Selasa, Januari 29, 2008

EPISOD 12

M9)kemahiran mengarang esei bahasa Arab

Resepinya mudah saja iaitu:

Anda mesti rajin membaca bacaan ilmiah berbahasa Arab. Kesannya,anda akan dapat banyak contoh uslub bahasa Arab yang indah dan menarik . Tak lupa juga,anda akan berhasil mengumpul aneka bentuk penanda wacana,muqaddimah, ayat-ayat yang sesuai untuk memulakan perenggan isi,simpulan bahasa dan sebagainya.

Bila dan di mana saya harus membaca?

Bacalah kitab di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai dengan keselesaan dan keselamatan anda (jangan membaca ketika sedang memandu dan sebagainya).

Kawan-kawan,sebenarnya kita telah banyak membazirkan hidup kita dengan perkara yang tiada kepentingannya dunia akhirat tanpa kita sedari. Kita memohon doa kepada ALLAH supaya dimasukkan dalam golongan manusia yang faham konsep “Demi masa” seperti yang diterangkan dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim…………..


M10)mempunyai daya imaginasi dan khayalan yang tinggi

Maksudnya :apabila anda ingin memahami ayat-ayat dalam laras sastera, anda perlu menggunakan daya imaginasi dan khayalan yang tinggi. Perkara ini amat berguna kerana ia membantu anda dalam proses pemahaman dan penterjemahan teks sastera. Di sini anda akan melihat Ilmu Balaghah mula memainkan peranannya dalam aspek-aspek seperti majaz,kinayah,isti’arah,tasybih,tamsil dan banyak lagi.

Sebagai contoh,saya memetik satu bait daripada syair ratapan oleh Abu Zuaib Al-Huzaliy yang menangisi kematian anak-anaknya…(syair ini menggunakan bahr al-kamil at-tam)

فإذا المنية أنشبتْ أظفارَها***ألفيتَ كلَّ تماَئم لا تنفعُ

Fa-izal maniyyatu ansyabat azfaroha***alfaita kulla tamaa’imin la tan’fa’u..

Ertinya:Maka apabila ‘maut’ mengeluarkan kuku-kukunya***

saat itu kau dapati segala tangkal pendinding tiada lagi berguna…..

Soalan kita ialah bilakah masanya maut(mati) itu mempunyai kuku?

Kalau ikut logik,yang berkuku itu hanyalah dapat kita jumpai dalam bentuk konkrit(nyata) binatang buas atau haiwan maging(makan daging) seperti harimau,singa,serigala,musang dan sebagainya.

Tetapi dalam bait di atas lain pula bentuknya…Adakah dalam dunia yang luas ini haiwan pemangsa yang buas lagi ganas bernama ‘maut’?

Kita yakin tidak ada makhluk yang wujud spesis ini jikalau mahu dicari di semua zoo- baik zoo yang besar mahupun yang mini zoo-yang terdapat di muka bumi ini.

Jadi,bagaimana kita boleh bayangkan bentuk haiwan buas seperti yang terakam dalam bait di atas? Ya, di sinilah bermulanya peranan imaginasi dan khayalan dalam memahami ilmu Balaghah.

Mari kita lihat bab Isti’arah dan cuba fokus kepada istiarah makniyyah.

Pertama sekali,untuk menghasilkan isti’arah makniyyah , kita mesti menyusun dalam bentuk rukun tasybih seperti ini:

Musyabbah = maut

Musyabbah bihi = singa

Adat at-tasybih = huruf jar(al-kaf)

Kedua,mengikut hukum isti’arah makniyyah,kita mesti:

1)membuangkan musyabbah-bihi(singa)

2)mengekalkan musyabbah(maut)

3)memberikan sedikit bayangan atau sifat atau unsur yang ada pada musyabbah bihi(seperti kuku,taring,cengkaman,ngauman dll) kemudian ‘memasangkannya’ pada musyabbah.

Kemudian jadilah isti’arah itu makniyyah iaitu dengan mengggambarkan bahawa maut mempunyai kukunya yang tajam tak ubah seperti seekor binatang buas yang lapar.