonya bangun pagi siram pokok bunga” dan banyak lagi…


Kalau qasidah yang akan dihafaz selari dengan bahar al-basit at-tam(mustaf'ilun fa'ilun 4 kali),maka antara rentak lagu yang sesuai dengan bahr ini ialah irama “Ya Robbi bil Mustofa balligh maqosidana..” dendangan Saudara Haddad Alwi(album Cinta Rasul).


Kalau ada syi'ir yang berwazankan bahar al-wafir al-majzuk,maka antara irama yang sesuai bagi bahar ini ialah lagu(sepohon kayu daunnya rimbun,di pondok kecil,tolong kami bantu kami kami anak yatim piatu dll )...Semua irama yang masyhur ini , kita puas dengar dan hafal ketika menikmati zaman tadika dan sekolah rendah suatu masa dahulu.Betul tak?....


IN SYA ALLAH ,di pertemuan yang entah bila waktunya, saya akan berkongsi dengan anda lagu-lagu yang pernah kita dengar di Malaysia untuk dipraktikkan dalam menghafaz syi’ir mengikut bahar masing-masing beserta dengan kepentingannya.Doakan ye…!Amin Ya Rabb….

EPISOD 5

(M3)mengetahui ILMU TAJWID AL-QURAN


[S]=>Dengan menguasai ilmu Tajwid al-Quran,anda mampu untuk menjiwai dan menyelami perasaan, emosi, reaksi, pendirian penyair dan sebagainya .Anda turut sama bersedih ketika si penyair menenun kalam-kalam yang mengalirkan sungai-sungai kesedihan. Anda juga turut sama gembira apabila kalam yang dianyam bersulamkan kebahagiaan dan kemegahan dan sebagainya.Situasi seperti ini akan anda alami sekiranya anda menganalisa bait-bait syi’ir(puisi) dalam aspek pemilihan huruf terakhir(disebut sebagai qafiah dalam ilmu Arudh) pada keseluruhan qasidah di samping memerhatikan makhraj huruf(lima sahaja:al-jawf,al-halq,al-lisan,as-syafatain,al-khoisyum),sifat huruf(al-hams,al-jahr,al-qalqalah,al-ghunnah,al-istifal,as-syiddah,at-tikrar,at-tafassyi dan banyak lagi yang mesti diketahui) dan barisnya( empat sahaja:kasroh ,dhommah,fathah,sukun).Dalam ruangan ini ,mohon ampun banyak-banyak kerana saya tak mampu untuk memuatkan contoh bagi huraian tersebut di atas.Nak tahu lebih lanjut,jangan lupa untuk mengikuti episod–episod perbincangan A.W.N. yang seterusnya.

Sabtu, Oktober 06, 2007

EPISOD 4

Ya,bertemu kembali dalam episod seterusnya .Kita masih lagi dalam perbahasan panjang berjela 15 perkara yang perlu diperhatikan dalam rangka mempelajari A.W.N.Anda dipersilakan untuk membaca satu persatu seperti berikut:


(M1) minat yang tinggi dan merasa seronok dengan subjek itu


[S]=> Pernahkan anda mendengar: “CINTA ITU BUTA”atau dalam bahasa Arab disebut dengan”الحب يعـمي”(al-hubbu yu’mi)?...Ya,seseorang itu apabila sudah jatuh cinta terhadap kekasihnya,maka dia akan sanggup berkorban apa saja demi memastikan hubungan percintaan itu berkekalan.Dia akan berusaha untuk sentiasa membuatkan ‘si dia’ gembira,senang dan bahagia misalnya memberi hadiah yang mahal-mahal sempena ulangtahun kelahiran,bertanya khabar, meraikan kehendaknya,mengirim kad ucapan hari perayaan,chatting,sms,miscall,e-mel,menziarahinya ketika sakit,mengelakkan faktor-faktor yang boleh membuatkan ‘si dia’ jadi bad mood dan sebagainya.


Begitu juga halnya dengan subjek A.W.N.Kalau minat anda terhadap subjek ini positif,maka anda akan berusaha dengan pelbagai kaedah seperti membaca,memahami,membuat nota,menghadiri kuliah,menyertai study group,menghafal bait atau prosa yang dimuqarrarkan, demi memastikan pencapaian cemerlang dalam imtihan.Susah macam mana pun subjek ini,anda akan melihatnya dengan hati yang lapang,bibir yang tersenyum riang.


Sebaliknya,jika minat anda terhadapnya(subjek A.W.N.) adalah bersifat negatif,maka sudah tentulah anda akan mengumpul koleksi masalah dan melambakkan alasan di depan mata anda.Pada saat itu,nafsu mulalah mengamuk dan hati terus berkecamuk.Situasi seperti ini bukan hanya berlaku pada subjek A.W.N. sahaja,malah subjek-subjek lain juga turut ditimpa ‘cuaca’ yang sama mengikut tahap penguasaan subjek masing-masing.Lain padang lain belalangnya........


Kalau dari peringkat awal (al-marhalatu al-uula/al-bidayah)lagi sudah tidak berkenan,sudah hilang minat terhadap ‘si dia’,bagaimana mungkin anda akan bersusah payah untuk:

a) menghantar wakil merisik,

b) meminang,menghantar tanda,mengikat pertunangan

c) dan seterusnya majlis pernikahan.

Hal yang sama kita kiaskan kepada A.W.N. dan kepada apa saja subjek yang pasti dihadapi oleh manusia yang bergelar penuntut ilmu/pelajar/mahasiswa.Kata orang “tepuk sebelah tangan,manakan datangnya bunyi”.Jika sesuatu yang baik untuk ditawarkan kepada kamu ,kemudian kamu menolaknya bulat-bulat,maka yang rugi itu kamu sendiri bukan orang lain.Yang merana adalah dirimu sendiri,bukan orang lain.Kalau kamu tidak ada tindakbalas/reaksi positif terhadap mana-mana subjek, maka jarang sekali segala ilmu dan maklumat dalam subjek itu untuk kamu memahaminya.

“Orang lain sudah maju melangkah ke tahun pengajian yang seterusnya, awak pula masih terkial-kial bergelumang dalam longkang kemalasan,masih lagi berpalit dengan sticker subjek-subjek yang gagal. Orang hantar susah-susah,jauh-jauh,suruh belajar je....bukannya suruh menoreh,bukannya suruh angkat sawit....dan bukan suruh buat benda tak baik.Orang beri nasihat,tak mahu pasang telinga.Curah air ke atas daun keladi sia-sia,membazir je."

"Biar mak seorang sahaja yang hidup susah ..mak tak nak tengok anak-anak mak susah ..Bebaskan keluarga kita daripada belenggu kemiskinan.... Sedarlah anakku,buku sekolah,kitab rujukan,yuran pengajian siapa yang tanggung?.....tambang bas,tiket kapal terbang siapa yang biaya?.....kos sara hidup, makan minum, pakaian, tempat tinggal,rehlah sana sini,duit beli ubat penyakit adik yang makin teruk ...siapa yang sediakan itu semua?....belajarla pandai-pandai nak....nanti kalau berjaya mak dengan ayah jugak yang tumpang gembira...nama mak dengan ayah jugak yang harum wangi.... Kalau hidup tak berpelajaran macam mak ni.... hina tau,siapalah yang nak dengar cakap mak...pendapat mak pun ditolak ke tepi....sikit pun tak hormat mak ni.... maklumlah,orang susah, belajar hanya sekadar darjah lima pastu berhenti ...namun begitu, mak masih syukur...tak pernah meminta-minta...ALHAMDULILLAH....ALLAH bagi mak ilmu buat kuih dan memasak,menjahit baju untuk tampung hidup kita anak beranak.....Kalau boleh mak ingin masuk semula belajar sampai ke universiti...tapi apakan daya waktu untuk mak dah terlepas...mana ada orang macam mak ni otak dah tumpul,mata dah rabun, nak masuk darjah enam untuk sambung persekolahan yang terhenti berpuluh tahun dulu pastu masuk sekolah menengah sampai ke universiti....mustahil berlaku...Jadi,sekarang ni giliran kau nak....belajarla pandai-pandai sebab kau dah diberi peluang...inilah masanya...kalau kau sia-siakan,nanti dah tua macam mak ni,kau akan rasa, kau akan menangis yang tak de gunanya, menyesal yang tak de sudahnya.."


Sahabat-sahabat yang seperjuangan yang dikasihi sekalian......Sedarkah kita sewaktu kita sedang gembira 'di sini','di sana' mereka (ibu bapa) sedang menderita ...'di sini' kita makan dengan selera,tahukah kita 'di sana' mereka terpaksa menelan pahitnya si pucuk ubi,tawarnya si umbut kelapa dan kelatnya si pisang muda.....

KIta senang menelefon mereka dan berkata: "Ayah....Bonda...bekalan duit hampir kehabisan"...
mereka menenangkan kita"Jangan risau ..duit tu ada ..nanti mak dengan ayah kirim ya..."sedang benak memikir..... Ya ALLAH di mana mahu ku cari duit belanja, buat anakku seorang yang jauh 'di sana'...hutang yang lepas masih tertunda,upah bulan ini entah bila akan kuterima.... uuh..tak mengapa... aku masih ada gelang emas pusaka....itulah cara yang paling segera..."


Mari merenung sejenak untuk kita tanya diri sendiri;Sudahkah aku membalas jasa-jasa mereka?….Sesungguhnya walaupun kita rasa bahawa kita sudah membalas segala jasa ibu bapa kita dengan gunungan emas sekalipun,namun itu masih lagi tidak sama nilainya dengan pengorbanan siang malam yang mereka curahkan semenjak awal keberadaan kita di dunia ini....Mari kita berdoa bersama-sama.....YA ALLAH JANGAN JADIKAN KAMI ANAK YANG DERHAKA,JANGAN JADIKAN KAMI UMAT YANG LEKA DAN JANGANLAH JADIKAN KAMI MANUSIA YANG TAK BERGUNA..AMIN…”


Fuuuhhh…selepas mendengar ‘slot motivasi dari emak’ yang panjang berjela ,mari kita kembali ke pangkal jalan iaitu kepada tajuk perbincangan kita sebelum ini .

Sidang hadirin,para pembaca dan sahabat-sahabat yang mulia,

Ya, apabila minat kita terhadap A.W.N. bersifat negatif,maka ayat-ayat sebegini akan dibisikkan oleh syaitan kerana dia tak suka tengok kita cemerlang....cuba perhatikan misal -misal di bawah ini:

a)”alaaaa…ape ntah yang doktor(pensyarah) cakap ni….tak boleh paham ….dah le ngomong ammiyah

b)”waduhhhh! ….semua 5 tajuk tu muqarrar lo…setiap satu tajuk hafal 10 bait …10 bait x 5=50 bait…..aaarrrrrgh… tolong om……bisa mati terus-terusan begini…”

c)”isyyh…teks khutbah ni kena dihafaz…..nanti disuruh syarah teks syarhan adabiyyan….lagu mana ambo nak syarah ni…. ”

d) “aiseymen….kitab A.W.N. ni teballah pulak…tulisannya kecil dan rapat-rapat…fuh…..lepak nak khatamkan kitab ni….syi’irnya tak dibubuh baris…macam mana aku nak baca?”

dan mungkin keluhan yang paling akhir sekali berbunyi begini:

e) “aduhai…..kenapa la ada subjek ni dalam senarai matapelajaran kuliah.Kalau takde kan lagi bagus..ringan sikit kepala otak ni..”


Persoalan yang timbul dalam konteks ini ialah bagaimana menanam minat dan kecenderungan kita untuk mempelajari subjek ini dengan hati yang lapang?

Ya,satu soalan yang bagus. Tak kenal maka tak cinta.Tak cinta maka tak ingin nak menyapa(menegur dan bertanya khabar,SMS,chatting dll).

Kalau tak kenal A.W.N., mana mungkin akan terbitnya minat kita untuk mempelajarinya.Kalau tak minat untuk mempelajarinya,mana mungkin tangan ini bergerak untuk mencapai kitab,menyentuh dan membelek mukasurat …..lalu apakah mungkin keadaan sebegini mendorong untuk membaca kitab itu sampai khatam?

ALLAHUMMA WAFFIQNA LIMA TUHIBBUHU WA TARDHOHU.IN SYA ALLAH,saya akan memulakan diskusi A.W.N. (pengenalan,jenis genre sastera Arab,teknik membuat nota,menghafaz puisi(qasidah) dan prosa,teknik mensyarahkan teks sastera ,teknik menjawab soalan dll) selepas habis mensyarahkan kesemua 15 perkara tersebut.

Pendek kata,minat anda terhadap A.W.N. menjadi antara faktor pendorong kejayaan anda dalam subjek ini.Justeru, sematkan di hati anda kata-kata ini”nak ke, tak nak ke….ah….yang penting aku mesti PAKSA DIRI sehingga aku suka dan minat subjek ni...biar bagi lulus kemudian naik tahun 'alatul (tanpa mengulang tahun pengajian)dan aku tak mahu ulang 'exam paper' subjek ni tahun depan..”


(M2)memiliki asas ILMU NAHU ,SARF, BALAGHAH yang kuat


[S]=> Memang menjadi satu kemestian bagi sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab supaya menguasai asas-asas NAHU ,SARF dan BALAGHAH dengan baik.Hal ini kerana NAHU dan SARAF merupakan 2 elemen paling penting dalam bidang Bahasa Arab.Ia disebut juga sebagai ilmu alat.BALAGHAH pula akan membantu anda memahami seni dan keindahan gaya bahasa Arab seterusnya anda dapat menterjemahkan petikan berdasarkan kehendak dan situasi(maqam) ketika berucap,berkomunikasi dll.Untuk makluman anda, Balaghah itu sebenarnya berjalan seiring dengan NAHU dan SARF.ANDA AKAN SAKSIKAN PERANAN NAHU,SARF DAN BALAGHAH dalam pertemuan yang akan datang dalam BAB TEKNIK MENJAWAB SOALAN,IN SYA ALLAH.

Jumaat, Oktober 05, 2007

EPISOD 3

KENAPA SAMPAI 15?
Mungkin anda tertanya-tanya: Kenapa AL-ADAB WAN NUSUS (A.W.N.) memerlukan kira-kira 15 perkara sebagai persiapan kita untuk mempelajarinya?(seperti mana yang disebutkan dalam episod 2 yang lalu)
Eh,antum perasan tak…bahawa subjek A.W.N. merupakan salah satu ilmu(di samping ilmu-ilmu lain) yang berperanan sebagai medan untuk menguji kecekapan Nahu,Sarf dan Balaghah yang telah pun kita pelajari selama ini.
Jadi …sabarlah….tenangkan minda ….jangan mengeluh macam Pak Mail(bukan watak haqiqi). Saya akan terangkan satu persatu perkara tersebut dengan lebih terperinci..(saya akan syarahkan semua matan yang 15 itu mengikut simbol seperti ini M1=matan pertama,S=syarah).Sampai di sini dulu,jumpa saya di artikel yang seterusnya.






Jumaat, September 28, 2007

EPISOD 2

Bertemu kembali.....(Nak tahu kenapa masih ada yang mampu tersenyum setiap kali menghadapi subjek Al-Adab wan-Nusus?)

Ya ,antara jawapan yang mampu saya catatkan di sini ialah:
1) minat yang tinggi dan merasa seronok dengan subjek itu
2)memiliki asas ILMU NAHU ,SARF, BALAGHAH yang kuat
3)mengetahui ILMU TAJWID AL-QURAN
4)memiliki kemahiran dalam menguasai dan mempraktikkan ILMU ARUDH WAL QAWAFI
5)cekap menggunakan kamus atau mu’jam
6)pintar dalam mencari makna yang sesuai bagi kalimah sukar difahami
7)memiliki daya terjemahan petikan berbahasa ARAB yang memuaskan
8)bijak mencari isi penting dalam petikan yang dibaca
9)kemahiran mengarang esei bahasa Arab
10)mempunyai daya imaginasi dan khayalan yang tinggi
11)minat membaca dan mengetahui tentang sastera Arab(AL-ADAB AL-ARABI) dan sejarah sastera Arab(TARIKH AL-ADAB AL-ARABI)
12)minat dalam mempelajari sejarah tamadun manusia dari aspek sosial, ekonomi, politik, agama, adat istiadat, budaya ,ilmu, pantang larang, warisan dan sebagainya
13)tahu teknik menjawab soalan peperiksaan dan bijak mencari markah bonus
14)tahu menggunakan kitab rujukan yang khusus untuk bidang sastera Arab dan subjek Al-Adab wan-Nusus
15)sayang dan kasih serta hormat terhadap guru atau pun pensyarah yang mencurahkan ilmu kepada kita
***Sekadar jawapan...kalau ada yang menambah lagi bagus....kongsi idea tiada masalah...

Biografi
Dr. Ahmad Abduh ‘Awadh

Bidang pengkhususan:

-Pensyarah Linguistik dan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan,
Universiti Tanta
-Pendakwah dan penulis
-Anggota Persatuan Penulis Mesir
-Anggota Pertubuhan Pembela Bahasa Arab
-Pesyarah di Akademi Radio dan Televisyen
-Penceramah rancangan agama di Radio Al-Quran Al-Karim, Saluran TV tempatan dan satelit.


Kelayakan Akademik

-Berjaya mencapai peringkat M. A. dan Ph.D. dalam Linguistik dan Pengajian Islam antara tahun 1985 hingga 1992.
-Bertugas sebagai tutor, pembantu pensyarah kemudian pensyarah di Universiti yang sama.
-Menjadi pensyarah pembimbing bagi puluhan  tesis M.A. dan Ph.D. dalam dan luar Mesir.
-Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Ummul-Qura, Makkah Al-Mukarramah dalam tahun 1995 hingga 2000. Dalam tempoh tersebut , beliau mengendalikan rancangan-rancangan agama di Radio Al-Quran Al-Karim, Makkah Al-Mukarramah, di samping penglibatan dalam akhbar Saudi dan ceramah di Kelab Budaya dan Sastera di sana.

Kegiatan:
-Penglibatan dalam muktamar-muktamar berkaitan linguistik, keagamaan dan pendidikan dalam dan luar Mesir.
-Terlibat secara serius dalam arena dakwah Islam menerusi penulisan di majalah, akhbar dan juga program harian dan mingguan yang tetap di masjid-masjid.
-Penglibatan dalam kursus-kursus seperti latihan Imam dan Khatib, dan persediaan kepimpinan.
-Penyertaan bersama pertubuhan-pertubuhan bercirikan ilmiah dan keagamaan.
-Berkhutbah di mimbar Jumaat semenjak 20 tahun berturut-turut dengan menyentuh isu-isu berkaitan pemahaman  muslim masa kini.
Hasilan ilmiah:
فنون اللغة( رؤية فنية, ملامح قرآنية) - مركز الكتاب للنشر , القاهرة

التقوى فى القرآن الكريم (دراسة لغوية تفسيرية احصائية
) دار الصحابة بطنطا

العدل فى القرآن الكريم( بين العلم و الكون والايمان
)- المكتبة القيمة بالقاهرة

الاشارات العلمية فى القرآن الكريم (بين العلم والكون و
الايمان) المكتبة القيمة بالقاهرة

ألاسلام و البعث الحضارى . مركز الكتاب للنشر , القاهرة


فضل التحدث باللغة العربية , والالتزام بها . مركز الكتاب
للنشر , القاهرة

الموت حقيقة منسية - مركز الكتاب للنشر , القاهرة


مداخل تعليم اللغة العربية - دار الندى للنشر


معالم شهر الصيام - مشترك - مركز الكتاب للنشر


قضايا البيئة من منظور اسلامى - مشترك - دار الندى للنشر


تحقيق مخطوطة (الفرائد والقلائد) للامام الثعالبى - مشترك


تحقيق مخطوطة ( غور الأمور ) للحكيم الترمذى - مشترك


تحقيق مخطوطة (الصراط المستقيم ) للفيروز أبادى - مشترك


الزواج بين الدين و الطب - مشترك


المخدرات بين الدين والطب - مشترك


نورانيات سورة يوسف عليه السلام


نورانيات سورة التوبة


تعليم اللغة العربية بين الفروع والفنون


صفات أهل القرآن الكريم


دراسات فى علوم القرآن الكريم


(
تحقيق مخطوطة (بحر الكلام فى علم التوحيد


(
تحقيق مخطوطة(تاريخ المساجد الثلاثة


(
تحقيق المخطوطة (الدرة الفاخرة


(
تحقيق مخطوطة(لطائف أهل الالهام


(
تحقيق مخطوطة(مسائل القرآن للرازى


أدب الطفل العربى رؤية اسلامية


الاعداد لمعجم عن الامام النورسى


الأخطاء الشرعية فى الأمثال العامية


الخط فى التراث العربى الاسلامة


خير الزاد فى صلاح العباد


العقيدة والسلوك والانفصال بينهما


(
التسامح فى الاسلام(صور و مقابلات


الوسطية والاعتدال فى المنهج الاسلامى


طاعة الله و رسوله الكريم و أولى الأمر


أصول المنهج العلمى عند العرب والمسلمين


قراءة تأملية فى فكر الامام الغزالى


دور المضمون الاعلامى فى النهضة الثقافية للأمة الاسلامية


الاسلام والبعث الحضارى


اللغة العربية جامعة للفكر العربى والاسلامى


قضايا ايمانية حول أسماء الله الحسنى


أسماء القرآن الكريم


التربية الايمانية فى القرآن الكريم


(
سبيل الوصول الى بلاغة الرسول صلى الله عليه و سلم-(ثلاثة
أجزاء

الخطرات منجيات و مهلكات


خواطر قرآنية اعجازية


تجليات الايمان فى حياة المسلم


سمات المنهج العلمى والاعلامى فى الاسلام


القراءة العربية مدخل قرآنى


الكتابة العربية مدخل قرآنى


تدريس التربية الاسلامية


الرسول صلى الله عليه و سلم فى القرآن الكريم


آداب المعاملات فى الاسلام


الأخطاء اللغوية , و خطورتها فى التحدث والكتابة


موجبات الرحمة - مشترك


عزائم المغفرة - مشترك


أنوار المنان فى سيدة آى القرآن


حوار الحضارات والأديان فى الميزان


الحوار فى الاسلام و دوره فى الدعوة والتربية والثقافة