DAN
USAHA
Kata seorang abang senior, pelajar-pelajar STAM ni dah selangkah ke IPT. Antara tips yang dikongsi oleh pelajar cemerlang STAM 2010 yang dapat mumtaz sofi :
- Belajar sebelum guru mengajar
- Hafaz dari sekarang
- Hafaz dan faham
- Biasakan diri dengan soalan-soalan sebenar STAM.
- Bina semangat dan keyakinan (spt tulis kata-kata motivasi untuk diri)
- Buat persediaan awal
- Fokus dalam kelas
- Bantu rakan-rakan lain (sama-sama mencari jawapan jika tak tahu)
- Kalau boleh, jangan tinggal solat Hajat
- Doa (yakin Allah dengar dan Allah makbulkan)
Saya dan kawan-kawan akan usaha dan cuba dapatkan yang terbaik untuk STAM pada tahun ni. Insya-Allah, kami akan usaha dan terus berusaha tanpa rasa putus asa. Saya akan cuba praktikkan apa yang kakak-kakak dan abang-abang senior kongsikan tadi. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan dalam pembelajaran saya ni. Semoga kita semua dipermudahkan-Nya urusan dunia dan akhirat. Akhir kalam, doakanlah kejayaan kita bersama. Huraian daripada sasteraarab:
*** Belajar sebelum guru mengajar iaitu baca kitab terlebih dahulu.Amalkan khatam sebuah kitab sekurang-kurangnya 4 kali.
Ini cara-caranya:
1) Untuk khatam kali pertama:
-Hanya perlukan pensel dan pemadam. -Baca seluruh petikan dan gariskan ayat yang tidak difahami atau bulakan kalimat yang tidak diketahui maknanya. -Jangan guna kamus KERANA peringkat ini tidak boleh meminta campurtangan kamus.Itu pantang larangnya. -Hasilnya, , antum sudah selesai baca keseluruan kitab itu sekali sahaja(walau pun belum betul-betul faham isi kandungannya mahu pun isi pentingnya.Abistu bila nak faham, subjek lain kan ada banyak belum sentuh?Sabarlah adik).
2) Untuk khatam kali kedua:
-Pensel,pemadam dan kamus. -Cari makna kalimat yang tidak difahami. -Cuba terjemahkan ayat. KALAU TAK BOLEH, MINTA BANTUAN SENIOR atau BERJUMPALAH DENGAN GURU. -Hasilnya, , antum sudah FAHAM keseluruan kitab itu.Peringkat ini mungkin memakan masa yang agak lama berbanding peringkat sebelum dan selepasnya.Bergantung kepada kadar kepantasan masing-masing dalam membaca dan mencari makna serta kuantiti kalimah atau ayat atau ungkapan yang tidak difahami.
3) Untuk khatam kali ketiga: -Pensel,pemadam, dan kertas catatan untuk menulis nota. -Keluarkan isi penting mengikut perenggan.Tanya diri antum:adakah ayat ini isi penting? -KALAU TAK BOLEH JUGA, MINTA BANTUAN SENIOR atau BERJUMPALAH DENGAN GURU.
4) Untuk khatam kali keempat:
-MULA MENGHAFAZ.Nasihat ana, apabila menghafaz , sediakan buku kosong untuk menulis kembali apa yang sudah kita ingat.Buku kosong mungkin tak perlu dibeli kerana kita masih mempunyai buku-buku tulis yang telah digunakan pada tahun lepas tetapi masih berbaki banyak helaian.
-Biasakan diri menjawab aneka soalan peperiksaan.
Mahu set latihan peperiksaan STAM?
ini mungkin boleh membantu pelajar stam untuk membiasakan diri dengan bentuk2 soalan stam.TENGOK GAMBARNYA DAHULU DI SINI http://bukustam.blogspot.com/ sekiranya antum berada di johor bahru,
antum boleh dapatkannya terus di
badan cemerlang bookstore,
aras 3, plaza angsana, johor bahru.
apabila tiba di depan kedai itu, pilih pintu masuk paling kanan, dn terus menuju ke rak paling kanan di bahagian belakang.
di situ tersusun buku praktis mumtaz stam beserta notanya.
P/S: BERHATI-HATI DENGAN LAMAN-LAMAN WEB yang tidak bertanggungjawab YANG INGIN MENGAUT KEUNTUNGAN .
INI alamat Penerbitan AL-AZHARI: sila hubungi Penerbitan AL-AZHARI
Hadapan SMA Yayasan Khairiah Kg. Pinang,
09200 Kupang, Baling, Kedah.
Tel/Fax: 04-476 5957
H/P: 019-516 5614.
Keistimewaan kaedah ini(KHATAM 4 KALI):
1) Tidak membebankan kerana dilakukan secara berperingkat.Ada pelajar yang menggunakan kamus di peringkat awal pembacaan.Tak salah pun tetapi kita ada strategi, bukan mahu meminggirkan bantuan kamus.Gunalah kamus pada waktunya.
Mungkin ada pelajar mudah diserang penyakit kebosanan kerana masih belum dapat mencari makna untuk satu kalimat di muka surat yang pertama.
Kesannya, dia cepat letih dan ditambah DENGAN godaan syaitan yang berbisik: "Eh, apalah lu ni bro,cari makna dari tadi tak jumpa-jumpa,terkial-kial, besok sajalah kau baca kitab tu.Rehat dulu.STAM lama lagi.Nanti dah hilang penat, barulah kau baca. Badan kau pun punya hak untuk rehat. Otak kau pun begitu juga. Nanti kalau sakit, bukan saja nak baca buku, nak gerakkan tangan pun tak larat beb. Kesian aku nengok kau ni.Dahla, gi rehat sana"
2) Sesuai digunakpakai ketika menuntut di peringkat universiti seperti Al-Azhar dan sebagainya.
3) Mesra studygroup maksudnya boleh dipraktikkan ketika belajar berkumpulan. Seorang ambil satu tajuk yang sudah dipilih, dan terus saja guna kaedah ini.
DAN nasihat kami KEPADA SEMUA calon STAM :Untuk mengurangkan bebanan hafazan, amalkan cara : "selepas belajar , saya pula mengajar kepada kawan-kawan".
Kesannya, antum tidak perlu teruk-teruk menghafaz, kerana setiap kali antum mengajarkan kepada kawan-kawan, antum sebenarnya tidak perlu melihat buku, semuanya sudah ada dalam minda.
Cubalah.
MUMTAZ SOFI akan menanti.
Tapi jangan bangga diri.
Jangan TAKABBUR.
Semua itu milik Allah ta'ala.
INGAT.