Sabtu, November 27, 2010

Puisi:Sebuah kenangan, sejuta pengorbanan...




Sebuah kenangan, sejuta pengorbanan..
Wahai teman, wahai sahabat,
Inilah nasihat, kuatkan semangat,
Betulkan niat, banyakkan selawat...


Lebihkan tumpuan pada pelajaran,
Kitabnya dibaca, kurangkan hiburan,


Belajarlah berjimat, kejarlah matlamat,
Rebutlah peluang sebanyak yang dapat,


Banyakkan menghafal, tidurlah awal,
Sedialah awal, susunlah jadual,


Setiap masa doa muttasil
Supaya usaha mudah berhasil,


Mintalah doa orang yang solih,
Semoga hati menjadi bersih,


Berkawanlah dengan orang solih,
Agar hilang segala sedih,


Lazimi ziarah ke tempat wali,
Setiap minggu walau sekali,


Berkumpullah dengan ahli zikir,
Air mata mudah mengalir,


Carilah guru mahir Al-Quran,
Lembutkan lidah, fasihkan sebutan,


Jangan ditangguh ke tahun empat,
Kelak nanti semua tak sempat,


Balaslah jasa duhai sahabat,
Ayah dan ibu yang tak kenal penat,
Membanting tulang,memerah keringat,
Dari pagi ke malam yang pekat,


Mencari duit semampu kudrat,
Makan minumnya tak pernah lazat,
Sayurnya pucuk ubi yang kelat,
Lauknya masin si ikan sepat,


Sanggup bekerja, berkorban sihat,
Demi anaknya di bumi barokat,
Rahsia derita, dikunci rapat,
Rindu dijiwa, disimpan cermat,


Balaslah jasa duhai sahabat,
Ibu dan bapa yang banyak berkhidmat,


Walaupun rezekinya melimpah ruah,
Makan pakainya tak pernah mewah,


Gelang dan rantai sanggup digadai,
Tak tahan malu menanggung hutang,
Supaya masalah anaknya selesai, 
Ketika membayar sewa dan tambang,


Duitnya disimpan, kehendaknya ditahan,
Agar anaknya di sana aman,
Cukup belanjanya, pakai dan makan,
Tempat tinggalnya, selesa dan nyaman,


Doanya: "..agar anaknya berjaya..,
dengan kefahaman dan ilmu di dada,
amalan solih sentiasa terjaga,
segera pulang ke pangkuan keluarga,
menyebarkan agama kepada umat,
setulus hati, seikhlas khidmat...."


Marilah beringat sebelum terlambat,
Jimatkan masa, manfaatkan usia,
Segeralah berjaya, janganlah leka,
Semoga diiringi rahmat dan berkat.....

Abul-Hanun 
Muhammad Shafiq bin Elias 
Negeri Al-Qahirah, Mesir.
21121431
27112010




















Sekadar renungan.....

DOALAH KEPADA ALLAH UNTUK SAYA....

Bayangkan...
Anda sedang duduk membaca kitab kuliah di sebuah sudut di dalam masjid Al-Azhar, jauh daripada laluan para jemaah.
Tiba-tiba, muncul seorang lelaki berjalan perlahan menuju ke arah anda.
Usianya agak lanjut Tubuhnya sedikit bongkok.
Jubahnya warna kelabu.
Kepalanya dililit serban nipis berwarna coklat gelap, gaya orang kampung.
Rambutnya uban putih menyala.
Bibirnya menguntum senyuman, mengucap salam lalu berkata:

"Enta bitidris fil Azhar, ya masyaikhna?"( kamu belajar di universiti Al-Azhar, wahai tuan syeikh?) Sambil menghulur tangan ingin bersalam. Salam disambut. Kasih bertaut.

"Na'am, ya ammil-haj, ayyu khidmah?" ( benar, pak haji. ada apa yang boleh saya bantu? ) anda menjawab.

"tid'ie li ! alsyan robbina yikrimak, musyakkirin" ( doakan aku! supaya semoga Allah memberi kemuliaan kepadamu, aku terima kasih banyak kepadamu ). Dengan senyuman, dan meletak dua tangan di atas kepala tanda hormat, pak haji itu beredar.

Anda tunduk tergamam.Lidah kelu seribu bahasa.

"Ya Allah.Apa yang harus kudoakan untuknya?".

Mengangkat kepala semula. Mata meliar mencari kelibat lelaki itu. Pantas ia menghilang.

"Aneh. Pintu keluar masuk sangat jauh daripada posisiku ini. Ke mana perginya pak haji itu?".

Orang yang sudah lanjut usia meminta doa daripada orang yang lebih muda daripadanya.
Tiada yang peliknya.
Itulah persaudaraan Islam.
Melepasi sempadan  umur, warna kulit, warna mata, warna rambut, bahasa, bangsa dan lain-lainnya.
Doa penuntut ilmu maqbul, kerana penuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat, ikan-ikan di lautan beristghfar untuknya. Jangan rasa hina jika menuntut ilmu agama. Itulah sebahagian anugerah Allah yang besar.

Apa yang penting, pak haji itu minta doa kita.
Orang dah minta mesti diberi, walaupun sebaris doa.
Nak doa apa?
Lidah mesti fasih, ucapan mesti pantas.
Ini contoh doanya , mari hafaz bersama.
DOA RINGKAS...
jimat masa kerana boleh dibaca satu nafas:

1)Robbina yasyfiika wa yu'afiikaربنا يشفيك ويعافيك
2)Robbina yajbur bi khotirikaربنا يجبر بخاطرك
3)Rabbina yutammim laka bikhoirربنا يتمم لك بخير
4)Rabbina yuslih haalaka.ربنا يصلح حالك
5)Rabbina yasturuka.ربنا يسترك
6)Rabbina yardho 'anka.ربنا يرضى عنك
7)Rabbina yahaqqiq laka su'laka.ربنا يحقق لك سؤلك
8)Rabbina yaziiduka.ربنا يزيدك
9)Rabbina yuwassi' alaikal 'athoya. ربنا يوسع عليك العطايا

Makna doa mengikut turutan:

1)Semoga kau sihat dan selamat.
2)Semoga Allah menunaikan keinginanmu.
3)Semoga segala urusanmu selesai dengan baik.
4)Semoga keadaanmu bertambah elok.
5)Semoga kau sentiasa dalam perlindungan Allah.
6)Semoga kau diredhoi Allah.
7)Semoga segala cita-cita kau tercapai.
8)Semoga Allah menambahi kebaikannya dan kasih-sayangnya padamu.
9)Semoga Allah meluaskan rezekimu.(berkat pada ilmu, amal, rezeki, umur, harta, anak isteri, dan kekayaan hati.

DOA PANJANG:
ربنا يجعلك من صالحي أهل --- الزمان
1)Rabbina yaj'aluka min solihii ahli hazaz-zamaan

ربنا يرضى عنك, ويسعدك,ويعطيك الصحة والعافية, ويخليك تشوف أحفادك من كل أولادك
2)Rabbina yardho 'anka, wa yus'idaka, wa yu'thikas- sihhah wal 'afiah. wa yukhollika tusyuf ahfadaka min kulli awlaadaka.

ربنا يبعد عنك كل مكروه, ويشفي بك كل قلب مجروح
3)Robbina yub'idu 'anka kulla makruuh, wa yasyfi bika kulla qolbin majruuh.

ربنا يجعلك من سعداء الدنيا والآخرة
4)Rabbina yaj'alaka min su'adaa id-dunya wal akhiroh.

Makna doa mengikut turutan:
1)Semoga Allah menjadikan engkau orang soleh untuk penghuni zaman ini.
2)Semoga Allah meredhoimu, menjadikan kamu bahagia, memberikan kamu kesihatan dan keselamatan, dan menjadikan kau melihat semua cucu engkau daripada anak-anak engkau.
3)Semoga engkau terjauh daripada segala perkara yang tidak diingini, dan menjadikan engkau penawar bagi setiap hati yang luka.
4)Semoga engkau menjadi golongan yang berbahagia dunia dan akhirat. amiin.

Doa itu otak ibadah.

Rabu, November 10, 2010

In qiila zurtum. bima roja'tum?(Mari belajar dialek Faqus)

Kring..kriiingg...
Orang Kaherah: ALO...Assalamualaikum....mein ma'aya?
Orang Faqus: Wa'alaikumussalam. Ana habib galbak min Fagus, Es-Syargiyyah.
Orang Kaherah: Oh, ma'leisy. Mush fakir kholis. Izzayyak ya siattil-liwa Ibrahiim?Izzayyak ya amar? Alfu alfi marhaban.
Orang Faqus: Allah yurahhib biik. Alhamdulillah ya sidi. Ana lessa jai min andi Sidnan Nabi alaihis solatu wassalam alsyan el-hajj. Wa haaji azurak -in sya Allah- fi Masr fi el-usbu' da.
Orang Kaherah: Wasolta bissalamah alhamdulillah. Tigi dhoyf andina ahlan wa marhaban. lik hurriyyah tigif ayyi wa't musy musykilah wana fintizarak. in sya Allah.
Orang Faqus:jakalllahu khairan. RABBINA YUKRIMAK. Ayyu khidmah ya maulana?
Orang Kaherah: Da'awatak. Tayyib.Assalamualaikum. La ilaha illallah.
Orang Faqus: Rabbina yukrimak. wa alaikumussalam wa rahmatullah wa barokatuh. Sayyidina Muhammad alaihis solatu was salam.

Khamis, November 04, 2010

Tasbih oh tasbih...

Agama lain pun guna biji "macam tasbih orang Islam"
Tapi adakah itu bermaksud Orang Islam Mengambil daripada perbuatan mereka?
Jawapannya tidak. Sebabnya:

1) Orang Islam punya sanad dalam menggunakan butir tasbih dan sanad itu bersambung dengan Imam Hasan Al-Basri..seorang daripada golongan tabi'in yang banyak berguru dangan sahabat r.a. DAN pasti tidak akan sama sanad "mereka" dengan sanad yang ada pada orang Islam.

Lagipun, zikir dengan membilang menggunakan jari, atau tali yang diikat menjadi simpulan-simpulan, atau biji kurma, batuan kecil dan seumpamanya, sudah ada dilakukan pada zaman Rasulullah .s.a.w. dan sahabaat baginda r.a.

2) Jika benar penggunaan butir tasbih yang ada pada agama selain Islam itu mempunyai sanad, tunjukkan sanad mereka supaya kita tahu daripada mana punca asalnya.

3)Kita orang Islam menggunakan tasbih untuk berzikir, selawat, tahlil, takbir, tasbih, tahmid dan seumpamanya. Agama selain Islam pula, apa pula bentuk bacaan mereka. Sudah pastinya berbeza.

4)Kalau  rekaan tali tasbihpun saling sama bentuknya, saiznya, dengan yang ada pada  "mereka", itu namanya "mujarrad tawarud al-khowatir" iaitu semata-mata lintasan fikiran yang saling berdatangan, bermaksud mungkin sahaja idea golongan itu serupa dengan idea golongan lain walaupun jarak posisi antara mereka sangat jauh. Semenanjung Arab dengan Tanah Besar Cina misalnya.

5) INGIN BERTANYA: adakah dakwaan perbuatan "An-Naqlu wat taqlid" (pindah,import, dan tiru) dalam permasalahan ibadah seperti kes tasbih, hukumnya haram?Kalau haram, tunjukkan teksnya.

Jika dikata:
"Kita mesti ikut cara NABI S.A.W. dalam bertasbih iaitu dengan menggunakan jari sahaja"

Maka dijawab:
1) Kiraan zikir dengan jari itu hanya melibatkan kiraan yang sedikit.Seperti tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali selepas solat. Lain halnya kalau kita zikir guna jari seperti bertahlil 1000kali, itu sudah tentu mencetuskan keliru dalam bilangan dan membawa kepada "mesti gunakan alat pengira yang lebih tepat".

2)Dalam Al-Quran pun suruh kita berzikir sebanyak-banyaknya.Hanya dengan jari itu tidak cukup. DAN semestinya kita perlukan bantuan alat tasbih tu.

3) Nabi s.a.w. pernah membiarkan sahabat r.a. berzikir menggunakan biji kurma.Jadi, bukan wajib hukumnya menggunakan jari.

Jika dikata:
"Kenapa zaman dahulu tiada tali tasbih macam zaman kita, yang ada manik-manik bulatan yang dilubangkan di tengahnya ?"

Maka dijawab:
1) Ya akhi, zaman Nabi s.a.w. dan sahabat r.a. adalah zaman yang paling mulia dalam sejarah hidup manusia.
 Zaman itu walaupun tiada mesin pembentuk manik dan penebuk lubang halus di tengahnya, ia tetap berada di tempat zaman yang paling mulia dan indah,
zaman yang mengajar manusia seluruhnya tentang erti siapa diri kita, apa tujuan kita di dunia ini, dan ke mana kita akan pergi?
zaman itulah juga yang menjadi perintis kepada kemajuan tamadun peradaban manusia sejagat.
Melalui mereka, tersebar agama Islam.
Melalui mereka, terhasil idea danh pemikiran bernas.
Melalui mereka, berkembangnya pendidikan, sains, perubatan, tekstil, pengangkutan, sastera, import-eksport dan lain-lain.
Tidaklah ada seorang pun daripada kita melainkan hanya satu unit kerdil kebaikan daripada kebaikan-kebaikan para sahabat.r.a.

2) ZAMAN YANG MULIA ITU sangat aktif dengan kegiatan penyebaran dakwah kepada Islam kepada seluruh umat dan bangsa yang dahagakan iman,
mempertahankan keamanan,
aktiviti pemerintahan Islam,
militari dan sebagainya
yang mungkin tidak memberi ruang bagi mereka  yang menjadikan tidak sempat untuk
memikirkan bagaimana mencipta mesin yang boleh membuat lubang pada butiran biji tasbih
seperti halnya di zaman kita.
DAN KETIDAKSEMPATAN ITU bukannya merupakan cacat cela pada diri dan kehidupan mereka.
TAPI CACAT CELA YANG SEBENARNYA apabila kita memandang diri kita dan zaman kita lebih mulia daripada zaman mereka.
* * * * * * * * * * * * * *

Kalau tak tahu, bertanyalah.
Adakah benar bahawa perkara-perkara yang Rasulullah s.a.w. atau para sahabat baginda r.a. tidak melakukannya adalah haram hukumnya?jom baca ini.
http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/apakah-jika-nabi-sahabat-meninggalkan.html
dan ini:
http://jomfaham.blogspot.com/2009/09/apakah-hukum-suatu-perkara-yang-tidak.html
Ada sebahagian kelompok manusia
Rasa dirinya udabaguz,
selain dia,tiada yang lebih alimnya.

Padahal kalau dia sedar,
B.A, M.A, atau Ph.D. mana pun dia dah lepas,
dia itu tetap asalnya daripada
setitik **** yang lemas,

asal dari ********,masuk ke ********,
cukup 280 hari,
keluar dia daripada ******** lagi sekali.
Dan dia itu di antara nafas pertama dan nafas terakhir di dunia,
tidak lebih daripada sejenis makhluk
yang senantiasa membawa kotoran dalam perutnya.

Ada sebahagian manusia berkata:
"amalan ini tak warid,
sohih ke hadithnya?,

perawi ni tak thiqoh,
syeikh fulani sesat,
imam fulani salah istinbat,
tok guru sana tu seleweng",
Padahal dia sendiri pun tak kenal 
mana satu alif dan mana satu tiang lampu...
juga tak tahu membezakan
mana satu tub ahmar dan mana satu yang sebenarnya tamar?
 

Orang lain berbondong-bondong
berlumba-lumba ingin pahala
Tapi sayang, dia masih lagi diganggu oleh
otak yang pening,
minda yang buntu,
hati yang bingung
sibuk menilai pengamalan orang

sedang karung amalan masih ringan,
hampir tiada amalan terisi.
Nak pulang ke dunia untuk beramal semula,
Afwan encik, flight return sudah tiada.
Yang ADA one way aje.
Pergi tak kembali.

 
Nak dalil sangat?
Ittfadhhol khud ya maulana.
Take this.Here you are.
Alsyan enta albak abyadh, wa ragil min naslil muhtarom.
I give you and share it with you because sharing is caring
Islamic brotherhood kata orang.

Kalau pernah bersekolah arab,
ini dalil berbahasa arablet see: http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=170&text=%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%A8%D8%AD%D8%A9
dan ini bahasa melayu 

http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-menggunakan-biji-tasbih.html lagi ni:
http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-menggunakan-tasbih.html

Perlukah ribuan dalil bagi orang yang benar-benar inginkan kepastian?
dan apakah dalil-dalil yang tidak berat sebelah amat berguna kepada si munkir?


Beritahu itu tugas,
terima itu bebas
jika paksa
nanti dikata tak hormati hak yang asas
jika paksa,
nanti kalau diturut, hati tetap tidak ikhlas.



Makanan dah ada,
suaplah pakai tangan.
Dalil petunjuk dah ada,
masukkan dalam ingatan,

OK.la.
Ada urusan lain ni. Jumpa lagi.

Kitab NOMBOR DUA ...

Ini adalah acara "bedah buku", untuk mengetahui secara ringkas sedikit tentang kitab susunan Dr. Syeikh Mahmud Saied Mamduh As-Syafie Al-Misriy hafizohullah.
Nama kitab:
تزيين الألفاظ بتتميم ذيول تذكرة الحفاظ
Kitab ini pada permulaan halamannya  membicarakan tentang darjat:AL-HAFIZ dalam bidang hadith. Bukan semua orang yang menghafaz hadith layak digelar dengan gelaran hebat ini.

Pada halaman 6, tertulis: 
"ulama yang pertama menulis buku tentang bab ini ialahAl-Hafiz Abu Al-Walid Yusuf bin Abdul Aziz Ad-Dabbagh Al-Andalusiy yang wafat pada 546H rahimahullah".

Pada halaman 16, ada suatu fasal menyebut: 
" dan tidaklah menjadi suatu syarat bagi Al-Hafiz supaya bersifat dengan 'الثقة thiqah'. Dalam golongan Al-Huffaz pun ada juga yang dikritik.
 Jadi, العدالة dan الضبط  yang mana kedua-duanya menjadi gandingan الثقة , tidak ada hubungan antara kedua-duanya dengan bab 'mengetahui hadith, memastikan qaedah-qaedahnya, mengetahui keadaan-keadaan perawinya, kemasyhuran si Al-Hafiz itu dengan menuntut dan mencari hadith, mengambil hadith daripada lidah para perawi, membezakan antara hadith sahih daripada dhaif dan yang lainnya'. 
Sebenarnya, العدالة dan الضبظ itu menjadi syarat ketika menjadikan perawi dan pengamalan terhadap periwayatannya itu sebagai hujjah. Bagi memberikan contoh terhadap pernyataan ini, ia banyak sekali boleh dirujuk pada kitab  الميزان  dan لسان الميزان dan تذكرة الحفاظ dan ذكر من يعتمد قوله فى الجرح والتعديل  .

Pada halaman  28, : Berkata Syeikh Al-Muhaqqiq Al-Allamah Al-Muhaddith As-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin As-Siddiq rahimahullah, :

"AL- HAFIZ itu ada dua jenis:
1- Al-Hafiz dengan cara Fuqaha seperti Imam At-Tohawiy, Al-Baihaqi, Al-Bajiy, Ibnu Al-Arabiy Al-Mu'afiriy, Al-Qadhi 'Iyadh, An-Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Al-Qayyim dan Ibnu Kathir.
2- Al-Hafiz dengan cara Muhaddithin iaitulah  kebanyakan huffaz hadith. Al-Hafiz daripada golongan ini paling banyak hafazannya, paling luas riwayatnya, paling tahu keadaan para perawi dan peringkatnya, paling pandai dalam kaedah menghukum hadith sebagai sahih dan dha'if, disebabkan kemantapannya dalam mengetahui 'ilal dan hadith yang gharib."

Pada halaman berikutnya. terdapat huraian tentang hadith-hadith yang mungkin disangka sahih tetapi tenyata dha'if, disangka maudu' tetap ternyata sahih dan sebagainya.

Pemutusnya, kalau nak tau, ya lekas dibeli aja dong, jangan nunggu lama-lama, nanti lama-lama ia diambil orang !