Khamis, Disember 06, 2007

Sambungan EPISOD 11

Mungkin ada yang bertanya: "Bagaimana cara untuk jadi bijak mencari isi penting dalam petikan yang dibaca.. Boleh kongsikan dengan saya tips-tipsnya?".Ya, sahabatku ...bagi membantu anda untuk mencari isi penting dalam teks,mari kita kongsi bersama beberapa garis panduan yang disediakan di bawah ini:

a)anda mesti khatam membaca kitab itu pada kali pertama,iaitu membaca cepat tanpa bantuan kamus.

Semasa anda membaca untuk kali pertama,sila gunakan pensel untuk menggariskan perkataan yang anda tidak fahami.

Satu lagi , pada tahap ini , pantang larangnya ialah tidak boleh menyentuh kamus.apatah lagi menyelak lembarannya untuk mencari makna kalimah. Mungkin ada yang bertanya

Apa guna kalau baca tapi tak faham makna ayat yg dibaca?bukankah utk memaham petikan yang dibaca kita memerlukan kamus?
Saudaraku......begini jawapannya:
a) tujuan bacaan kali pertama ialah untuk mengetahui secara pantas selok kitab yang beratus-ratus muka surat dari awal hingga akhir.Kalau jumpa kalimah yg anda tak faham, tandakan dengan pensel.Kemudian, buat tak tahu je. Faham makna petikan atau tidak itu tak penting untuk peringkat ini, sebab proses mencari makna kalimah bertaku jika anda sudah berada di peringkat kedua,yang penting tandakan dengan pensel dahulu.....mashi ya akhuya?!

b) andaikan bahawa bilangan kalimah
yang kamu tidak tahu langsung maknanya terlalu banyak(maksudnya kita masih lemah dari segi "vocabulary").kemudian ingin mencari makna satu demi satu.....fuuuh.......suatu aktiviti yang cukup menekan emosi.Tak percaya?
.Ingat,syaitonirrojim amat geram apabila melihat kita memegang kitab ilmiah lebih2 lagi kalau nampak kita ingin khatamkan kitab.Dia akan kata: ya sidi ya maulana, tutup je kitab tu,wat ape ente baca sekarang sedangkan ente tak mampu nak fokus, tak guna
ente baca kalo tak faham makna.nak faham makna kena belek kamus...kalimah yang ente tak faham bukan satu kalimah...banyak lagi kena cari.....hish..penat tau...Sudahla tu,baca waktu esok , lusa atau bila-bila masa ente senang...imtihan kan lama lagi...
ANDA SEMEMANGNYA tahu apa yang berlaku apabila kata syaitan diikuti , kitab ditutup dan pembacaanya tidak diambil peduli....

Kepentingan bacaan peringkat pertama:untuk menambahkan semangat anda supaya gemar membaca buku dan mengetahui selok belok kedudukan maklumat sesebuah kitab.Teknik ini saya panggil sebagai “ melukis peta kitab” yang mirip kepada peta minda.Kesannya,anda akan tahu lokasi sesebuah topik atau teks;tajuk besar, tajuk kecil, kedudukannya di halaman yang mana( kiri atau kanan,bahagian atas atau bawah kitab)di perenggan ke berapa….di baris yang ke berapa….

b)untuk bacaan kali kedua,anda mesti membaca menggunakan kamus.Pada peringkat ini,anda disarankan untuk membaca dengan lebih teliti daripada peringkat yang terdahulu.Peringkat ini juga berfungsi untuk menolong anda memahami makna teks dan isi perbahasan keseluruhan kitab.

c)bacaan kali ketiga pula disifatkan sebagai proses mencari isi penting.Bagaimana nak kenal yang mana satu isi penting?

-perhatikan tajuk besar,bab atau fasal yang anda baca.

-cari petikan ayat yang berkait rapat dengan tajuk tersebut.

-ketepikan ayat huraian dan ayat contoh(kerana anda mungkin mampu mengarangnya sendiri dengan Nahu dan Sarf yang baik ).Carilah isi penting dengan bertanya kepada diri anda, “ adakah ayat ini sebahagian daripada isi penting?”.Jika bukan,maka abaikan ayat itu.Teruskan mencari.Jika tidak jumpa juga,silakan bertanya kepada yang lebih pakar,bukankah anda mempunyai guru dan kawan-kawan yang ramai?Nah...apa yang mahu ditunggu lagi…Ayuh, dapatkan bantuan dan bimbingan mereka.....Selamat berjaya.

d)bacaan kali keempat ialah untuk proses menyiapkan nota.Susun isi penting mengikut turutannya terlebih dahulu.Kemudian tulis nota dengan kemas bagi memudahkan proses ‘ingat semula’.

Jika anda ikuti teknik ini,maka anda sebenarnya sudah 4 kali membaca dan menyelak lembaran kitab.Maka,adakah sama pelajar yang 4 kali mengkhatamkan kitab dengan pelajar yang membaca kitab hanya sekali kemudian melayan kehendak nafsu yang sentiasa malas dan suka membuang masa dan terhadap kebaikan pula ia membenci?Sudah tentu tidak sama.


Kita ambil contoh lagi,adakah sama upah orang rajin yang bekerja selama empat jam sehari dengan upah orang malas yang hanya mahu bekerja selama satu jam sehari kemudian ingin terus pulang berehat?Sudah tentu tidak sama.Jadi,terpulang kepada diri anda...pilihlah dengan hati dan akal ....mahu beruntung atau rela menjadi orang yang merugi sampai mati?Fikir,fikir,fikir.....berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian......sesal dahulu pendapatan ,sesal kemudian apa gunanya?......